Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Telekung Reehans Pilihan Muslimah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Pada kesempatan ini, Murni ingin memperkenalkan kepada anda satu laman web yang menawarkan perkhidmatan pembelian telekung secara atas talian (online)

Bagi anda yang ingin menjimatkan masa perjalanan, minyak kereta, bayar tol dan beratur di kaunter pembayaran semata-mata untuk membeli sehelai telekung, Murni syorkan kepada anda untuk membuat pembelian secara terus di Reehans Telekung

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

telekung online, telekung cotton, telekung sembahyang, telekung travel
Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Reehans Telekung merupakan Inovasi Pertama yang disediakan bagi memenuhi keperluan Muslimah Moden yang ingin menggunakan Pakaian Solat yang mana penggunaannya adalah amat Praktikal, Selesa, dan Diyakini. 

Ianya dihasilkan dengan penuh ketelitian dan mengambil masa yang agak lama untuk direalisasikan bagi memastikan kualiti yang terbaik dapat diberikan kepada sesiapa sahaja yang memiliki koleksi telekung reehans. Keistimewaan tentang Telekung Reehans akan Murni bahaskan kemudian.

Reehans Telekung Menggunakan tagline Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria. Penggunaan tagline ini amat bertepatan dengan hasrat Reehans Telekung dalam menghasilkan produk telekung yang mana dapat memberi keselesaan beribadah kepada Muslimah.

Untuk pengetahuan anda, Produk yang dihasilkan oleh Reehans Telekung merupakan keluaran produk bumiputra muslim; menawarkan telekung eksklusif dan istimewa yang mana ianya diperbuat daripada material terbaik dan berkualiti tinggi. 

Koleksi Telekung Reehans

Terdapat tiga koleksi utama Reehans Telekung antaranya ialah Reehans Balqis Telekung, Reehans Nur Telekung dan Reehans Rania Telekung yang bakal menjadi pilihan muslimah di luar sana. Semua nampak lawa-lawa belaka. 

Untuk pilihan warna dan corak yang pelbagai, anda boleh klik pada pautan link produk yang Murni sediakan di bawah deskripsi setiap koleksi Telekung Reehans.

#1 Reehans Balqis Telekung

Telekung Reehans Pilihan Muslimah, telekung online, telekung travel
Koleksi Reehans Balqis Telekung

♥ Terdapat dua saiz iaitu saiz M dan L (Saiz M: 140-160cm/Saiz L:150-175cm)
♥ Terdapat pelbagai warna dan corak
♥ Harga: RM190.00
♥ Link ProdukReehans Balqis Telekung


#2 Reehans Nur Telekung


Telekung Reehans Pilihan Muslimah, telekung online, telekung travel
Reehans Nur Telekung

♥ Mempunyai ropol-ropol pada bahagian bawah
♥ Didatangkan khas dalam pelbagai warna
♥ Harga: RM200
♥ Link Produk: Reehans Nur Telekung


#3 Reehans Rania Telekung

Telekung Reehans Pilihan Muslimah, telekung travel, telekung online
Reehans Rania Telekung


♥ Buat masa ini terdapat dua pilihan warna iaitu Vanila Cream dan Dusty Pink
♥ Harga: RM240.00
♥ Link produk: Reehans Rania Eksklusif



Keistimewaan Telekung Reehans


#1 Memenuhi Tuntutan Syarak

Sebagai kaum hawa yang beragama Islam, kita wajib untuk memelihara aurat sama ada di dalam solat mahupun berada di luar solat. Dalam konteks menunaikan solat, aurat bagi perempuan Islam hendaklah tertutup dengan sempurna agar tidak menampakkan warna kulit dan hendaklah menutupi dagu dengan sempurna. Oleh sebab itu, Reehans Telekung menghasilkan Pakaian Solat yang amat Praktikal, Selesa, dan Diyakini. Tidak hairanlah mengapa Telekung reehans menjadi Pilihan Muslimah di luar sana. Untuk makluman anda juga, telekung ini tidak jarang dan tidak menampakkan susuk badan apabila beribadah.

#2 Inovasi Pertama Telekung Tanpa Menggunakan Kain

Murni akui ini merupakan pertama kali nampak telekung tanpa menggunakan kain. Bagaimana pula dengan anda, adakah anda merasakan hal yang sama? 

Koleksi telekung Reehans merupakan inovasi pertama bagi memenuhi keperluan muslimah masa ini. Pemakaiannya adalah sangat mudah. Hanya sarung dan siap untuk dibawa bersolat! Buktinya lihat sahaja pada ketiga-tiga gambar yang Murni paparkan di bawah Koleksi Telekung Reehans. Amat mudah bukan?

#3 Pilihan Telekung Berwarna-warni dan Bercorak

Jika dahulunya, pemakaian telekung dalam kalangan masyarakat Islam terutamanya di Malaysia hanyalah terhad kepada penggunaan warna putih semata-mata, namun pada masa ini telekung yang berwarna-warni serta bercorak mula mendapat tempat dalam kalangan muslimah.

Terdapat pelbagai warna dan corak yang anda boleh dapati di Reehans Telekung. Konsep Gaya English yang ada pada koleksi Reehans Balqis Telekung sangat CANTIK dan SWEET! Rugi kalau tak grab satu. Walauapapun pilihan tetap berada ditangan anda! 

Apa yang menariknya lagi Reehans Rania Telekung hadir dengan design yang cukup pelik dan unik pada pandangan mata Murni. Design yang Murni maksudkan iaitu terdapat ropol-ropol di bahagian bawah/kaki telekung. Bagi anda yang gemarkan design yang seperti ini dan ingin menambah koleksi telekung, Murni syorkan kepada anda untuk miliki salah satu warna idaman anda. Ternyata ianya memberi pilihan warna yang pelbagai untuk penuhi pelbagai cita rasa pelanggan yang berbeza-beza.

Pilihan corak dan warna Telekung Reehans yang pelbagai juga amat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk diberikan kepada seseorang yang cukup istimewa dalam hidup malahan ianya juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan.

#4 Menggunakan Fabrik yang Berkualiti

Telekung Reehans dihasilkan dengan menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi iaitu English Cotton dan Italian Valentro bagi memastikan si pemakainya berasa selesa apabila menyarungkan koleksi Telekung Reehans.

Penggunaan kain kapas seperti English Cotton sememangnya akan memberi keselesaan buat si pemakainya, malah jenis kain seperti ini juga adalah lembut, tidak panas dan tahan lasak bahkan ianya susah untuk berkedut. Penggunaan kain jenis Italian Valentro pula adalah lembut dan sejuk apabila dipakai.

Reehans Telekung Dalam Akhbar Utusan Malaysia

telekung online, telekung cotton, telekung sembahyang, telekung travel
Reehans Telekung- Utusan Malaysia 14 Julai 2015

Setiap pembelian Telekung Reehans akan disertakan dengan beg comel yang mana akan memudahkan anda untuk menyimpan telekung usai melaksanakan solat. Beg comel ini juga boleh dibawa ke mana-mana sahaja, malah ianya amat sesuai dibawa bila anda pergi travel.

telekung online, telekung cotton, telekung sembahyang, telekung travel
Telekung reehans Pilihan Muslimah



Info Lanjut dan Tempahan

WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: reehanstelekung@gmail.com
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com



telekung cotton, telekung online, telekung reehans, telekung sembahyang, telekung travel
Kontest Reehans Telekung Pilihan Muslimah



Ulasan

  1. As-Salam. Terima kasih kerana sudi menjayakan kontest ini.

    Saya dengan ini menerima penyertaan ini secara rasmi.

    Goodluck.

    BalasPadam
  2. Semoga artikel Telekung reehans pilihan Muslimah ini berjaya menempatkan diri antara pemenang

    BalasPadam
  3. Semoga berjaya dalam kontest telekung reehans pilihan muslimah

    BalasPadam
  4. Salam buat Murni.... Artikel berkaitan kain tudung Telekung Reehans Pilihan Muslimah sangat padat dan menarik. Moga beroleh kemenangan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaminn, semoga ada rezeki drp penulisan artikel ni & semoga berjaya jga bro KAMIL

      Padam
  5. semoga berjaya dalam kontest telekung reehans

    BalasPadam
  6. Salam.. Saya singgah blogwalking yeee.... =D

    BalasPadam
  7. Assalam :)
    Good luck dan salam perkenalan ;)
    PG datang dari blog emas putih :)

    BalasPadam
  8. Salam...Kak lya singgah BW sini dari BW UZU.. Jemput singgah www.akifimtiyaz.com good luck

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak Lya sudi singgah ke blog Murni, sobsss x sempat lagi nk BW peserta lain

      Padam
  9. Moga telekung reehans ini terus menjadi pilihan muslimah untuk beribadat dengan selesa

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, semoga telekung ni dikenali dgn lbh meluas supaya trus mndpt tempat dhati muslimah

      Padam
  10. Semoga berjaya dalam kontest ni ya...nice post.

    BalasPadam
  11. Semoga berjaya....

    akak nk jemput murni join Segmen BW nie

    http://rianalittlecuties.blogspot.my/2015/09/segmen-blogwalking-hanis-masturina.html

    sorry tau kalo akak tag murni... ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan