Jumaat, Oktober 06, 2017

Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

10/06/2017 1 Comments
Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Maskara essence Rock 'n Doll Beri Efek Mata Nampak Besar | Assalamualaikum & hi readers! Yeayyy akhirnya blog berupdate setelah beberapa hari bertangguh 😁 Murni nak share personal review maskara yang dah buatkan Murni jatuh chenta dengan hasilnya. Disebabkan maskara jenama essence ni Murni terpaksa curang dengan jenama maskara yang Murni guna sebelum ini 🙏

Maskara essence Rock 'n' Doll


Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Dua ketul maskara ni Murni beli di Watson. Harga dia Murni tak berapa ingat yang pastinya mampu milik. Tujuan utama Murni nak beli maskara sudah semestinya inginkan hasil yang boleh beri mata nampak besar almaklumlah mata Murni tak daklah besar sangat, nak bulu mata nampak lagi kemas, nakkan bulu mata lagi melentik dan tidak meninggalkan kesan comot pada sekitar kelopak mata dan bawah mata, bila apply cepat kering. Eh terlupa nak naikkan seri wajah sekali 😂

Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Maskara essence Rock 'n' Doll menepati apa yang Murni nak. Dah beli seketul masa bulan 3, Murni beli lagi sekali maskara yang sama sebelum Murni pi interview bulan 7 hari tu & sampai sekarang kondisi dia masih macam tu siap ada bar code lagi. Rasa sayang pulak nak bukak maskara yang baru.

Kalau diikutkan tamat tempoh penggunaan maskara ni sebenarnya 6 bulan selepas penggunaan yang pertama kali. Korang kalau nak tahu bila expired date untuk barangan kosmetik, just rujuk logo yang terpapar pada produk ok. (rujuk gambar di atas).

Mascara essence Rock 'n' Doll terhasil daripada bahan² beikut;

Aqua (Water), Synthetic Beeswax, Cera Alba (Beeswax), Jojoba Esters, Copernicia Cerifera (Carnauba) wax, Glycerin, Stearic Acid, Palmitic Acid, Aminimethyl Propanediol, Acacia Senegal Gum, Tocopherol, Caprylyl, Glycol, Hydroxyethylcellulose, Myristic Acid, Behenic Acid, Arachidic Acid, Oleic Acid, Phenoxyethanol, CI 77499 (Iron Oxides).


Hasil Penggunaan Mascara essence Rock 'n' Doll

Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Bulu mata Murni jenis original spicy melentik sejak lahir, eh! Dalam gambar tak berapa nampak melentiknya, nak kena jumpa depan mata barulah jelas 😃 Nampak beza tak bila pakai (kanan) & tak pakai maskara (kiri). Sungguhlah maskara essence Rock 'n' Doll boleh beri efek mata nampak besar sikit. Korang yang nak cuba mascara essence ni, bolehlah mengunjungi Watson terdekat 😁

Penafian: Kesan penggunaan mascara essence Rock 'n' Doll mungkin berbeza² bagi setiap individu.

Sabtu, September 16, 2017

Floor Mat Fluffy Dijadikan Sebagai Latar Belakang Untuk Dapatkan Hasil Gambar Yang cantik

9/16/2017 8 Comments
Floor Mat Fluffy Dijadikan Sebagai Latar Belakang Untuk Dapatkan Hasil Gambar Yang Cantik | Assalamualaikum & hi readers! Ampun panjang sangat tajuknya 😁 Kalau ikutkan hati, Murni nak update blog dua hari lepas. Disebabkan line slow, nak upload gambaq dan video pun tak boleh terus jadi malas nak mengadap laptop 😄 Actually barang yang Murni tunggu selama 18 hari dah pun selamat sampai hari Khamis yang lepas. Alah macam biasalah Murni order barang dari Shopee Malaysia, Murni beli seketui floor mat fluffy.

Floor Mat Fluffy

Pembelian kali ni rasa lambat sangat sampainya, sebelum ni just ambil masa 13-14 hari akan received barang. Order barang 28hb, bila Murni check tracking number di website Logistics Worlwide Express, LWE barang dah sampai awal di airport Kota Kinabalu dari Hong Kong, then bila check semula barang diterbangkan pula pi semenanjung 8/9, then patah balik pi Kota Kinabalu 12/9. Maybe ada kesilapan kut, nasib boleh sabar lagi. Hati terus jadi bebunga bila barang dah terima dan memenuhi ekspetasi yang diinginkan 😁

Floor Mat Fluffy

Dah lama Murni cari alas kaki berbulu ni, pernah juga Murni beli sebelum ni di Shopee sayang sungguh tak berapa berkenan pula. Kali ni Murni lebih berhati-hati sebelum proceed order, Murni akan check terlebih dahulu review pembeli dan details produk like size, material dll. 

Tujuan utama Murni beli Floor Mat Fluffy ni sebab nak jadikan sebagai background atau latar belakang untuk dapatkan hasil gambar yang cantik. Sesuai sangatlah ambil gambar produk buh atas tu, sayang pulak nak dijadikan sebagai alas kaki 😅 Harga Floor Mat Fluffy ni pun murah sesuai lah dengan bajet yang Murni dah tetapkan di bawah RM30. Harga seketui RM8.30 plus kos shipping RM10.30 total RM18.60.



Murni pilih warna putih sebabnya sebelum ni Murni ada terbaca kalau nak dapatkan gambar yang cantik dan bersih, kita perlu sediakan background atau latar belakang yang tiada corak atau corak yang minima untuk menyerlahkan lagi bahan utama. Boleh guna table mat, kad manila, kertas mahjong ka. Murni jumpa alas kaki berbulu yang lawa, bolehlah dijadikan sebagai background 😅 saiz floor mat fluffy yang Murni beli ni berukuran 0.5m x 0.8m, besaq jugaklah boleh letak beberapa produk 😀 Material soft fiber.

Hasil Gambar Menggunakan Floor Mat Fluffy

Floor Mat Fluffy

Gambar indoor waktu senja dengan lighting yang tak seberapa cantik, tapi hasilnya bolehlah haha. Lepas ni senanglah nak buat personal review berkaitan produk kecantikan atau dapat job product review, tak perlu pening² dah cari background yang sesuai.

Akhir sekali, Murni puas hati dengan floor mat fluffy ni, part delivery service tu yang tak berapa suka sebab lambat sampai. Tak apalah yang penting barang dah sampai ke tuan empunya badan. Terima kasih sudi baca personal review dari Murni 😘

Sabtu, September 09, 2017

5 Cara Hilangkan Parut Jerawat

9/09/2017 4 Comments
5 Cara Hilangkan Parut Jerawat

5 Cara Hilangkan Parut Jerawat | Assalamualaikum & hi readers! Siapalah yang tak stress kalau jerawat selalu tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan, eh! 😂 Jerawat ni ada 3 jenis tau; bintik putih atau hitam (comedones), bonjol merah yang bernanah atau tidak bernanah, bintil (nodul) dan pembentukan cista berair yang mungkin mengakibatkan parut. Bertambah stress kalau jerawat yang dialami meninggalkan parut, kadang tu boleh buatkan diri jadi tak confident pula. Korang boleh cuba 5 cara hilangkan parut jerawat di bawah. 


5 Cara Hilangkan Parut jerawat

1. Timun
timun atasi parut jerawat
credit image: jempolkaki.com
Timun boleh digunakan untuk rawatan muka. Timun mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan magnesium yang sangat baik untuk kulit kita.

Cara-cara:
Sediakan timun, cuci sehingga bersih kemudian potong nipis. Letakkan timun yang dipotong nipis di kawasan parut jerawat. Selepas 30 minit, alihkan timun dan cuci muka dengan air.

Pesanan: Ulang proses ini setiap hari untuk dapatkan hasil yang pantas.

2. Aloe Vera/ Lidah Buaya Segar
aloe vera atasi parut jerawat
credit image: siraplimau.com
Gel aloe vera segar merupakan sumber vitamin terbaik yang dapat membantu menyembuhkan kulit dan parut jerawat. Tumbuhan ini adalah pelembap semula jadi yang akan membuatkan kulit berasa lebih lembut dan sihat. Walaupun gel aloe vera mudah didapati di mana-mana kedai ubat, farmasi atau dalam talian, lidah buaya organik adalah terbaik sebabnya ia lebih segar. 

Cara-cara:
Kalau korang nak guna gel aloe vera segar untuk hilangkan parut jerawat, hanya perlu ambil satu daun aloe vera dan gunakan sedikit sahaja. Untuk dapatkan gel aloe vera, korang boleh potong/kupas bahagian luar daun tersebut. Kemudian letakkan gel tersebut di kawasan parut jerawat dan urut secara perlahan-lahan. Untuk hasil yang terbaik, korang biarkan gel aloe vera meresap untuk tempoh 30 minit kemudian cuci muka

Pesanan: Adakalanya lidah buaya akan menyebabkan iritasi pada kulit. Korang tak perlu bimbang, sekiranya berlaku korang hanya perlu cuci muka dengan serta-merta.

3. Jus Lemon Segar
jus lemon atasi parut jerawat
credit image tempo.co
Penggunaan jus lemon segae merupakan remedi semula jadi. Jus lemon segar mengandungi L-ascrobic acid. Ia adalah astrigen biasa untuk mengeringkan keradangan jerawat dan ia bertindak sebagai antibakteria yang melawan bakteria yang menghasilkan jerawat. Elakkan penggunaan jus lemon terkena sinaran mentari kerana ia akan merosakkan kulit.

Cara-cara:
Hanya perlukan 2 atau 3 sudu teh jus lemon segar dan kapas. Gunakan kapas untuk meletakkan jus lemon segar di muka. Boleh digunakan sebelum tidur. Proses ini boleh diteruskan untuk tempoh 2 ke 3 minggu.

Pesanan: Jus lemon segar sangat bagus untuk kulit, walau bagaimanapun korang mungkin akan mengalami sedikit iritasi. Sekiranya ia berlaku, korang perlu cuci muka dengan air sejuk selepas 10 minit penggunaan jus lemon segar di muka.

4. Baking Soda/ Soda Penaik dan Air
soda bikarbonat atasi parut jerawat

Baking soda boleh digunakan untuk memudarkan dan mengurangkan parut jerawat.

Cara-cara:
Ambil 2 atau 3 sudu teh baking soda dan 2 sudu teh air, campurkan kedua-duanya sehingga menjadi pes. Letakkan pes tersebut di kawasan yang bermasalah dan buat gerakan membulat. Biarkan selama 3 minit. Kemudian cuci muka dengan air sejuk. Hasilnya kulit jadi lembut dan nampak glowing.

Pesanan: Jangan biarkan pes tersebut berada di muka lebih dari 8 minit. Cuci muka dengan air sejuk.

5. Serum Wajah
Rose Face Serum Zeeta
Rose Face Serum Zeeta
Terdapat pelbagai serum wajah yang berada di pasaran dengan pelbagai fungsi. Korang boleh cuba serum wajah yang mana fungsinya lebih kepada untuk memudarkan parut jerawat. Salah satu produk serum wajah yang korang boleh guna ialah Rose Face Serum Zeeta. Maklumat lanjut mengenai serum ni, korang boleh klik link pautan ni    [+] Rose Face Serum Zeeta.

Selamat mencuba 😉

Selasa, September 05, 2017

Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati

9/05/2017 0 Comments
Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati

Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati | Assalamualaikum & hi readers! Sebelum ni Murni ada kongsikan mengenai produk Rosetyara iaitu [+] Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia dan kali ni Murni memilih untuk kongsikan mengenai loose powder Rosetyara yang telah berjaya menambat hati ni cewahhh ayat kemain lagi 😃 Kalau sebut pasal Rosetyara, confirm ramai yang mengenali jenama ni terutamanya yang kaki mekap, eh! Berdasarkan pengamatan Murni di media sosial, ramai dah tau makeup artist Malaysia yang gunakan rangkaian produk Rosetyara untuk melengkapi hari bahagia raja sehari.

Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati

Kenapa loose powder RT jadi pilihan hati Murni? Jawapan dia senang ja mekap Murni tak bercapuk, mekap jadi tahan lama, muka jadi glowing (orang tegur) , control minyak. Kalau tak best, manalah Murni pakai sampai dah masuk bekas yang ketiga loose powder RT ni, beli bekas yang besar pulak tu 😁
Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati, Radiance powder rt

Murni beli Radiance Powder RT 15g ni sebelum Hari Raya Haji lagi, almaklumlah Radiance Powder RT bekas kecil RM5g dah habis tinggai bekas ja 😄 Beli bekas besar sumpah boleh jimat banyak hihi, ya lah bekas kecil 5g harga dia dah RM28, baik Murni beli bekas besar 15g terus harga RM63 sahaja. Penjimatan sebanyak RM21 daripada beli seketui seketui bekas yang 5g tu, jimat banyak kan?

Kalau ikutkan hati, Murni nak cuba jenis Matte Powder RT sebabnya ia sesuai untuk kulit muka yang sedikit berjerawat, tapi apakan daya kedai kosmetik yang Murni selalu kunjungi tak dak jual katanya out of stock. Kalau nak beli online nak kena tunggu 3-4 hari baru sampai. Tak sabar punya pasal terpaksalah Murni beli Radiance Powder RT ni sebab dah lama jatuh sayang katakan dengan loose powder RT sejak penggunaan kali pertama lagi. 

Loose Powder Rosetyara

Untuk pengetahuan korang, loose powder Rosetyara ni ada dua jenis iaitu Radiance Powder RT dan Matte Powder RT. Murni kongsikan perbezaan Radiance Powder RT dan Matte Powder RT khas untuk rujukan korang, manalah tahu korang berkenan nak cuba juga nanti senanglah buat plihan loose powder mana yang sesuai untuk korang.

Radiance Powder RT

Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati, radiance powder rt

Radiance powder RT akan berikan kemasan yang sempurna selepas pemakaian foundation. Dengan tekstur yang halus dan ianya dihiasi dengan shimmer halus untuk berikan kesan yang flawless dan glowing kepada pemakainya.

Matte Powder RT

Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati, matte powder rt
Sumber: Facebook Pengasas Rosetyara

Matte Powder RT memberikan kemasan terbaik dengan tekstur yang halus. Kesan matte mampu menyamarkan garis halus di wajah dan sangat sesuai untuk menyamarkan cela cela di wajah seperti parut jerawat. 

Sangat sesuai digunakan bagi korang yang mengalami masalah jerawat dan kulit sensitif. Elakkan menggunakan Radiance Powder RT supaya jerawat korang tak menyerlah kesan daripada kilaun shimmer yang terkandung dalam Radiance Powder RT. Murni still gunakan Radiance Powder RT even ada masalah jerawat terutamanya di bahagian dagu 😁😁😁 Hasil mekap tetap puas hati haha

Cara Menggunakan Loose Powder Rosetyara

Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati, radiance powder rt

Ni cara yang Murni selalu gunakan buat masa ni, lepas korang apply foundation, bolehlah apply loose powder RT. Caranya guna powder puff yang dah tersedia dalam bekas loose powder RT dap dap bahagian bawah bawah mata, dahi, & dagu (tak perlu ratakan) Kemudian ambil brush powder untuk ratakan loose powder.

Testimoni Radiance Powder Rosetyara 

Murni share gambar makeup look yang lama ja lah sebab sekarang ni malas pula Murni nak praktis mekap 😂 Gambar yang Murni share ni pun embed dari instagram ja haha 


Gambar atas ni tanpa menggunakan Radiance Powder Rosetyara. Nampaklah mekap tak kemas, sedikit bercapuk. Tak flawless pun mengharapkan lighting disebalik langsir ja. Time ni kalau tak silap Murni gunakan compact powder untuk menggantikan loose powder Murni yang dah habis. Tips untuk korang juga please jangan guna compact powder lepas apply liquid foundation confirm mekap jadi bercapuk. Ni pengalaman Murni sendirilah.


Gambar atas ni Murni gunakan Radiance Powder Rosetyara. Boleh nampak kan perbezaan dia???

 Maka dengan ini berakhirlah sudah sesi perkongsian personal review daripada penulis blog 😁 Next time Murni share makeup stuff yang menjadi feveret Murni. Terima kasih sudi singgah ke blog Murni 😘

Jumaat, September 01, 2017

Rose Face Serum ZEETA

9/01/2017 4 Comments
Rose Face Serum Zeeta | Assalamualaikum & salam sejahtera. Mesti ada di antara anda yang pernah mengalami masalah jerawat dan jeragat sehingga menyebabkan diri menjadi kurang berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai. Jom tangani masalah ini sebelum terlambat! Tapi sebelum itu, apa kata kita kenali dahulu apa itu jerawat dan jeragat?

APA ITU JERAWAT & JERAGAT?

Jerawat juga dikenali sebagai akne. Menurut Dr. Sorya A. Aziz jerawat boleh terjadi apabila liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar. Selain itu, jerawat juga boleh berlaku sekiranya terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak. Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh ge seseorang. Jerawat juga boleh terjadi apabila terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma yang disebabkan oleh bakteria Propionebacterium acnes.

Jeragat atau nama saintifiknya melasma. Melasma merupakan perubahan kulit yang muncul di muka. Melasma terbahagi kepada dua jenis iaitu melasma epidermal dan melasma dermal. Pada kebiasaannya kedua-dua melasma ini akan muncul bersama-sama. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan pigmentasi seperti penyalahgunaan kosmetik, terdedah kepada sinaran UV, masalah hormon, kekurangan vitamin dan pengambilan ubat-ubatan.

BAGAIMANA HENDAK MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT & JERAGAT?

Berita baik untuk anda yang sedang tercari-cari cara untuk menghilangkan jeragat paling berkesan dan cara untuk menghilangkan bekas jerawat cepat dan selamat, Murni akan kongsikan satu produk yang mana akan membuatkan anda tersenyum bahkan akan mengembalikan keyakinan diri anda.

Pada kebiasaannya parut jerawat akan hilang sedikit demi sedikit selepas beberapa bulan. Bagi anda yang inginkan kesan sepantas 14 hari* untuk menghilangkan parut jerawat, Murni syorkan kepada anda untuk menggunakan serum pula.

Memperkenalkan Rose Face Serum Zeeta iaitu salah satu produk terbaik untuk hilangkan jeragat dan parut jerawat 2017 yang dihasilkan oleh Puan Zaiti Nordin atau lebih dikenali sebagai Pn. Zeety Pakar Aura. Puan Zeety merupakan pengasas produk yang dihasilkan sendiri berasaskan mawar, Segar, dan Suci yang berada di bawah kawalan HALAL JAKIM & SLDN Malaysia.

Mengenai Rose Face Serum ZEETA

rose face serum, rfs, serum jerawat & jeragat
Rose Face Serum ZEETA | Serum Organik No. 1 Malaysia
Rose Face Serum merupakan serum muka yang berasaskan Rose Organik No. 1 Di Malaysia yang menggunakan kaedah semburan untuk menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari*.

KELEBIHAN ROSE FACE SERUM ZEETA 
  • Mengandungi Vitamin E, Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 yang berfungsi untuk melindungi kulit dari kesan panas cahaya matahari.
  • Semburan yang halus untuk serapan maksimum menyamai teknologi nano.
  • Vitamin E 30,000 iu.
  • Serum semburan No.1 yang tidak meleleh dan tidak melekit.
  • Parut jeragat hilang seawal 7 hari.
rose face serum, rfs, serum jerawat & jeragat
Kelebihan & Manfaat Rose Face Serum ZEETA

4 NUTRISI HEBAT DALAM ROSE FACE SERUM

1) Vitamin E

Berfungsi untuk menghalang radikal bebas dari udara, disebut sebagai anti oxidant. Radikal bebas ini akan menyebabkan proses penuaan pada kulit. Apabila radikal bebas ini berjaya dihalang, kita boleh mengurangkan kedutan daripada berlaku dengan cepat seterusnya dapat menjaga sel kulit muka agar kelihatan muda. Lihat perbandingan di bawah;

Terdapat perbezaan di antara baju yang kita sidai di tempat yang berteduh dengan baju yang kita sidai di bawah sinaran matahari. Warna baju akan menjadi pudar dan nampak macam lama padahal ia adalah baju baharu.

Kulit kita sentiasa menghasilkan sel kulit baru. Kalau kita menjaga dan melindunginya secara tidak langsung kita dapat menjaga keremajaan sel kulit muda tersebut supaya kita dapat mengawal kulit kita daripada kelihatan "lusuh" dengan cepat.

2) Vitamin C

Mempunyai fungsi seperti vitamin E iaitu kaya dengan anti oxidant, tatpi vitamin C ini lebih kepada untuk mengaktifkan sel-sel kulit muka bagi menghasilkan collagen, molekul-molekul penting untuk kulit yang sihat. Vitamin C boleh diperolehi sama ada yang kita makan atau kita sapu pada kulit yang akan merangsang kulit untuk menghasilkan collagen.

Selain itu, vitamin c ini sangat penting untuk merawat masalah kulit akibat sinaran UV. Sinaran UV yang berlebihan akan merosakkan kulit muka, nama dia photodamage. Ada yang orang yang makan collagen. Cara yang lebih baik ialah kita mengambil vitamin C, dah siap sapu vitamin C pada kulit biarkan kulit secara semula jadi menghasilkan collagen itu.

3) Omega 3 (makan dan sapu

Kulit perlukan fatty acid seperti omega 3 untuk mengekalkan kelembapan, normalkan pengeluaran minyak dan untuk mengekalkan kulit yang anjal.

Sama seperti vitamin C, Omega 3 penting untuk melindungi kulit dari photodamage dan kesan sunburn. Kesan sunburn ini dipanggil sebagai inflammatory skin response . Lebih kurang macam kesan kulit yang terkena dengan minyak panas.

Omega 3 dalam minyak ikan yang kita makan akan pergi ke hati, diproses dan akan ke kulit untuk fungsi yang sama. Omega 3 yang kita sapu pada kulit pula akan menyerap ke kulit dengan lebih cepat.

4) Omega 6

Omega 6 kaya dengan linoleic acid, ringan dan nipis rasa minyaknya. Omega 6 berfungsi untuk menyuburkan kulit.

Omega 6 juga dapat mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung muka kita dan mengurangkan sel kulit dari mengelupas. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat, anda kekurangan linoleic acid dan ini menyebabkan muka anda tidak berupaya untuk "melindungi" dan akhirnya kulit mudah terdedah kepada sinaran UV dan toxic udara.

Oleh itu, Rose Face Serum Zeeta dihasilkan mengikut formula 4 bahan utama ini. Dengan menggunakan teknologi yang sama dengan nano, apabila seum ini di spray pada muka, serum tersebut tidak meleleh, cantik terletak di muka dan ianya akan meresap secara perlahan-lahan. Yang paling penting serum ini tidak melekit.

TESTIMONI ROSE FACE SERUM ZEETA

Berikut merupakan maklum balas daripada pelanggan yang telah menggunakan serum ini. Dengan adanya testimoni ini secara langsung dapat membuktikan bahawa produk ini dapat menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat yang dialami oleh mereka.

rose face serum, rfs, serum jerawat & jeragat, testimoni rfs
Testimoni Pengguna RFS
rose face serum, rfs, serum jerawat & jeragat, testimoni rfs
Testimoni Pengguna RFS

rose face serum, rfs, testimoni rfs, serum jerawat & jeragat
Testimoni Pengguna RFS 

HARGA ROSE FACE SERUM

Sebotol RM50 tidak termasuk kos penghantaran. Sebotol RFS bolehtahan selama 2 bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan serum ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rose Face Serum ZEETA, anda boleh rujuk maklumat di bawah:

Facebook Page: ZEETA PAKAR MAWAR
Instagram: @zeetaofficial
Whatsapp untuk order: 019-2209069

Selasa, Ogos 29, 2017

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate TSC

8/29/2017 2 Comments
Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate TSC | Assalamualaikum & hi readers! 😁 Alhamdulillah minggu lepas Murni dah dapat bayaran hasil daripada join program affiliate Tudung Si Comel. Dengan duit ni lepaslah Murni beli baju kurung pahang sepasang untuk Hari Raya Haji 😁 & bawa anak² buah Murni pi jenjalan. Murni join program affiliate ni pun sekadar suka² sahaja, kalau fokus buat benda ni confirm boleh dapat lebih lagi 😉 

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate TSC

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate TSC

Murni mula daftar sebagai affiliate TSC tahun 2015 & komisyen pertama yang Murni terima RM5.40 bertarikh 16/12/2015. Dah nama pun Murni join secara suka² sebab tu ambil masa yang lama untuk Murni cash out 😁 Masa daftar jadi affiliate, terus dapat RM30 tapi tak boleh cash out lagi tau sebab minima pengeluaran adalah RM100. Komisen dikira berdasarkan Pay-Per-Sale 15% untuk setiap jualan.

Untuk dapatkan jualan, Murni banyak bergantung sepenugnya pada penulisan artikel mengenai produk TSC di blog, banner dan juga posting di Facebook. Posting di FB ni boleh kira dgn jari berapa kali ja lah Murni promote 😄 Syukurlah dapat 13 transaksi melalui link affiliate yang Murni share dengan total komisyen sebanyak RM120.46 + RM30 = RM150.46 .

Bukti Pembayaran Affiliate TSC

Korang boleh rujuk invois di bawah; bukti pembayaran affiliate TSC. 

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate TSC, invois pembayaran affiliate TSC
Invois Pembayaran Affiliate Tudung Si Comel

Mengenai Program Affiliate Tudung Si Comel

Program Affiliate TSC free signup & boleh disertai sesiapa sahaja, pendaftaran yang amat mudah. Pihak TSC akan memberikan RM30 khas untuk korang yang buat pendaftaran sebagai Affiliate TSC.

Bagaimana program ini berfungsi?

  • Korang akan dibekalkan dengan pelbagai banner dan link teks yang boleh diletakkan di laman sosial seperti Facebook atau mana² tempat untuk mempromosikannya.
  • Apabila pengguna klik pada salah satu pautan (link) yang korang kongsikan, mereka akan dibawa ke laman web TSC dan aktiviti mereka akan dikesan oleh perisian affiliate TSC dan korang akan dapat komisen
Statistik dan Laporan Masa Nyata!

Korang boleh log in ke akaun affiliate TSC pada bila² masa 24/7 untuk menyemak jualan, trafik & baki akaun.

Pendaftaran Program Affiliate TSC
Murni dah tuai hasil, korang tak terngin ka nak jana pendapatan sampingan dengan Affiliate TSC ni? Berminat nak join program ni? korang boleh klik pautan ni >> Affiliate TSC << kemudian boleh klik 'Signup Now' . Selamat mencuba! 😊


Ahad, Ogos 20, 2017

Transformasi Rumah Kampung Kepada Kediaman Idaman Yang Memukau

8/20/2017 1 Comments
Transformasi Rumah Kampung Kepada Kediaman Idaman Yang Memukau

Transformasi Rumah Kampung Kepada Kediaman Idaman Yang Memukau | Assalamualaikum & selamat sejahtera. Murni nak abadikan dalam blog idea transformasi rumah kampung kepada kediaman Inggeris yang viral beberapa hari lepas di Facebook. Suka pulak Murni tengok design & susun atur perabotnya, manalah tahu satu hari nanti ada rezeki lebih boleh buat rumah kampung macam ni, doakan utk Murni 😁

Transformasi Rumah Kampung Kepada Kediaman Idaman Yang Memukau

Teratak ini dimiliki oleh Tuan Asri Meris Anthony yang terletak di Tuaran Sabah. Rumah kampung ini asalnya rumah bekas arwah nenek Tuan Asri yang telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni. Idea transformasi untuk mengubah teratak ini kepada sebuah kediaman Inggeris yang sangat memukau telah dilakukan oleh Tuan Asri bersama-sama dengan isteri beliau dengan menggunakan daya imaginasi yang luar biasa dan menggunakan kos material yang serba sederhana.

Atas permintaan ramai rakan2 yg ingin melihat sendiri transformasi teratak kecil kami yang asalnya adalah rumah kampung (bekas rumah arwah nenek) yang ditinggalkan lama tak berpenghuni. Ini kali pertama kami post di fb gambar rumah asal & proses transformasi.

Kronologi Transformasi Rumah Kampung Kepada Kediaman Inggeris
Alhamdulillah, di sini kami berkongsi beberapa gambar dari awal transformasi bermula sehingga ke hari ini. Bukan untuk riak atau menunjk, tapi kami gembira dapat berkongsi idea transformasi kami yang mana diharap dapat memberi inspirasi kepada rakan yang lain

kediaman inggeris

Ini adalah struktur asal dan setelah dicat semula. Warna asal rumah ini adalah warna kuning lembut. Banyak kayu struktur asal telah reput & rosal, terutamanya bahagian dinding & tangga. So agak memerlukan kesabaran sedikit untuk memperbaiki setiap satu bahagian terutamnay bahagian dinding dalam.

kediaman inggeris

Proses kedua selepas mengecat adalah meratakan tanah dibahagian bawah rumah. Dalam masa yang sama juga kami menukarkan tingkap asal kepada yang lebih moden dan selari dengan tema "Inggeris" yang diidamkan.

kediaman inggeris

Hampir semua tingkap di setiap ruang ditukar dan ini memerlukan proses yang agak memakan masa kerana tukang ukur akan mengukur setiap satu tingkap & membuat tingkap tersebut di kilang mereka selama hampir sebulan sebelum proses pemasangan semula. Kami memilih frame putin & clear glass yang mana bersesuaian dengan konsep English.

kediaman inggeris

Proses pemasangan tingkap siap & dalam masa yang sama beberapa kayu yang reput di bahagian dalam rumah mula ditukar kerana banyak struktur kyu yang telah reput.


Proses penukaran kayu yang reput di dalam rumah hampir siap & pada masa yang sama proses penukaran semua pintu bermula.

kediaman inggeris
Proses pembuatan tangga dan balcony bermula

kediaman inggeris

kediaman inggeris

Masa ni sangat2 excited sebab walaupun balcony & tanga masih belum siap tapi keterujaan ingin menghias ruang balcony telah bermula.. hehehe.. Wiring lampu pun sudah mula pasang

kediaman inggeris

Atap bahagian balcony dalam proses pemasangan & menunggu proses railing

kediaman inggeris

Setelah pemasangan railings siap, hati mula berbunga-bunga cinta sebab gambaran design balcony & tangga yg diidamkan semakin nampak jelas.. hehehe

kediaman inggeris

Masa ini pemasangan tiles di bahagian balcony & tangga sudah mula dipasang.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan.

kediaman inggeris

Alhamdulillah.. Setelah ruang balcony siap, pelbagai eksperimen dibuat utk menata rias ruang kecil ini.. Semuanya adalah terinspirasi dari konsep "shabby & cottage".

kediaman inggeris

Ini adalah ruang tamu kami yg sekangkang kera.. walaupun kecil tapi ianya dihias dengan penuh kasih sayang sehingga menjadi ruang favourite seisi keluarga.

kediaman inggeris

Ruang balcony sentiasa bertukar wajah & berubah mengikut mood.. hehehe

kediaman inggeris

Tadaaaaaa... Inilah hasilnya.. Walauun bukanlah segahh rumah banglo atau istana, tak semewah rumah orang lain yang bernilai ratus ribu & tak memiliki batu bata mahal ala riman, tapi Alhamdulillah kami happy dapat mengubah rumah yang pada asalnya terbiar lama & hampir reput berubah kepada istana impian kami sekeluarga yang penuh dengan kasih sayang.. Kami cuba bersederhana tapi mewah dengan kasih sayang, insyaAllah..

kediaman inggeris

Yang ni yang palig latest.. Saja lari sikit dari konsep "all white".. sebab inginkan kelainan & inginkan suasana sedikit elegan dengan menerapkan warna 'royal blue' terutamanya pada kain langsir..

Cantik sangat kan transformasi rumah kampung ni? Murni tak boleh move on lagi tengok rumah ni, tu yang Murni share di blog 😁