Isnin, Mac 30, 2015

Tutorial Shawl Chiffon Labuh

3/30/2015 3 Comments

Tutorial Shawl Chiffon Labuh | Assalamualaikum & salam sejahtera.  Alhamdulillah task yang terakhir dah pun siap & dah submit pagi semalam. So hari ni bolehlah jenguk2 blog kesayangan ni plus blogwalking sekali. Kali ni Murni nak share dekat korang tutorial shawl chiffon labuh memandangkan sejak dua menjak ni Murni dah jatuh chenta dengan shawl chiffon ni. 

 Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Hurmm nampaknya Murni dah curang dengan wide shawl cotton..hihi tak curang sebenarnya saja Murni nak tukar angin pulak almaklumlah sekarang ni cuaca asyik panas je, tu yang pakai shawl chiffon. Best je bila pakai, tak adenya rasa panas2 even kalau pakai tudung syria kat dalam sebagai inner tudung. Kalau nak pakai shawl chiffon ni wajib tau pakai inner labuh supaya aurat kita tak nampak.

Meh sini Murni nak share step by step tutorial bergambar macam mana Murni pakai shawl chiffon & nampak labuh. Murni gnakan 3 pin tudung plus 1 peniti comel.

Step 1: Pinkan shawl bawah dagu. Make sure shawl belah kanan atau kiri panjangkan sikit.

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 2: Bawa bahagian shawl yang panjang ke belakang, then adjust sikit bahagian shawl yang pendek ke depan sikit macam gambar di bawah ni

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 3: Kemaskan shawl

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 4: Dah kemaskan, then bolehlah tarik lebihan shawl yang pendek tu ke tepi 

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 5: Lebihan shawl akan diletakkan di bahagian tengah kepala, kemudian bolehlah korang sematkan dengan peniti yang comel loteh tu

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 6: Sematkan pin tudung sebelah kanan 

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 7: Sematkan pin tudung sebelah kiri

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

 Lastly cenggini lah rupa shawl chiffon labuh depan & belakang

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon


Style macam ni jelah yg Murni boleh buat...hihi kalau nak lilit banyak2 takut nanti jadi pendek pulak shawl tu.ok tu jelah yang Murni nak share simple jer confirm korang pun boleh buat Tutorial Shawl Chiffon Labuh macam ni...


Rabu, Mac 25, 2015

Dapat Peluang Sekali Lagi

3/25/2015 4 Comments
Dapat Peluang Sekali Lagi | Assalamualaikum & salam sejahtera. Huhhh dekat seminggu tak update blog, tetiba rindu pulak. Bukan sengaja nak biarkan blog kesayangan ni terabai, kesibukan nak siapkan part time job yang perlukan komitmen perlu diutamakan. hihi tengah2 malam buta ni saja nak curi masa sikit nak menghupdate blog memandangkangkan ada 1 task lagi yang tak siap...huhu.

Ok! back to main topic, actually minggu lepas, 16 Mac Murni dapat peluang sekali lagi daripada pihak ZALORA Malaysia untuk hasilkan satu artikel berkaitan dengan Fesyen Tudung Terkini di Malaysia. Kalau korang nak baca artikel tu just klik link yang berwarna, ok! Sebelum ni Murni buat tentang Mango Malaysia Jenama Pilihan Wanita Malaysia. 

Bukan main seronok lagi Murni dibuatnya bila dapat kepercayaan tuk hasilkan artikel sekali lagi. Apa2 pun terima kasih kepada ZALORA Malaysia sebab bagi peluang tu. Dah dapat peluang tu confirm dapat shopping sekali lagi dengan rewards vouchar cash RM100. Kali ni Murni dapat parcel lambat sikit memandangkan time tu tak ada orang kat rumah, so Murni decide hari isnin lepas direct terus pi ambil sendiri di  Pejabat Gdex. Hihi malas nak tunggu lama sangat. 

          Dapat Peluang Sekali Lagi
                     Something Borrowed 
                   Floral Strap Watch | RM39.90
Dapat Peluang Sekali Lagi
Aqeelah Muslimah Wear
 Roses Top | RM56.00


Macam sebelum ni jugak Murni dapat beli dua item je, tapi kali ni beli jam tangan dengan baju. Murni nak beli kasut sebenarnya tapi kasut tu discounted item pulak so hancusss harapan nak berkasut ala2 vintage floral gitu. Tak apalah maybe tak ada rezeki kut nak beli kasut tu.

It's ok Murni gantikan pulak dengan Roses Top, nasib baik jumpa pengganti yang sesuai. Memandangkan Murni ni memang suka sangant dengan bunga mawar direct je baju tuk masuk dalam cart...See hasil cari gali membuahkan hasil bila terpandang satu jam tangan bunga mawar, dah lama sangat kut Murni cari jam tangan yang macam tu..Pusing2 kedai di bandar haram tak jumpa langsung.

Dapat Peluang Sekali Lagi

Alhamdulillah seronok dapat bekerjasama dengan ZALORA Malaysia, simple task & you will get vouchar cash RM100 as a reward. Kali ni juga ZALORA ada berikan vouchar free RM25 utk diberikan kepada kenalan plus untuk diri sendiri dapat 10% off for next purchase siap diselit dalam sampul merah kut, sempena Tahun Baru Cina katakan. Btw Thanks again ZALORA, senyum tak perlu kata apa-apa...

Rabu, Mac 18, 2015

Fesyen Tudung Terkini di Malaysia

3/18/2015 0 Comments
Fesyen Tudung Terkini di Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Jika diamati trend fesyen tudung terkini di Malaysia nampaknya kian berubah dari semasa ke semasa sesuai mengikut kehendak dan keperluan si pemakainya. Bagi penggemar fesyen tudung di luar sana sudah pasti menginginkan pilihan tudung yang terdiri daripada pelbagai corak, rekaan eksklusif, trendy dan fabrik yang selesa untuk digayakan di dalam majlis-majlis tertentu ataupun untuk digunakan pada hari-hari biasa.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai fesyen tudung yang terdapat dalam pasaran yang mana sesetengah daripadanya nampak cukup unik dan tidak kurang juga terdapat fesyen tudung yang nampak pelik. Walaupun sesetengah fesyen tersebut nampak pelik, namun bagi mereka yang inginkan kelainan dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru, maka tiada salahnya untuk mencuba dan mungkin sahaja itu akan memberi kepuasan kepada si pemakainya.

Pejam celik pejam celik tahun 2014 telahpun melabuhkan tirainya dan kini sudahpun menginjak ke tahun 2015, jom kita imbas kembali antara fenomena fesyen-fesyen tudung yang meletop sepanjang tahun 2014.

Fenomena Fesyen Tudung Tahun 2014


Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Tudung Syria

1. Tudung Syria

Terdapat pelbagai rekaan yang telah ditonjolkan melalui Tudung Syria, ada yang bermanik, berenda, plain dan macam-macam lagi mengikut kreativiti pereka tudung tersebut. Untuk pengetahuan anda, tudung Syria bukan sahaja popular pada tahun 2014, bahkan ianya masih turut digemari pada tahun ini. Namun permintaan tudung Syria pada tahun 2014 telah mencatatkan permintaan yang tertinggi berbanding pada tahun ini. Tudung Syria sangat mudah untuk dipakai, digayakan, dan amat mudah untuk dipandankan dengan pakaian anda. 

Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Turban

2. Turban

Fesyen tudung Turban sememangnya menjadi ikutan dalam kalangan remaja dan juga artis yang bertaraf internasional.  Artis terkenal Malaysia yang simbolik dengan fesyen tudung Turban seringkali dikaitkan dengan nama-nama besar seperti Yuna. Yuna selalu tampil dengan imej pemakaian Turban yang memang trendy dan nampak selesa untuk dipakai. 

Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Tudung Hood


3. Tudung Hood

Fesyen tudung Hood atau tudung sarung sangat unik dan cantik dan sebab itu jugalah ianya sangat digemari oleh ramai orang terutamanya bagi mereka yang ingin nampak simple tetapi kelihatan sangat elegan. Pemakaiannya pun sangatlah mudah, anda hanya perlu sarungkan innernya kemudian sarungkan tudung hood di bahagian luar.

Begitulah antara fesyen tudung yang paling 'in' sepanjang tahun 2014 dan kini beralih pula kepada fesyen tudung yang kian popular pada tahun 2015 ini. Pada masa ini, kita dapat lihat semakin ramai selebriti-selebriti wanita tanah air yang telah mengambil langkah untuk berhijab seperti Neelofa, Emma Maembong, artis muda yang cantik molek iaitu Elfira Loy dan terbaru adalah Rozita Che Wan. Bukan itu sahaja, mereka juga sering tampil di kaca TV dengan fesyen tudung seperti berikut:

Fenomena Fesyen Tudung Tahun 2015

Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Satin Shawl

1. Satin Shawl

Trend anak muda masa kini lebih gemar menggunakan tudung dengan material fabrik satin. Ia digemari kerana fabriknya kelihatan cantik dengan kilauan serta tampak mewah. Bukan itu sahaja, satin shawl ini amat sesuai untuk digunakan apabila menghadiri majlis-majlis istimewa seperti kenduri kahwin ataupun menghadiri majlis makan malam.


Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Loop Shawl

2. Loop Shawl

Bagi anda yang ingin bergaya dengan lebih mudah, cepat dan nampak bergaya, Loop Shawl merupakan pilihan yang terbaik. Fesyen tudung Loop Shawl ini diperbuat daripada fabrik jenis cotton atau jersey yang mana si pemakainya akan berasa lebih selesa untuk menggayakannya dan amat sesuai dipakai untuk cuaca di Malaysia yang sememangnya panas.


Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Instant Shawl

3. Instant Shawl

Fesyen yang paling trending pada masa ini adalah Instant Shawl. Bukan sahaja mudah untuk dipakai malah ianya amat sesuai untuk dipakai bagi semua jenis bentuk muka. Apa yang perlu anda buat hanyalah sarung dan lilitkan sahaja lebihan shawl tersebut. Mudah dan menjimatkan masa anda!


Tidak hairanlah pelbagai jenis fesyen tudung yang terdapat dalam pasaran untuk memenuhi keperluan dan kehendak penggunanya.  Setiap daripada kita mempunyai hak dan pilihan masing-masing untuk menggayakan fesyen tudung yang bersesuaian dengan penampilan. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlu bijak dalam menggayakan fesyen tudung dan jangan jadi mangsa fesyen. 



Isnin, Mac 16, 2015

Alahai Baucar Buku...

3/16/2015 5 Comments
Alahai Baucar Buku | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Huhhhh asyik mengeluh je dari tadi, bila fikir-fikir balik rasa sayang sangat kut kalau tak ambil baucar buku tu.  argghhhh SAYANG pulak nak dilepaskan tapi bernilai kut kalau boleh beli buku untuk koleksi peribadi sendiri tu lagi bermakna bagi Murni. Alahai baucar buku awatnya hang duk kat UUM, tuan empunya duk Sabah kot time ni.

Actually lepas habis intern tempoh hari, Murni tak expect pun still boleh dapat lagi baucar buku ni. Tup2 ada ura-ura yang menyatakan bahawa student yang belum declare konvo still akan dapat. Time tak tahu lagi tu Murni ada try jugak mohon BR1M & dapat tahu baru2 ni jugak permohonan BR1M tu ditolak dengan alasan Murni ni dapat Baucar Buku. Haaaa maka dengan itu ura-ura yang Murni dengar sebelum ni betullah, dapat baucar buku katakan...haha

Alahai Baucar Buku...
BR1M 2015


Yang buatkan Murni rasa macam malas je nak tuntut baucar buku tu, nak kena buat surat untuk hantar wakil. Kadang Murni ni kalau bab2 minta tolong payah sikit, rasa segan pulak...takut2 Murni ni menyusahkan orang lain pulak, kesian kat junior masa dorang pulak yang terpaksa dikorbankan semata-mata nak ambilkan baucar pastu kena pos lagi. Harap2 adalah junior Murni yang nak tolong nanti...hihi tak pe bab minta tolong ni In Sha Allah Murni akan usahakan.

Alahai baucar buku awat hang dok jauh sangat...haha rindunya nak cakap dialek orang utara.


Jumaat, Mac 13, 2015

Renungan di hari Jumaat

3/13/2015 0 Comments
Renungan di hari Jumaat | Assalamualaikum & salam sejahtera. Normal sebagai manusia, setiap daripada kita ni memang tak akan lepas daripada buat salah sama ada dalam keadaan sedar ataupun tanpa kita sedari. Beruntung sangat kalau ada orang yang tegur kesilapan kita secara senyap2, tak adelah sampai nak menjaja aib kita. Trend orang sekarang ni nak jaja aib orang direct je guna media sosial terus hentam tanpa usul periksa. Serius Murni cakap Murni lebih hormatkan orang yang tegur kesilapan secara senyap2 berbanding orang yang menegur secara terang-terangan yang boleh membuka aib seseorang.

Renungan di hari Jumaat
Renungan di hari Jumaat

Mukadimah yang Murni suarakan hanyalah sekadar pandangan & pendapat sahaja, harap korang tak ambil hati, ya. Di bawah ni ada beberapa bait kata-kata yang mungkin boleh kita renung-renungkan di hari Jumaat ni.


Dalam tak sedar.
Kadang kita dah buka aib orang.
Dalam tak sedar.
Kadang kita dah kutip dosa sebab mengaibkan orang.
Dalam tak sedar.
Kadang kita sebar fitnah merata.
Dalam tak sedar.
Kadang kita dah mengumpat mengata.
Sebelum menyebar berita.
Sebelum membuka mulut untuk berbicara.
Sebelum jari menekan kata-kata.
Pastikan, fikirkan kebaikan atau keburukan.
Jangan sebab kejahilan dan taksub dengan “trending semasa”, kita beramai-ramai kumpul dosa.
Lebih baik diam.
Dari bising tak bawa faedah.

kredit tumblr

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat itu tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" ( Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Nabi S.A.W. bersabda: " Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat". (Hadis Riwayat Muslim)


Rabu, Mac 11, 2015

Rasa sebak seketika

3/11/2015 3 Comments
Rasa sebak seketika | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kenapa sebak2 ni cik Murni? Nak dipendekkan cerita bila scroll news feed FB mata Murni terpandang satu gambar yang dikongsikan oleh Siakap Keli, just baca beberapa baris ayat yang terpapar without click see more terus bermonolog dalam hati 'alahai bambam pulak budak ni, comel je'. Ok, dah tengok telatah anak kecil ni, barulah Murni baca kisah disebalik gambar.

Adik Firdaus ni dah buatkan kak Murni rasa sebak seketika, siap tarik2 hingus lagi...nanges tau, hati akak ni dah macam tisu, tak boleh nak baca kisah2 sedih ni. Bila baca part kat bawah ni...berderai terus air mata.

'Ko ni nape kotorkan beg aku? Tahu tak ni beg ayah aku? Ko ni... kotor dahh.. Dah la ayah aku dah tak ada!'


Hurmm maybe sebab akak sendiri ni memang dah pernah rasa kehilangan orang yang terpenting dalam hidup, arwah bapa...tu yang cepat sangat rasa sedihnya. Semoga adik Firdaus tabah & berjaya dunia akhirat.


Rasa sebak seketika
Adik Firdaus


Anak-anak LINUS ku di Tahun 1. Buat teacher menitik air kata pula hari ni. 😎
Perasan tak dua watak utama dalam cerita ni?
Firdaus - yang bersama dengan begnya. 
Izham -

Hari ni Izham memang agak susah Ifa nak kawal. Ada sahaja idea nya nak usik kawan. Biasalah budak-budak kan. Alkisahnya, Izham dah kotorkan beg Firdaus, dengan memijak beg tu.
Sedihhh Firdaus. Sambil sapu debu kotoran kasut Izham pada begnya, sambil cakap,
'Ko ni nape kotorkan beg aku? Tahu tak ni beg ayah aku? Ko ni... kotor dahh.. Dah la ayah aku dah tak ada!'
Dengan nada marah Firdaus marah kat Izham. Teacher nya pula sambil tahan takungan air dalam kelopak mata. Hehe.
Sedih tengok anak kecil ni yang dah merasa kehilangan ayah tercinta, pada usia 7 tahun.
Banyak boleh kita buat refleksi. MashaAllah. Moga Allah panjangkan umur kedua orang tuaku. Aamiin ya Rabb.
Cikgu Noor Afifah Mohd Baharuddin

Selasa, Mac 10, 2015

Menabung dengan si Biru

3/10/2015 0 Comments
Menabung dengan si Biru | Assalamualaikum & salam sejahtera. Awal bulan Mac, tetiba tergerak di hati ni nak menabung bila ternampak mak Murni ada simpan tabung yang masih baru & belum berisi duit lagi dekat dalam kedai. Bila terpandang tabung tu direct je mulut Murni cakap dekat mak,

"mak minta tabung ni, boleh?"

Menabung dengan si Biru
Menabung dengan si Biru

Ok dengan baik hatinya mak Murni pun bagilah dekat Murni tabung tu, mak cakap "ambiklah nanti baru beli tabung lain". hihi dalam hati bukan main gembira lagi sebab dah dapat benda yang dinakkan sangat. 

Murni ni dari kecik sampai umur dah  20-an ni memang tak pernahnya nak menabung sampai lama2 kejap je duit yang dalam tabung tu akhirnya akan keluar dalam masa beberapa hari, memang tak berdisiplin langsung. Tapi sekarang ni boleh dikatakan wajib jugaklah Murni menabung memandangkan Murni akan konvo dalam bulan 10, tahun ni. At least boleh tambah duit poket nak ke UUM nanti.

Murni just menabung dengan si Biru je, jumlah yang dimasukkan tak menentu sangat kadang tu adalah dua tiga ringgit sehari & kalau ke bandar lagi syok sebabnya asal balik je confirm duit seringgit2 ni banyak, terus je masukkan ke dlm tabung tak adenya nak disimpan lagi dlm purse.

In Sha Allah, sebelum Murni konvo nanti Murni akan bukak tabung ni & kalau berkesempatan nanti Murni akan update berapa ribu dapat hasil dari menabung ni...haha tak adanya sampai nak beribu raban dlm tabung tu cik akak oiii.



Selasa, Mac 03, 2015

Menang Contest SEO Jom Aktifkan myKad

3/03/2015 18 Comments
Menang Contest SEO Jom Aktifkan myKad | Assalamualaikum & salam sejahtera. Contest SEO Jom Aktifkan MyKad sudahpun melabuhkan tirainya tepat jam 12 semalam. Fuhhh tarik nafas panjang2 hari yang ditunggu2 untuk pengumuman pemenang sudah pun terlaksa dengan jayanya pada awal pagi tadi. Daripada 70 orang peserta yang mengambil bahagian, syukur sangat blog Murni ni ada juga terselit dalam top 10 pemenang yang bertuah. 


Contest SEO Jom Aktifkan myKad
Contest SEO Jom Aktifkan myKad


Untuk pengetahuan korang, Contest SEO ni merupakan julung kali Murni sertai dan pada peringkat awal penyertaan, ilmu bab2 SEO ni Murni sememangnya tak tahu langsung pun, then mulalah Murni cari ilmu tu melalui orang yang lebih arif dalam bab2 SEO ni, siapa lagi kalau bukan Sifu HH. Kebanyakan tips SEO yang beliau kongsikan ada yang Murni aplikasikan dalam blog Murni. Mohon sifu HH halalkan ilmu berkaitan tips SEO yang telah Murni gunakan.

Ok di bawah ni merupakan senarai pemenang Contest SEO Jom Aktifkan mykad yang diambil menerusi hasil carian Google di Incognito Window bertarikh 3 mac 2015, pada jam 8.00 pagi.


    contest SEO Jom Aktifkan myKad


Senarai Pemenang Contest SEO Jom Aktifkan Mykad bersama hadiah yang berjaya dimenangi:

  1. calrasepatrick.blogspot.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM500
  2. www.hasrulhassan.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM300
  3. www.malaysiatercinta.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM200
  4. https://www.rossaimi.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  5. murnimohdyusof.blogspot.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  6. nidiron.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  7. relakssminda.blogspot.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  8. kertaspaper.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  9. ahmadfaizal.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  10. www.bloggerlelaki.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50

Tahniah kepada semua pemenang Contest SEO Jom Aktifkan myKad! Hurmm rasa tak keruan pulak jadinya bila entri Contest SEO yg kedua Murni sertai, Malaysia Best Blog 2015 dah kelaut...hihi