Rabu, Januari 22, 2014

Menu Ikan Sardin

1/22/2014 0 Comments
Assalamualaikum

Kalau nak d ikutkan since dah masuk U jarang sangat masuk dapur coz di hostel tempat Murni belajar tak ada pun disediakan bilik khas untuk masak-memasak ni..so bab-bab memasak ni memang kureng sikit..haha even kalau balik kampung di Sabah pun, mak Murni yang masak, kalau mak tak masak sanggup tak mau makan..hehe..

Cakap pasal mak ni rindula plak dengan masakan mak. erm tak dapat nak jumpa mak coz sekarang ni tgh menghabiskan cuti semester selama sebulan d rumah abang d Penang. [nak nanges]. macam ni la klu orang yang belajar d "oversea"..hehe..hadapi dengan senyuman yg pahit tuk ditelan. Inshaallah sabar dengan pengorbanan yg dibuat, diakhirnya nanti pasti akan ada kemanisannya juga..ya kan???

Berbalik kepada topik masak-memasak ni, serius Murni cakap, diri ni memang tak reti masak..kalau main campak-campak bahan ke dalam kuali tu pandaila..hehe. Tengah hari tadi Murni berjaya masak ikan Sardin..yeayy haha masakan yg senang & cepat untuk disediakan.

 "Susah kawen dengan ko ni Murni, kesian bakal laki ko nanti hari-hari makan ikan sardin jer". kata si Polan bin si Polan..[gurau]..hihi bab-bab belajar memasak ni, nanti kita minta ajar dengan mak ataupun dengan mak mentua ye..hihi lagi sweet kalau dapat laki yang terer masak. [berangan jap].



haa ini la dia makanan yang senang & cepat disediakan..Alhamdulillah dah masuk dalam perut.


































Murni masak ni pun based on pemerhatian & tunjuk ajar dari abang Murni sendiri, tu pun masa Murni semester 1 klu x silap singgah kat Penang before masuk UUM.

Cara-cara Miss Murni memasak hehe:
1. Sediakan bahan-bahan [ikan sardin, bawang merah,  bawang putih, cabai, & garam] klu yg suka  makan bawang bolehlah tambah atau nak yang lagi berapi tambahlah cabai..bergantung cita-rasa masing-masing.
2. Asingkan sos dengan ikan sardin.
3. Panaskan minyak, then masukkan ikan yang diasingkan dengan sos tadi ke dlm kuali. goreng ikan macam gambar kat atas erk.
4. Panaskan minyak, then tumis bawang merah, bawang putih, & cabai sekali. Lepas tu masukkan sos ikan sardin tadi then tambah air sikit. Lastly, masukkan ikan sardin yang dah digoreng sebelum ni. Nak lagi sedap tambahlah garam ye.
5. Siap untuk dihidangkan & dimakan.

Selamat mencuba =D
haha macam chef la pulak.

Khamis, Januari 16, 2014

Tips Menjadi Wanita Cantik

1/16/2014 0 Comments
Assalamualaikum
sumber: dara.com edisi 139 jan. '14


1 Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandanagn0 sebagai celak bagi kedua-dua belah alis matamu. Inshaallah, pandanganmu akan menjadi semakin jernih dan bening.
2 Oleskan Lipstik kejujuran & kebenaran (alhaq) pada ulasan bibir delimamu. Inshaallah, ukiran senyumanmu akan bertambah manis & dihargai.
3 Alunkanlah kemerduan & kesyahduan suaramu dgn tilawatul al-Quran & zikrullah. Inshaallah berkat kusyuk & penghayatan, hulwatul iman akan dikecap rohmu sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.

4 Sarungkanlah kedua-dua belah tanganmu dengan gelang sedekah & jari jemari dengan cincin ukhuwah. Inshaallah, kelak kamu akan temui warga soleh yang nilainya melebihi segunung emas permata.
5Luruskan postur tubuh badanmu dengan ketulusan dalam menunaikan solat & beribadat hanya kepadaNya.
6 Rawatkanlah rambutmu dengan hijab Islami. Inshaallah, ia akam menyelimuti azaraujasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerasukan insan yang terlepas dari tambatan imannya.

7 Bedakkan raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu & keadaban. Inshaallah, kesederhanaan lahirlah yang kalian biasakan itu akan menyejukkan pandangan mata yang memandang.
8 Lumurkan sabun Istighfar ke setiap anggota badanmu. Inshaallah, ia mampu mengikis dari kekotoran dosa & kesalahan yang telah kamu lakukan.

Kalau rupa je yang cantik, tapi hati busuk..kecantikan yang dimiliki itu mungkin tak akan bertahan lama..apa yang penting adalah kecantikan akhlak & kebaikan hati coz ianya tak akan dimamah oleh usia & ianya akan kekal abadi..

Rabu, Januari 15, 2014

Throwback: BFF, 8 January 2014

1/15/2014 0 Comments
Assalamualaikum

Rasanya semester lima ni banyak sangat cabaran yang perlu ditempuh, & sometimes slalu nanges bila x dapat nak handle emosi..huhu pujuk hati dengan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa ada untuk dengar rintihan hati ni & janji Allah itu pasti bg org yg sentiasa bersabar. Past is past..am I right??? Tutup buka lama & buka buku baru..tak sabar nak masuk semester baru, means semester last then praktikal, graduate, cari keja & dotdotdot :P [haha baru start cuti kutt, dah nak masuk sem 6 plak]

Throwback 8th January 2014, last meeting wiv them, before we start our holiday for one months. Lama tak bersua muka dgn BFF, last meeting mcm ni pun sem lepas je coz masing-masing dah sibuk dgn kuliah, asimen, program & sewaktu dgnnya..Kos yg di ambil pun tak sama..klu bjumpa pun confirm tak cukup berenam mesti ada yg x da..

Thanks ya cik Nisa coz blanja ktorang Kehepsi. Masa ni Murni dgn Najwa baru je habis exam tuk paper Research Methodology tu sebabla kami berdua sopan je pakai baju kurung..haha..org lain pegi tasik ni pakai baju sukan coz nak beriadah katakan waktu petang..tempat kami berkumpul ni di Tasik MAS UUM.







[org pakar tgh buat KOKTAIL]

 Jemput tengok :D ]

p/s: tak rasa mcm dah masuk 2014 plak..hehe maybe sbab tem org lain tgh sambut tahun baru..kami plak tgh berperang (exam)..hehe tak mengapa yg penting dah sambut tahun baru dalam kalander Islam pun jadilah [Muharram, 1435] ^_^