Khamis, Ogos 28, 2014

Latihan Industri di PDLD (Part 2)

8/28/2014 14 Comments
Hi, readers! Tqvm sebab korang sudi bertandang ke blog picisan Murni. Entri kali ni Murni hendak jadikan sebagai bahagian kedua daripada entri sebelum ini Latihan Industri di PDLD (Part 1). Entri kali ini special sikit, sebabnya Murni dengan member intern yang lain ingin tujukan ucapan tahniah kepada salah seorang member intern yang sudah pun menamatkan latihan industri di PDLD pada 22 Ogos 2014 bersamaan dengan hari Jumaat yang lepas. Skema pulak ayat di atas ni. haha  it's ok sebagai kata-kata aluan sahaja. 

Member yang Murni maksudkan diberi nama Mohd Nor bin Hassan merupakan siswa daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial (Pengajian Asia Timur) Universiti Malaya. Macam sesi suai kenal pula jadinya. Dia mula intern 1 Julai - 22 Ogos 2014. Untunglah intern dalam tempoh masa yang singkat tak sampai empat atau enam bulan pun. Huhu jadi cemburu dibuatnya. "Macam yang orang bilang kalau lagi lama intern, lagi banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi". Ok aku terima kenyataan tu dengan hati yang terbuka..haha


Latihan Industri di PDLD (Part 2)

Muka-muka orang yang rajin bekerja, bergosip, berselfie dan yang seumpamanya..hihi


Khas untuk kau Oyok, hasil nukilan si Astie

           PERTEMUAN DAN PERPISAHAN 
by:  Astidar Suardi ©

Pertemuan itu indah...
Tatkala disulami benang-benang kebahagian...
Terukir lakaran kegembiraan
Terhias dengan coretan suka duka pahit manis 
Terselit rasa amarah dan berkecil hati...
Namun, lantas kembali ceria menyulam kegembiraan bersama
Siapa sangka kenangan itu tercipta sedemikian rupa
Siapa sangka detik pertemuan itu membawa seribu satu kebahagiaan...
Tapi...
Siapa sangka waktu pertemuan itu juga  bakal menjadi detik pemisah
Siapa sangka semua kemungkinan bakal berlaku
Dan... Kini sudah terbukti...
Waktu itu telah tiba
Detik dan saat yang mencengkam sebak di dada
Segalanya masih segar di ingatan
Namun, segalanya itu juga hanya menjadi igauan bayangan
Setiap pertemuan harus ada perpisahan 
Agar kita lebih mengenal erti persahabatan



Hari terakhir ambil gambar family dulu 

Latihan Industri di PDLD (Part 2)

Latihan Industri di PDLD (Part 2)

Latihan Industri di PDLD (Part 2)


Permintaanmu oyok mau letak videomu di blogku. Macam kau artis UM. Jangan kau malas-malas oyok belajar, Muzik no. 2 haha



"Sorang-sorang bakal tinggalkan PDLD ni, minggu ni si Mariati next week si naem pula. Paling legend nanti aku dengan si GG. Semoga berjaya dapat kerjaya yang diimpikan untuk kamu semua selepas grad nanti"

Jumaat, Ogos 22, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

8/22/2014 12 Comments
Assalamualaikum

Terima kasih Murni ucapkan kepada anda kerana sudi meluangkan sedikit masa singgah ke blog ini. Bersaksikan cahaya lampu pendaflour, dengan ini Murni menyahut cabaran Contest iPhone 5s yang dianjurkan oleh denaihati.com bersempena dengan pelancaran iphone generasi baru yang bakal dilancarkan pada bulan september ini. Sehubungan dengan itu, Murni ingin mengemukakan beberapa soalan untuk dijawab sendiri oleh tuan empunya blog Mawar Medina. Eh, boleh ke?. Terdapat sesetengah soalan yang akan dijawab berdasarkan pandangan Murni sendiri. ok! Soalan dibuat adalah berdasarkan soalan 5W 1H. Mesti anda faham apa yang Murni maksudkan dengan jenis soalan ni. Rujuk gambar di bawah ni:




What: Apa tujuan utama Murni menyertai contest iPhone 5s?

Jawapan yang ringkas "ingin mencuba nasib". Bila berbicara tentang smartphone canggih-cangih ni, setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk memilikinya sama juga dengan naluri diri ini. Oleh sebab itu, Murni tak nak lepaskan peluang untuk menyertai cabaran ini. Di tambah pula, jenama iPhone ni mempunyai brand image  yang mantap dalam target pasarannya yang tersendiri. Realitinya, Murni masih belum mampu untuk membeli iPhone dengan menggunakan hasil titik peluh sendiri. Almaklumlah Murni masih lagi bergelar Pelajar Latihan Industri yang masih belum mempunyai kerjaya tetap. Sejak dari dulu lagi Murni menyimpan angan-angan ingin memiliki iPhone. 

2 Who:  Siapakah yang berpeluang untuk memiliki iPhone 5s?

Sesiapa sahaja rakan-rakan blogger Nusantara yang sejak dari dulu lagi menjadi pembaca setia blog Denaihati berpeluang untuk memilikinya dengan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. In sha Allah kalau ada rezeki menang contest ni, maka tercapailah hasrat di hati untuk menjadi pengguna setia iPhone. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. kan? Tak salah sebenarnya kalau kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan. Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas, dan kita sebagai hambanya hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut dengan cara yang halal.

3 Where: Di mana maklumat tentang contest iPhone 5s diperolehi?

Senang dan mudah nak dapatkan maklumat tentang contest ni. Untuk pengetahuan anda Murni sebenarnya dapat maklumat contest ni daripada rakan-rakan blogger yang sememangnya sudahpun menyertai contest tersebut. Melihat kesungguhan mereka untuk sahut cabaran contest ni, secara tidak langsung dapat menarik minat Murni untuk turut serta memeriahkan lagi contest iPhone 5s ni. Apa yang menariknya contest ini telah mendapat sponsor daripada rakan blogger blog Denaihati yang bermurah hati untuk mengeluarkan sejumlah wang tunai  bagi merealisasikan impian penganjur untuk menganjurkan contest iPhone 5s ini. Berikut Murni 'kepilkan' nama-nama sponsor yang terlibat:

Penaja utama : Amariman.com
2.   http://eridy.com/
3.   http://www.hilalazmi.com/
4.   http://www.eizil.com/
5.   http://www.asamboi.my/
6.   http://www.diarymama.com/
7.   http://www.pendekarberkuda.org/
8.   http://saji.my/
9.   http://abangensem.com/

10. http://enveeus.com/
11. http://www.pakarniaga.com/
12. http://anarm.net/
13. http://daddydee.net/
14. http://www.sunshinekelly.com/
15. http://sweetkurma.com/
16. http://awn.my/
17. http://www.mawarmerah2008.com/
18. http://www.blogieta.com/
19. http://www.broframestone.com/
20. http://www.akmaomar.com/
21. 
http://www.khairilmazri.com/

22. http://wowberita.org/
23. http://www.ombakcreatives.com/
24. Japan Budget Trip


Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga adalah merupakan salah seorang penaja. Mohon kepada anda yang beragama Islam untuk sedekahkan surah Al Fatihah untuk arwah. Diharapkan semiga tajaan ini menjadi sedekah yang diterima oleh ALLAH. Aamiin...

4 When: Bilakah tarikh keramat contest iPhone 5s dilancarkan oleh blog Denaihati?

Dengan merujuk semula entry denaihati.com, pasti anda semua akan perolehi jawapannya. Rajin-rajinkan diri anda untuk klik link yang berwarna, ok. Sudah semestinya para blogger sekalian tidak sabar untuk mengetahui siapakah pemenang bertuah yang bakal memiliki iPhone 5s. Bermonolog sendiri, 'adakah aku insan yang terpilih'. Bertenang wahai hati-hati jangan bermonolog sedemikian sehingga boleh mengganggu tidur anda apabila malam menjelma hehe. Ok untuk pengetahuan anda semua contest ini akan berakhir pada jam 11:59p.m bersamaan dengan 24/08/2014. Nampak tak tarikh Murni update entry ni dengan tarikh tutup contest, nampak sangat Murni baru ada masa untuk mengikuti contest yang terlebih gempak ni.

5 Why: Kenapa iPhone 5s wajar menjadi gajet impian setiap blogger?

Bagi pendapat Murni, gajet seperti ini sangat berguna terutamanya kepada blogger yang menjalankan perniagaan atas talian dan tidak lupa kepada blogoholic di luar sana. Sudah semestinya khidmat telefon canggih ni amat diperlukan apabila berada dalam keadaan yang terdesak. Bahkan, ia dapat memudahkan para blogger untuk update entry blog di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Apa yang tertarik pada pandangan mata Murni apabila ternampak iPhone ni, sudah semestinya designnya yang cantik molek bila dipandang. Kamera iPhone 5s pun dah di upgrade, barulah gambar yang dicapture tu menarik, cantik, dan gambar tu nampak 'hidup'. Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut ciri-ciri iPhone 5s ni, bolehlah klik SINI



Rugi rasanya kalau anda tidak melihat video di bawah ini, confirm akan jatuh cinta pandang pertama terhadap iPhone 5s ini. Mempersembahkan kepada anda The all-new iSight camera of iPhone 5s. 

Kamera 12-megapiksel dengan Dua Flash LED

video


Apple dikatakan menggunakan kamera dengan dua flash LED dengan f/2.0 aperture yang akan memberikan kualiti gambar lebih baik walaupun pada keadaan cahaya yang rendah. Apple akan memberikan kamera 12MP dengan perakan video HDR yang diperbaiki dan Apple akan menyertakan kebolehan merakan video 'slow motion' dengan 120 f/ps dan juga menggunakan kamera hadapan 2 megapiksel berbanding 1.2MP pada iPhone 5.

video

Ini mungkin ciri iPhone 5s yang paling radikal dan Apple menggunakan pengesan cap jari ini untuk membuka peranti tersebut. Kegunaan utama pengesan ini adalah untuk membuka iPhone anda, namun Apple mungkin menggunakannya sebagai sistem pengesan bagi aplikasi bayaran 'wallet' pada masa akan datang. Butang baru iPhone 5s ini dikatakan akan disaluiti dengan menggunakan gelas 'sapphire' yang tahan lasak dan calar.


1 How : Bagaimana untuk melengkapkan tugasan pertama cabaran contest iPhone 5s?

Terma dan syarat yang telah ditetapkan:

  1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
  2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
  • Satu backlinks kepada blog Denaihati.
  • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
  • Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
   3.   Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada jam 11:59 pm, 24/8/2014
   4.   Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog        anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
  5.  Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.

Alhamdulillah akhirnya siap menaip entry untuk contest ini. Memulakan menaip entri bermula 21 ogos 2014 pada waktu malam dan berakhir pada petang ini. Langkah seterusnya hanya mampu untuk berdoa dan bertawakkal shaja setelah memerah otak selama dua hari. 

Tidak lupa pada kesempatan ini juga Murni ingin mengucapkan takziah pada keluarga mangsa nahas kapal terbang MAS MH17. 

Terima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi. 

Khamis, Ogos 14, 2014

Tip Membeli Alat Kecantikan

8/14/2014 2 Comments
Assalamualaikum

Hi, readers! Murni nak share dengan korang semua 5 tip ringkas bila nak beli alat kecantikan. Senang & mudah untuk diingat, ok! Murni share berdasarkan bahan bacaan majalah Dara.com yang dibaca.



Tip 1: Tarikh Luput
Penting! Sebelum beli apa-apa produk, tengok dulu tarikh luput dan tarikh produk dikilangkan untuk pastikan sama ada produk tu dah luput atau belum. Hati-hati semasa membuat pembelian ya!

Tip 2: Original tak?
Wajib membeli yang original. Kalau tersilap beli yang palsu, takut pula nanti akan memudaratkan kesihatan diri sendiri.

Tip 3: Buat Kajian
Buatlah pilihan yang terbaik sebelum membuat sebarang pembelian. Apa kata korang buat sedikit kajian tentang keberkesanan produk. Mungkin korang boleh tanya kawan-kawan yang dah pernah guna produk ataupun dapatkan maklumat di Internet. Maklumat di hjung jari, ok! 

Tip 4: Harga
Buat tinjauan harga untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Almaklumlah ada kedai yang menawarkan harga yang berbeza-beza, padahal produk sama sahaja. Kena bijak buat perbandingan harga, supaya tak mudah kena tipu. 

Tip 5: Kualiti
Kualiti pun perlu diutamakan, ya! Produk tak semestinya mahal sahaja yang berkualiti, apa-apa pun kena bijak memililih. Kita perlu bijak memastikan bahawa pilihan yang dibuat adalah berbaloi.

p/s: Kepekaan dan keprihatinan anda dalam memilih barang adalah penting. 

Ahad, Ogos 10, 2014

Sakit itu Kifarah

8/10/2014 0 Comments
Sakit itu Kifarah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Selamat berhujung minggu untuk korang semua yang bercuti hari ini. Luangkanlah masa anda untuk keluarga terchenta, takpun dengan BFF. Untuk mereka yang bekerja, jalankanlah tanggungjawab anda dengan ikhlas. Carilah rezeki yang halal, ok! Jangan lupa jaga kesihatan ya ;)


Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahan (dosa)nya dengan penyakit itu sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.' (Hadis Bukhari, Muslim)

Semoga cepat sembuh ya Murni! Sesungguhnya sakit itu kifarah dosa, ia tarbiyyah terbaik buat dirimu 

Sabtu, Ogos 09, 2014

Pesan Ramadhan

8/09/2014 0 Comments
Assalamualaikum

Hi, readers! Murni nak share dengan korang antara pesanan yang perlu kita laksanakan sebagai hamba Allah. Pesanan ni Murni baca time godek-godek FB. Sharing is caring, ok! Seandainya Ramadhan boleh berpesan pada kita, mungkin inilah yang akan disampaikannya.

Pesan pertama: Setelah aku pergi jangan kau lupakan aku (puasa) kerana aku datang kembali menghampirimu selama 6 hari di bulan Syawal itu tiada lain agar aku dan kamu sentiasa dekat. Aku akan lebih dekat lagi ketika kau melaksanakan puasa Isnin dan Khamis, atau puasa ayyamul baidh (tanggal 13,14, dan 15 setiap bulan qamariyah), puasa Arafah, puasa Asyura, bahkan Rasulullah SAW menganjurkan untuk melaksanakan puasa Daud (sehari berpuasa sehari berbuka). Itu semua tiada lain agar kau selalu mengingatiku, sehingga aku pasti menunggumu di pintu ar Rayyan.



Pesan kedua: Setelah aku pergi, jangan kau biarkan kitab suci al-Quran bersampulkan debu, buatlah jadual agar kamu boleh tetap membacanya seperti sediakala ketika aku ada bersamamu. Ketahuilah bahawa al-Quran merupakan salah satu qizi hatimu dan al-Quran merupakan salah satu yang akan memberi syafaat kepadamu kelal. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafa'at kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, 'Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa'at untuknya.' Sedangkan al-Quran akan berkata, 'Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari tidur di malam hari, maka perkenankanlah aku memberikan syafa'at untuknya,' Maka Allah SWT memperkenankan keduanya memberikan syafa'at.' (HR Imam Ahmad dan Ath-Thabrani).



Pesan ketiga: Setelah aku pergi, jangan kau tinggalkan solat malam walaupun kamu sanggup hanya melakukan beberapa rakaat sahaja, sungguh solat malam mampu mendekatkanmu dengan Rajaku.



Pesan keempat: Setelah aku pergi jangan kau tinggalkan kebaikan-kebaikan yang sudah kamu lakukan di saat aku ada di sisimu. Ketahuilah bahawasanya Rajaku sentiasa mencintai satu amalan kebaikan yang dilakukan tanpa henti walaupun itu sedikit. Sebagaimana sebuah hadis dari Aisya RA, beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda " Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta'ala adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit.' (HR Muslim)



Pesan kelima: Saat aku pergi, duhai kekasihku Muslimah jangan kau lepaskan kembali jilbabmu, kerana di situ kehormatan dan kemuliaanmu terjaga, jangan kau memakainya kerana aku, tapi pakailah ia kerana Rajaku.


Pesan terakhir: Jadilah kau insan yang sentiasa beribadah kepada Allah, jangan kau beribadah hanya di bulan Ramadhan sahaja, keran sungguh Allah itu Tuhan di seluruh waktu.

Wallahu A'lam
Semoga bertemu Ramadhan seterusnya.
Kredit: Aidijuma

Jumaat, Ogos 01, 2014

Tips Pemakaian Tudung Untuk Muslimah

8/01/2014 1 Comments
Assalamualaikum



1. Jangan memakai tudung yang agak jarang dan nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada.
2. Jika kain tudung jarang, pakailah baju lengan panjang (turtle neck) yang menutupi leher.
3. Pakaian yang menampakkan apa yang sepatutnya disembunyikan mencuri pandangan lelaki dan seterusnya menimbulkan nafsu mereka. Oleh itu, janganlah jadi punca kepada kelemahan iman kaum lelaki.
4. Pastikan anda memakai anak tudung untuk mengelakkan anak rambut kelihatan. Ia juga memberikan gaya yang lebih kemas, rapi dan memudahkan pemakaian tudung.
5. Jangan bergaya dengan tudung yang bercorak melampau dan tidak sesuai untuk sesetengah majlis. Pilih tudung yang sesuai untuk ke majlis yang berbeza. Begitu juga dengan gaya tudung. Boleh bergaya dengan ikatan yang menarik tetapi mestilah tetap menutup rambut, sanggul, leher dan dada. Bertudung bukan untuk kelihatan cantik dan elegan, tetapi untuk memenuhi tuntutan agama iaitu tutup aurat. Itu yang utama.
6. Tudung dan kerongsang memang sudah tidak boleh dipisahkan kecuali kalau anda memakai tudung yang sudah siap dijahit. Bagi yang berkerongsang, pilih kerongsang yang sesuai. Kerongsang yang sesuai adalah keronsang kecil. Tidak bermakna warna kerongsang mesti sama dengan warna tudung. Tidak sesuai tudung merah dengan kerongsang merah dan tidak sesuai tudung hitam dengan kerongsang hitam.
7. Bagi wanita yang berbadan besar, tidak digalakkan memakai kerongsang besar. Sesuai dengan kerongsang kecil tapi kalau nak juga pakai yang bersaiz besar, pilih kerongsang yang bentuk memanjang.
8. Kalau baju kosong, sesuai pakai tudung bercorak. Kalau baju bercorak atau berbunga, sesuai pakai tudung kosong.
9. Warna tudung yang terang adalah tidak sesuai walaupun ia boleh menarik perhatian. Tapi bukankah kita wanita Islam tidak boleh menarik perhatian terutamanya perhatian lelaki. Pilihlah warna pastel atau warna lembut.
10. Baju dan tudung tidak boleh sedondon. Pakailah yang kontras.

Sumber: Rahsia Hawa