Fesyen Tudung Terkini di Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Jika diamati trend fesyen tudung terkini di Malaysia nampaknya kian berubah dari semasa ke semasa sesuai mengikut kehendak dan keperluan si pemakainya. Bagi penggemar fesyen tudung di luar sana sudah pasti menginginkan pilihan tudung yang terdiri daripada pelbagai corak, rekaan eksklusif, trendy dan fabrik yang selesa untuk digayakan di dalam majlis-majlis tertentu ataupun untuk digunakan pada hari-hari biasa.

Fesyen Tudung Terkini di Malaysia


Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai fesyen tudung yang terdapat dalam pasaran yang mana sesetengah daripadanya nampak cukup unik dan tidak kurang juga terdapat fesyen tudung yang nampak pelik. Walaupun sesetengah fesyen tersebut nampak pelik, namun bagi mereka yang inginkan kelainan dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru, maka tiada salahnya untuk mencuba dan mungkin sahaja itu akan memberi kepuasan kepada si pemakainya.

Pejam celik pejam celik tahun 2014 telahpun melabuhkan tirainya dan kini sudahpun menginjak ke tahun 2015, jom kita imbas kembali antara fenomena fesyen-fesyen tudung yang meletop sepanjang tahun 2014.

Fenomena Fesyen Tudung Tahun 2014

Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Tudung Syria
1. Tudung Syria

Terdapat pelbagai rekaan yang telah ditonjolkan melalui Tudung Syria, ada yang bermanik, berenda, plain dan macam-macam lagi mengikut kreativiti pereka tudung tersebut. Untuk pengetahuan anda, tudung Syria bukan sahaja popular pada tahun 2014, bahkan ianya masih turut digemari pada tahun ini. Namun permintaan tudung Syria pada tahun 2014 telah mencatatkan permintaan yang tertinggi berbanding pada tahun ini. Tudung Syria sangat mudah untuk dipakai, digayakan, dan amat mudah untuk dipandankan dengan pakaian anda. 

Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Turban

2. Turban

Fesyen tudung Turban sememangnya menjadi ikutan dalam kalangan remaja dan juga artis yang bertaraf internasional.  Artis terkenal Malaysia yang simbolik dengan fesyen tudung Turban seringkali dikaitkan dengan nama-nama besar seperti Yuna. Yuna selalu tampil dengan imej pemakaian Turban yang memang trendy dan nampak selesa untuk dipakai. 

Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Tudung Hood

3. Tudung Hood

Fesyen tudung Hood atau tudung sarung sangat unik dan cantik dan sebab itu jugalah ianya sangat digemari oleh ramai orang terutamanya bagi mereka yang ingin nampak simple tetapi kelihatan sangat elegan. Pemakaiannya pun sangatlah mudah, anda hanya perlu sarungkan innernya kemudian sarungkan tudung hood di bahagian luar.

Begitulah antara fesyen tudung yang paling 'in' sepanjang tahun 2014 dan kini beralih pula kepada fesyen tudung yang kian popular pada tahun 2015 ini. Pada masa ini, kita dapat lihat semakin ramai selebriti-selebriti wanita tanah air yang telah mengambil langkah untuk berhijab seperti Neelofa, Emma Maembong, artis muda yang cantik molek iaitu Elfira Loy dan terbaru adalah Rozita Che Wan. Bukan itu sahaja, mereka juga sering tampil di kaca TV dengan fesyen tudung seperti berikut:

Fenomena Fesyen Tudung Tahun 2015
Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Satin Shawl

1. Satin Shawl

Trend anak muda masa kini lebih gemar menggunakan tudung dengan material fabrik satin. Ia digemari kerana fabriknya kelihatan cantik dengan kilauan serta tampak mewah. Bukan itu sahaja, satin shawl ini amat sesuai untuk digunakan apabila menghadiri majlis-majlis istimewa seperti kenduri kahwin ataupun menghadiri majlis makan malam.


Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Loop Shawl

2. Loop Shawl

Bagi anda yang ingin bergaya dengan lebih mudah, cepat dan nampak bergaya, Loop Shawl merupakan pilihan yang terbaik. Fesyen tudung Loop Shawl ini diperbuat daripada fabrik jenis cotton atau jersey yang mana si pemakainya akan berasa lebih selesa untuk menggayakannya dan amat sesuai dipakai untuk cuaca di Malaysia yang sememangnya panas.


Fesyen Tudung Terkini di Malaysia
Instant Shawl

3. Instant Shawl
Fesyen yang paling trending pada masa ini adalah Instant Shawl. Bukan sahaja mudah untuk dipakai malah ianya amat sesuai untuk dipakai bagi semua jenis bentuk muka. Apa yang perlu anda buat hanyalah sarung dan lilitkan sahaja lebihan shawl tersebut. Mudah dan menjimatkan masa anda!


Tidak hairanlah pelbagai jenis fesyen tudung yang terdapat dalam pasaran untuk memenuhi keperluan dan kehendak penggunanya.  Setiap daripada kita mempunyai hak dan pilihan masing-masing untuk menggayakan fesyen tudung yang bersesuaian dengan penampilan. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlu bijak dalam menggayakan fesyen tudung dan jangan jadi mangsa fesyen.