Rabu, September 30, 2015

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

9/30/2015 37 Comments
Telekung Reehans Pilihan Muslimah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Pada kesempatan ini, Murni ingin memperkenalkan kepada anda satu laman web yang menawarkan perkhidmatan pembelian telekung secara atas talian (online)

Bagi anda yang ingin menjimatkan masa perjalanan, minyak kereta, bayar tol dan beratur di kaunter pembayaran semata-mata untuk membeli sehelai telekung, Murni syorkan kepada anda untuk membuat pembelian secara terus di Reehans Telekung

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

telekung online, telekung cotton, telekung sembahyang, telekung travel
Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Reehans Telekung merupakan Inovasi Pertama yang disediakan bagi memenuhi keperluan Muslimah Moden yang ingin menggunakan Pakaian Solat yang mana penggunaannya adalah amat Praktikal, Selesa, dan Diyakini. 

Ianya dihasilkan dengan penuh ketelitian dan mengambil masa yang agak lama untuk direalisasikan bagi memastikan kualiti yang terbaik dapat diberikan kepada sesiapa sahaja yang memiliki koleksi telekung reehans. Keistimewaan tentang Telekung Reehans akan Murni bahaskan kemudian.

Reehans Telekung Menggunakan tagline Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria. Penggunaan tagline ini amat bertepatan dengan hasrat Reehans Telekung dalam menghasilkan produk telekung yang mana dapat memberi keselesaan beribadah kepada Muslimah.

Untuk pengetahuan anda, Produk yang dihasilkan oleh Reehans Telekung merupakan keluaran produk bumiputra muslim; menawarkan telekung eksklusif dan istimewa yang mana ianya diperbuat daripada material terbaik dan berkualiti tinggi. 

Koleksi Telekung Reehans

Terdapat tiga koleksi utama Reehans Telekung antaranya ialah Reehans Balqis Telekung, Reehans Nur Telekung dan Reehans Rania Telekung yang bakal menjadi pilihan muslimah di luar sana. Semua nampak lawa-lawa belaka. 

Untuk pilihan warna dan corak yang pelbagai, anda boleh klik pada pautan link produk yang Murni sediakan di bawah deskripsi setiap koleksi Telekung Reehans.

#1 Reehans Balqis Telekung

Telekung Reehans Pilihan Muslimah, telekung online, telekung travel
Koleksi Reehans Balqis Telekung

♥ Terdapat dua saiz iaitu saiz M dan L (Saiz M: 140-160cm/Saiz L:150-175cm)
♥ Terdapat pelbagai warna dan corak
♥ Harga: RM190.00
♥ Link ProdukReehans Balqis Telekung


#2 Reehans Nur Telekung


Telekung Reehans Pilihan Muslimah, telekung online, telekung travel
Reehans Nur Telekung

♥ Mempunyai ropol-ropol pada bahagian bawah
♥ Didatangkan khas dalam pelbagai warna
♥ Harga: RM200
♥ Link Produk: Reehans Nur Telekung


#3 Reehans Rania Telekung

Telekung Reehans Pilihan Muslimah, telekung travel, telekung online
Reehans Rania Telekung


♥ Buat masa ini terdapat dua pilihan warna iaitu Vanila Cream dan Dusty Pink
♥ Harga: RM240.00
♥ Link produk: Reehans Rania Eksklusif



Keistimewaan Telekung Reehans


#1 Memenuhi Tuntutan Syarak

Sebagai kaum hawa yang beragama Islam, kita wajib untuk memelihara aurat sama ada di dalam solat mahupun berada di luar solat. Dalam konteks menunaikan solat, aurat bagi perempuan Islam hendaklah tertutup dengan sempurna agar tidak menampakkan warna kulit dan hendaklah menutupi dagu dengan sempurna. Oleh sebab itu, Reehans Telekung menghasilkan Pakaian Solat yang amat Praktikal, Selesa, dan Diyakini. Tidak hairanlah mengapa Telekung reehans menjadi Pilihan Muslimah di luar sana. Untuk makluman anda juga, telekung ini tidak jarang dan tidak menampakkan susuk badan apabila beribadah.

#2 Inovasi Pertama Telekung Tanpa Menggunakan Kain

Murni akui ini merupakan pertama kali nampak telekung tanpa menggunakan kain. Bagaimana pula dengan anda, adakah anda merasakan hal yang sama? 

Koleksi telekung Reehans merupakan inovasi pertama bagi memenuhi keperluan muslimah masa ini. Pemakaiannya adalah sangat mudah. Hanya sarung dan siap untuk dibawa bersolat! Buktinya lihat sahaja pada ketiga-tiga gambar yang Murni paparkan di bawah Koleksi Telekung Reehans. Amat mudah bukan?

#3 Pilihan Telekung Berwarna-warni dan Bercorak

Jika dahulunya, pemakaian telekung dalam kalangan masyarakat Islam terutamanya di Malaysia hanyalah terhad kepada penggunaan warna putih semata-mata, namun pada masa ini telekung yang berwarna-warni serta bercorak mula mendapat tempat dalam kalangan muslimah.

Terdapat pelbagai warna dan corak yang anda boleh dapati di Reehans Telekung. Konsep Gaya English yang ada pada koleksi Reehans Balqis Telekung sangat CANTIK dan SWEET! Rugi kalau tak grab satu. Walauapapun pilihan tetap berada ditangan anda! 

Apa yang menariknya lagi Reehans Rania Telekung hadir dengan design yang cukup pelik dan unik pada pandangan mata Murni. Design yang Murni maksudkan iaitu terdapat ropol-ropol di bahagian bawah/kaki telekung. Bagi anda yang gemarkan design yang seperti ini dan ingin menambah koleksi telekung, Murni syorkan kepada anda untuk miliki salah satu warna idaman anda. Ternyata ianya memberi pilihan warna yang pelbagai untuk penuhi pelbagai cita rasa pelanggan yang berbeza-beza.

Pilihan corak dan warna Telekung Reehans yang pelbagai juga amat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk diberikan kepada seseorang yang cukup istimewa dalam hidup malahan ianya juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan.

#4 Menggunakan Fabrik yang Berkualiti

Telekung Reehans dihasilkan dengan menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi iaitu English Cotton dan Italian Valentro bagi memastikan si pemakainya berasa selesa apabila menyarungkan koleksi Telekung Reehans.

Penggunaan kain kapas seperti English Cotton sememangnya akan memberi keselesaan buat si pemakainya, malah jenis kain seperti ini juga adalah lembut, tidak panas dan tahan lasak bahkan ianya susah untuk berkedut. Penggunaan kain jenis Italian Valentro pula adalah lembut dan sejuk apabila dipakai.

Reehans Telekung Dalam Akhbar Utusan Malaysia

telekung online, telekung cotton, telekung sembahyang, telekung travel
Reehans Telekung- Utusan Malaysia 14 Julai 2015

Setiap pembelian Telekung Reehans akan disertakan dengan beg comel yang mana akan memudahkan anda untuk menyimpan telekung usai melaksanakan solat. Beg comel ini juga boleh dibawa ke mana-mana sahaja, malah ianya amat sesuai dibawa bila anda pergi travel.

telekung online, telekung cotton, telekung sembahyang, telekung travel
Telekung reehans Pilihan Muslimah



Info Lanjut dan Tempahan

WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: reehanstelekung@gmail.com
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com



telekung cotton, telekung online, telekung reehans, telekung sembahyang, telekung travel
Kontest Reehans Telekung Pilihan Muslimah



Ahad, September 27, 2015

Menang Giveaway BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties

9/27/2015 7 Comments
Menang Giveaway BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah ada juga rezeki Murni menang join giveway anjuran blogger. Kali ni Murni menang dalam Giveaway BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties and hadiah yang Murni dapat sudah semestinya BB Cream Nurrul's Beauty. 

Menang Giveaway BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties


BB Cream Nurrul's Beauty
BB Cream Nurrul's Beauty

Murni dapat parcel kalau tak silap sampai ke pejabat akak Murni hari selasa yang lalu, so dah beberapa hari jugaklah Murni dah try BB Cream Nurrul's Beauty ni. Dah terlajak menang tu, Murni pun nak jugaklah kongsi apa yang menarik fasal BB Cream ni dekat korang.

Kandungan Istimewa & Kelebihan BB Cream Nurrul's Beauty



#1 Glutathione


Glutathione mampu meneutralkan radikal bebas dan membunuh racun-racun yang ada di dalam tubuh sekaligus mampu utk menjadikan kulit lebih halus dan cantik.



Glutathione dapat meningkan kandungan collagen dalam tubuh kita terutama kulit sehingga dapat mengurangi kedutan-kedutan yang ada pada kulit kita.

#2 Aloevera

Aloevera dapat mencegah kulit dari kekeringan, seperti pelembab untuk kulit muka

#3 Pearl Extract

Pearl Extract memang terkenal sebagai agen anti penuaan, Antioksida, Agen pemutih kulit, Agen pelembut kulit


#4 Grape Stemcell

Stemcell merupakan bahan yang paling baik berfungsi sebagai anti-penuaan. Malah membantu utk menghaluskan dan menganjalkan kulit. Mengurangkan garisan dan kedutan halus di wajah.

#5 Vitamin C & E

Vitamin C dapat merangsang pembentukan kolagen untuk kulit, ia juga bertindak sebagai agen pemegang air yang akan membuatkan kulit akan sentiasa segar dan lembab. Vitamin C jugak adalah perisai bagi kulit terhadap sinaran matahari.

Vitamin E pula berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit, melindungi kulit dari sinar UV dan paling penting mempercepatkan process penyembuhan luka.(jika di kulit muka, vitamin E inilah yg bertindak meredakan jerawat, jeragat, kesan jerawat dll) 


Testimoni BB Cream Nurrul's Beauty

Masalah kulit wajah yang Murni selalu hadapi seperti wajah kusam, jerawat, parut jerawat, open pores, bintik-bintik hitam dan berminyak. 

Testimoni BB Cream Nurrul's Beauty
Testimoni BB Cream Nurrul's Beauty


Masalah jerawat ni akan datang bila time Murni period, dari jerawat sekecil-kecilnya hinggalah yang jerawat batu confirm akan melekat sebijik kat muka.  Kebetulan time ni juga Murni kena bendera merah,  memang jerawat tu akan bermaharajalela kat muka Murni. 

Testimoni BB Cream Nurrul's Beauty
Testimoni BB Cream Nurrul's Beauty

Kali ni tak perlu dah nak sedih-sedih bagai kalau naik jerawat kat muka sebabnya BB Cream Nurrul's Beauty ni kan ada just calit je kat muka. Alhamdulillah dengan adanya BB Cream ni at least bolehlah kurangkan masalah kulit wajah yang Murni alami.Yang bestnya bila pakai BB Cream ni tak rasa pun kulit muka berminyak. Pakai mekap pun senang tak ambil masa lama pun. Pung pang pung pang dah siap haha.

Korang yang berminat nak try BB Cream Nurrul's Beauty ni bolehlah direct beli dekat sis Norhafizah. Maklumat contact boleh rujuk kat bawah:


Sabtu, September 26, 2015

5 Punca Gagal Mendapat Pekerjaan Yang Diidamkan

9/26/2015 0 Comments
5 Punca Gagal Mendapat Pekerjaan Yang Diidamkan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tidak semua daripada kita ni mendapat pekerjaan yang kita idam-idamkan selama ini. Namun semuanya bergantung kepada usaha dan cara yang betul supaya dapat mencapainya.

Murni ingin kongsikan kepada anda antara punca kegagalan mengapa sehingga kini ada di antara kita yang masih belum mendapat pekerjaan yang diidamkan. Siapa tahu, mungkin dengan artikel ni dapat mengubah haluan hidup anda selepas membacanya. Semoga bermanfaat.

5 Punca Gagal Mendapat Pekerjaan Yang Diidamkan 

1. Resume tidak menyerlah. 

Setiap kali bakal majikan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan jawatan, beratus-ratus permohonan yang akan diterima setiap hari. Mereka sudah pastinya meletakkan keutamaan kepada calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan. 


Resume yang dihantar perlu menepati citarasa atau sekurang-kurangnya bertepatan dengan sebahagian besar ciri-ciri yang diiklankan. Oleh itu, resume anda perlu disertakan dengan pendidikan, pengalaman dan pencapaian yang anda miliki. Komponen tersebut bakal membantu untuk dipanggil ke temuduga sekaligus membuka peluang yang lebih besar untuk menyertai kekosongan jawatan tersebut.

Resume ialah tiket untuk ke temuduga kerja, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ebook [+] Rahsia Resume Kerja sekarang !!!


2. Surat iringan permohonan menjelikkan. 

Surat permohonan anda bukanlah ringkasan daripada resume anda, tetapi kata-kata aluan dengan menerangkan mengapa mereka perlu ambil anda berkhidmat dalam syarikat. Masukkan informasi yang tidak terdapat dalam resume contohnya tugas-tugas yang bakal anda sumbangkan kepada mereka sekiranya diterima bekerja di sana. 

Usah tulis dengan kata-kata yang terlalu hype dan mengakibatkan bakal majikan berasa jelik ketika membaca surat iringan permohonan anda.

3. Tidak menarik.

Usah berkelakuan seperti yang anda begitu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Walau bagaimana pun, anda boleh menunjukkan rasa serius anda kepada penemuduga. Tampilkan minat anda untuk bekerja dengan menjawab soalan-soalan semasa temuduga dengan baik dan berisi. 

Usah biarkan mereka melihat anda solah-olah memandang rendah kepada bakal jawatan yang dipohon.

4. Tidak bersedia untuk bekerja. 

Tidak serius untuk memulakan kerjaya menyebabkan kegagalan menimpa. Anda sudah tentu biasa mendengar pepatah yang mengatakan “gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”. Ia bukanlah pepatah yang dicipta untuk main-main tetapi untuk memberi peringatan supaya anda tidak leka. 

Kurangnya persediaan seperti latihan menjawab temuduga, soal selidik syarikat bakal majikan dan kurang minat untuk berkhidmat merupakan masalah yang biasa melanda mereka yang gagal. Untuk berjaya mendapat tempat dalam kerjaya yang diidamkan, anda haruslah membuat persediaan yang perlu dan berkaitan dengan kerjaya tersebut.

5. Fokus yang keterlaluan. 

Semasa anda ditemuduga, pastikan anda bersikap jujur dengan penemuduga. Kongsikan kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri anda secara santai. Kejujuran anda merupakan kunci utama kejayaan dalam karier anda. 

Ramai yang terkejut dan takut apabila mereka mendapat panggilan temuduga. Kini rasa takut bakal dihilangkan! Dapatkan ebook [+] Rahsia Bijak Temuduga skarang!!!

Usah terlebih bicara hingga menimbulkan kesangsian kepada majikan. Elakkan daripada menceritakan kemahiran yang tiada pada diri anda kerana ia bakal menjerat anda apabila diterima berkerja nanti. Bila disuruh untuk berbuat demikian, anda terkial-kial memberitahu yang anda sebenarnya tidak mampu menunaikan kata-kata anda.

Kesimpulannya, memang tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan. Tetapi bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapainya. Tunjukkan kesungguhan anda bermula dengan resume yang terampil, surat iringan yang menawan dan sesi temuduga yang cemerlang. Sebenarnya, apa yang anda lakukan itu adalah cerminan kepada diri anda.


Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha

9/26/2015 2 Comments
 Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha | Assalamualaikum & salam sejahtera. Dah tajuk entri tertulis menu, maka gambar makanan yang akan menjadi tatapan pengunjung blog Murni teheee. 


Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
[kredit]


Sebelum beralih kepada gambar makanan yang mungkin akan membuatkan korang rasa macam nak makan tengah-tengah malam buta ni, kalau boleh Murni pun tak nak lepaskan peluang nak beri sepatah dua kata buat keluarga, sahabat, atau sesiapa sahaja yang mengenali diri dengan ucapan Salam Aidil Adha, mohon maaf andai diri ini ada melakukan kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tak. 

Buat pengunjung blog tidak kiralah sama ada korang ni silent readers yang tak jemu datang singgah ke sini, Murni pun nak minta maaf dekat korang sebab ada blog yang mana Murni tak sempat nak BW lagi.  Busy jadi pengasuh plus menghadap tugasan, In Sha Allah bila free nanti Murni BW na.

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha

1. Buras atau Burasak

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Buras Pulut Putih
Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Buras Pulut Hitam + Ayam Masak Merah

Ini adalah hidangan wajib bagi orang bugis khususnya di Sabah. Antara kedua-dua jenis buras ni, tekak Murni paling berkenan sangat dengan yang si hitam. Sedap yakmat haha

2. Nasu Likku' atau Ayam Masak Lengkuas

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Nasu Likku' atau Ayam Masak Lengkuas

Yang ni makanan feveret mak Murni. Kalau dulu tekak Murni ni memang berkenan dengan rasanya, entahlah kenapa kali ni tak bersentuh langsung dengan ayam masak lengkuas ni

3. Ayam Masak Merah

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Ayam Masak Merah

Sedap ok! Sampaikan Murni jadikan ianya sebagai lauk makan malam semalam. Still tak basi lagi memandangkan pepagi raya kedua dah panaskan semula.

4. Sayur Campur

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Sayur Campur

Sayuq ni pun Murni tak makan sebab time ni tengah melayan nafsu makan sup tulang sekali harung 3 mangkuk...haha perut getah sungguh!

5. Ayam Goreng

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Ayam Goreng

Haaa yang nilah makanan kegemaran si upin ipin...anak buah Murni cakap chicken wing tu 'ayam tembak' haha 

6. Sup Tulang

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Sup Tulang
Sedap tak terkata haha...
A photo posted by Murni Mohd Yusof (@murnimohdyusof) on

Jumaat, September 25, 2015

15 Sebab Gagal Temuduga

9/25/2015 2 Comments

15 Sebab Gagal Temuduga | Assalamualaikum & salam sejahtera. Ada tak di antara korang yang bakal menghadiri temuduga?. Bagi korang yang bakal menghadiri sesi temuduga, Murni nak kongsikan kepada korang berkaitan dengan 15 sebab gagal temuduga yang mana korang boleh jadikan ianya sebagai panduan untuk mengatasi setiap kelemahan tersebut semasa proses temuduga.


15 Sebab Gagal Temuduga, Rujukan, temuduga kerja kerajaan, kerja kerajaan, soalan temuduga kerja kerajaan, soalan temuduga, kerja kosong kerajaan
[Kredit Imej: uk.askmen.com]


15 Sebab Gagal Temuduga


1. Imej kurang professional

Perkara ini sangat penting. Tanpa mengenal siap diri korang yang sebenarnya, latar belakang, atau taraf ekonomi yang dimiliki, korang kenalah menunjukkan imej diri yang professional semasa menghadiri sesi temuduga.

Imej professional bukanlah bermakna korang ni kena pakai baju yang mahal-mahal dan berjenama semata-mata, cukup sekadar sejuk mata memandang bagi panel temuduga dan tidak terlalu menonjol seolah-olah korang ni nak buat pertunjukkan model.

Perlu diingat terutamanya calon perempuan, ini adalah temuduga kerja bukan pertunjukkan fesyen. Kelihatan cantik amat perlu, korang cuma perlu berhati-hati supaya tidak merimaskan pandangan mata panel temuduga.

Korang mungkin berhadapan dengan pelbagai kerenah panel temuduga. Untuk titik selamat, cukup sekadar bersederhana dan kelihatan professional.

2. Terlebih ramah dan santai

Katalah korang berhadapan dengan saat gentar sebelum hadir ke temuduga dan sewaktu di tempat temuduga. Apa yang korang kena buat ialah bertenang…itu sifat normal bagi seorang manusia yang normal. Korang perlu fokus kepada perkara yang boleh menghilangkan perasaan gentar yang dihadapi.

Terdapat calon yang cuba untuk menghilangkan gentar mereka dengan menjadi terlalu peramah sehingga ia menimbulkan kurang selesa kepada pihak lain. Sesi temuduga adalah satu sesi yang formal. Korang boleh bersantai apabila panel temuduga menukar sesi kepada santai.Jika tidak, kekalkan tahap normal.

Korang perlu elakkan terlebih ramah bertanya semasa sesi temuduga kerana ianya boleh menimbulkan perspektif yang kurang baik kepada tahap komunikasi korang. Bercakap apabila disoal dan bertanya soalan. Ikut rentak mereka. Hilangkan rasa gentar sebelum temuduga dengan membaca, mendengar muzik, berdoa, berzikir dan lakukan senaman ringkas.

Bertenang...korang bukan dihukum. korang hanya disoal.

3. Lagak gaya berlebihan

Walau apapun pencapaian korang dalam pelajaran atau bidang pekerjaan sebelum ini, nak meninggikan diri dalam percakapan. Ia berbeza dengan menyatakan kelebihan diri anda.

Panel temuduga, mereka dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada anda meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan. Bersederhana dalam percakapan. Atau dalam erti kata lain, elakkan daripada cakap besar.

Mereka mempunyai pelbagai teknik mengeluarkan maklumat diri anda melalui soalan yang mereka ajukan. Mereka professional, korang juga harus besikap profesional. Berlebih- lebihan tidak akan membantu korang.

4. Lambat dan tiada persediaan

Oh tidak…jangan sesekali lambat di hari yang bermakna untuk kerjaya korang. Ini mencerminkan sikap dan pengurusan masa korang yang lemah.

Buat persediaan seawal yang mungkin bagi mencari lokasi temuduga dan kawasan tempat letak kenderaan kalau korang datang menggunakan kenderaan sendiri.

Lambat hanya untuk mereka yang benar-benar mengalami masalah yang tidak diduga dalam perjalanan awal ke tempat temuduga. Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan yang besar. Jangan mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan korang.

Penyelesaian yang terbaik adalah bersedia lebih awal. Hadir ke kawasan temuduga lebih awal. Memberi alasan tidak akan membantu korang berjaya dalam temuduga.

5. Maklumat palsu dalam resume

Resume adalah tanggungjawab korang sendiri. Pastikan maklumat dalam resume adalah tepat dan benar tentang diri korang. Jika tidak, ia seolah-olah meletakkan label palsu pada sesuatu produk.

Terdapat kemungkinan tinggi panel temuduga menyemak resume korang pada waktu temuduga berlangsung dan mereka dapat bertanya terus kepada korang tentang maklumat yang ditulis dalam resume korang tu.

Penulisan resume yang palsu dan hebat dengan niat memancing ke temuduga satu persepsi yang kurang tepat kerana korang mungkin berjaya semasa pemilihan resume tetapi tidak pada temuduga sebenar. Jadi… AWAS!

6. Lupa sediakan maklumat penting

Pastikan korang tahu maklumat penting yang harus dibawa ke sesi temuduga nanti. Lupa adalah satu alasan. Dapatkan maklumat apa yang harus dibawa sebelum hadir ke temuduga dan bawa pada hari temuduga dalam keadaan kemas dan tersusun.

7. Terlalu pemalu dan kurang berinteraksi

Kalau korang ni jenis yang pemalu ianya tidak dianggap sebgai satu masalah yang besar, tetapi elakkan daripada terlalu pemalu sehinggakan korang ni menjadi terlalu kekok semasa sesi temuduga. Pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi. Rasa malu harus bertempat.

Malu yang terlampau malu akan mengurangkan sesi berinteraksi bersama panel temuduga. Walhal mereka memanggil korang ke temuduga untuk berkomunikasi dan melihat bagaimana korang berkomunikasi untuk tujuan pekerjaan pada masa hadapan.

Pastikan korang berbual dengan panel temuduga dan selesakan diri. Mereka berniat membantu korang dalam pekerjaan. Korang kenalah bersikap terbuka.

8. Tidak menjaga bahasa badan

Bahasa badan adalah satu lagi bentuk komunikasi. Jaga postur semasa korang duduk di atas kerusi. Jangan terlalu menyandar hinggakan korang nampak seperti mahu menonton televisyen.

Tunjukkan minat korang dengan maklumat yang disampaikan oleh panel temuduga. Ia adalah maklumat penting untuk korang. Kalau korang bosan, cuba elakkan daripada menampakkan diri korang yang tengah bosan sebabnya itu mencerminkan sikap korang yang sebenar.

Mereka tidak memberitahu korang jika maklumat itu tidak penting. Jadi, fokus dan jaga gaya bahasa badan korang.

6. Bertanya “gaji saya berapa?”

Bertanya tidak salah. Namun bertanya soal gaji sebelum panel temuduga menyentuh soal gaji merupakan satu kesilapan besar. Gaji berbeza-beza mengikut syarikat dan sektor.

Bagi sektor kerajaan, ada tangga gaji yang perlu diikuti. Bagi sektor swasta, gaji adalah pelbagai dan mengikut aktiviti bisnes yang mereka jalankan. Jika ini adalah panggilan pertama korang untuk temuduga selepas tamat belajar, soal gaji menjadi isu sensitif kepada pihak anda dan pihak syarikat.

Satu, korang tiada pengalaman bekerja sebelum ini. Kedua, pihak syarikat tidak tahu sejauh mana potensi korang dalam menjalankan tugas dengan baik.

Oleh itu, bertanya kepada mereka apabila mereka menyentuh soal gaji sahaja. Kalau korang ni dah berpengalaman, bertanya soal gaji adalah satu kebiasaan kerana korang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang telah dibina sewaktu pekerjaan sebelum ini.

7. Merayu dan berlakon drama sedih

Tak perlulah nak merayu bagai dalam sesi temuduga. Merayu dengan niat supaya korang diterima bekerja dan menimbulkan perasaan kasihan, ia kurang berhasil. Ia menandakan korang amat terdesak dengan pekerjaan.

Yakin dengan rezeki korang. Jika disitu bukan tempat korang, itu bermakna tempat korang adalah terbaik di syarikat lain. Berlakon drama sedih dalam sesi temuduga juga membuatkan panel temuduga menjadi rimas. Dan mungkin sesi temuduga korang bakal berakhir dengan lebih awal.

8. Tidak mampu membuat keputusan sendiri

Soalan yang ditanya mungkin pelbagai. Soalan panel temuduga juga meminta korang membuat keputusan dalam masa yang singkat. Korang kena yakin dengan jawapan yang korang berikan.

Menangguh jawapan supaya korang boleh bertanya kepada pihak lain menandakan korang masih belum mampu membuat keputusan sendiri.

Ada masanya korang perlu merujuk kepada seseorang yang lebih tinggi pengetahuannya. Dalam situasi temuduga, jika ia memerlukan pengetahuan yang lebih tinggi sesuai untuk menangguhkan jawapan. Di sini ia menandakan korang bijak mengurus sumber maklumat. Berlaku bijak dalam mebuat keputusan yang korang buat.

9. Tiada lesen kenderaan

Tiada lesen kenderaan juga boleh buatkan calon gagal dalam sesi temuduga. Terdapat kerja yang memerlukan calon bekerja di luar pejabat untuk bertemu pelanggan. Tidak mengapa jika tiada kenderaan. Bagi sesetengah syarikat akan disediakan kenderaan untuk urusan rasmi.

Namun ia bergantung kepada jenis jawatan yang korang mohon. Tetapi untuk lebih selamat usahakan dapat lesen kenderaan atau pilih jawatan lain yang tidak memerlukan lesen kenderaan sebagai syarat penting.

10. Diam berbahasa Inggeris

Ini yang banyak menjadi mimpi ngeri calon temuduga. Bagi yang mahir dalam berbahasa Inggeris, itu kelebihan bagi korang. Bagi yang jarang-jarang menggunakan bahasa Inggeris, sesi temuduga merupakan satu sesi yang amat digeruni.

Dalam sesi temuduga, temuduga boleh berlangsung dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Ia terpulang kepada panel temuduga menyoal korang mengikut kehendak yang syarikat mahukan. Jika ia berlangsung dalam bahasa Melayu, ia adalah bonus bagi korang.

Jika ia dalam bahasa Inggeris, usah diamkan diri. Terus atur ayat sebagaimana yang korang boleh jawab. Mendiamkan diri menandakan korang tidak berminat dan tidak menampakkan usaha korang.

11. Banyak ‘kemungkinan’

Menjadi kebiasaan panel temuduga untuk menyoal korang tentang soalan penyelesaian masalah yang melibatkan jawatan yang korang mohon. Apabila menjawab, elakkan daripada bercakap “Mungkin saya akan buat begini dan begini….”

Ayat kemungkinan adalah ayat menandakan tahap keyakinan diri korang. Terlalu banyak kemungkinan dalam jawapan memungkinkan juga korang diterima untuk menjawat jawatan tersebut.

Jawab dengan yakin dan matang. Korang ingin bekerja, bukan menjawab soalan di kertas peperiksaan. Tiada jawapan betul atau salah, mereka cuma ingin melihat kreativiti korang dalam menguruskan situasi yang berlaku.

12. Tidak mengkaji syarikat / jawatan

Korang ingin bekerja di syarikat yang dimohon, korang wajib peka kepada bisnes syarikat berkenaan. Calon yang tidak membuat persediaan menyemak maklumat syarikat di halaman web bakal menemui jalan buntu apabila panel temuduga bertanya tentang “Apa pandangan anda tentang syarikat kami…”

Bagi jawatan kerajaan, korang berkhidmat dengan kerajaan. Apa yang harus korang peka adalah berkenaan jawatan. Calon yang tidak mengetahui maklumat tentang jawatan yang mereka mohon menunjukkan mereka tidak berusaha dengan cukup.

Ambil masa mengkaji syarikat dan jawatan terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga. Jika tidak, temuduga korang menjadi satu temuduga yang sia-sia sahaja.

13. Menggunakan bahasa pasar

Bahasa pasar adalah bahasa yang tidak formal. Ia digunakan dalam perbualan harian bersama rakan baik dan kenalan yang lain. Sesi temuduga meminta korang menggunakan bahasa yang formal dan teratur.

Mengambil mudah dalam soal bahasa ini memungkinkan korang diterima bekerja kerana ia memberi persepsi yang kurang baik kepada panel temuduga. Ingat, mereka yang menemuduga korang adalah orang yang berpengalaman dan lebih tinggi pengetahuan mereka daripada korang.

Oleh itu, gunakan bahasa yang lebih formal untuk menghormati mereka dan menghargai mereka sebagai orang yang berpengalaman.

Bonus : hargai panel temuduga

Manusia suka dihargai. Korang pun begitu. Oleh itu, selepas tamat temuduga berikan penghargaan kepada mereka dalam bentuk pujian atau mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa menemuduga. Bukannya terus beralih dan terus beredar.

Dapatkan nama dan emel panel temuduga untuk korang menulis emel ringkas untuk ucapan terima kasih anda sekali lagi selepas pulang ke rumah. Ia nampak biasa, tetapi kesannya diluar jangkaan korang.

Jika dalam perniagaan ia dinamakan ‘After Sale Service’.

14. Terlalu ‘demand’

Terlalu ‘demand’ semasa temuduga juga boleh membuatkan korang gagal lebih awal. ‘Demand’ bermaksud anda meminta pihak syarikat sediakan rumah, kenderaan dan pelbagai kelengkapan lain untuk korang.

Tidak salah untuk ‘demand’ jika korang sememangnya seorang yang menjadi rebutan dipasaran. Tetapi jika ia adalah temuduga korang untuk melompat kerja ke tempat kerja baru, elakkan dari terlalu meminta-minta.

‘Demand’ bagi pihak syarikat adalah satu bentuk pelaburan mereka kepada korang. Bagaimana mereka boleh laburkan banyak kemudahan untuk korang sedangkan korang belum menunjukkan prestasi yang baik lagi kepada mereka?

15. Terlalu berpolitik

Adakalanya panel temuduga menguji korang dengan fahaman politik. Mereka ingin melihat pendapat korang tentang hal-hal dunia luar. Namun, korang harus berhati-hati dalam memberikan pendapat supaya tidak menampakkan korang menyebelahi sesiapa. Atau dalam erti kata lain korang terlalu fanatik kepada sesuatu parti.

Jawab secara ‘general’. Berpolitik bukan tempatnya di dalam bilik temuduga. Panel temuduga menyoal korang dengan niat untuk melihat sejauh mana kefahaman dan keseriusan korang dalam politik negara.

Bersederhanalah. Usah kerana politik korang tidak diterima kerja.

Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan, Klik [SINI] untuk mendapatkannya. Murni doakan semoga korang berjaya dalam temuduga yang korang hadiri. 

Khamis, September 24, 2015

5 Fokus Program Dalam Resume

9/24/2015 2 Comments
5 Fokus Program Dalam Resume | Assalamualaikum & salam sejahtera. Dalam menghasilkan resume yang berkualiti, anda perlu masukkan komponen yang boleh menyerlahkan resume anda berbanding dengan resume orang lain.

Contoh yang paling mudah ialah kursus atau program yang pernah anda sertai di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan peringkat antarabangsa. Dalam artikel ini, kita mulakan dengan 5 fokus program dalam resume.



Resume ialah tiket untuk ke temuduga kerja, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ebook [+] Rahsia Resume Kerja sekarang !!!

5 Fokus Program Dalam Resume

1. Program kemasyarakatan. 

Di IPT misalnya, kerap dianjurkan program-program yang melibatkan masyarakat seperti program anak angkat, mahasiswa ke desa, berbasikal bersama penduduk dan sebagainya. Ambil inisiatif ini untuk menyertai program-program yang dianjurkan dan masukkan ia ke dalam resume.

Bakal majikan akan melihat anda sebagai seorang yang boleh bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai karenah dan keadaan.

2. Program kepimpinan. 

Kepimpinan melalui teladan, itulah yang biasa kita dengar. Anda barangkali seorang yang pendiam, tetapi anda boleh mencorakkan kepimpinan dalam diri anda dengan menyertai persatuan atau kelab yang membentuk sahsiah diri dengan baik.

Sekiranya anda seorang pengawas sekolah atau sekretariat dari majlis perwakilan mahasiswa, anda bakal mendapat perhatian oleh bakal majikan kerana anda adalah seorang pemimpin yang boleh membuat keputusan dengan bijak. Dengan adanya komponen ini, ia bakal menyerlahkan lagi resume anda.

3. Program kesukanan. 

Anda minat dengan aktiviti sukan atau di luar rumah. Ini meletakkan posisi anda sebagai orang yang boleh menerima cabaran dan sedia menghadapi risiko. Lihat sahaja ahli sukan yang ada, mereka mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk menjalankan aktiviti kesukanan.

Sukan bola sepak misalnya, ia nampak mudah tetapi penuh dengan strategi dan risiko untuk cedera. Selain itu, aktiviti ini menyihatkan, jadi bakal majikan pasti gembira jika anda boleh berkhidmat dengan sihat.

4. Program keusahawanan. 

Anda mungkin bukan pelajar  dalam bidang perniagaan tetapi anda mengambil inisiatif untuk menceburi kelab keusahawanan di sekolah atau IPT. Di situ anda belajar perkara asas dan selok-belok bidang keusahawanan.

Salah satu ciri-ciri usahawan ialah menyelesaikan masalah. Jadi sebagai seorang kakitangan dalam syarikat, anda sudah pun menyerlahkan bakal sumbangan yang diberikan kepada majikan apabila diterima bekerja nanti.

5. Program bakat dan seni. 

Bakat yang ada dalam diri anda tidak semestinya melukis. Barangkali anda boleh menyanyi, berpantun dan bermain alat muzik. Contohnya, anda oleh menyanyi sambil bermain gitar. Ia menggambarkan anda seorang yang boleh menyelesaikan banyak tugasan dalam sesuatu masa. Masukkan kelebihan ini ke dalam resume anda supaya permohonan anda berjaya menambat hati majikan.

Kesimpulannya, anda harus memanfaatkan semua kelebihan yang ada dalam diri anda. 5 program yang anda sertai ini bukanlah untuk mendapatkan sijil semata-mata, tetapi untuk menambah nilai diri anda sebagai seorang individu yang bermotivasi dan berwawasan untuk sukses dalam kerjaya.

Usah berhenti berusaha untuk memenuhi 5 program ini, sebaliknya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan demi kejayaan dalam kerjaya anda.
Resume ialah tiket untuk ke temuduga kerja, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ebook [+] Rahsia Resume Kerja sekarang !!!

Ahad, September 20, 2015

Jana Pendapatan Sampingan dengan Affiliate Ephyra.my

9/20/2015 4 Comments
Jana Pendapatan Sampingan dengan Affiliate Ephyra
Affiliate Ephyra.my

Jana Pendapatan Sampingan dengan Affiliate Ephyra.my | Assalamualaikum & salam sejahtera. Korang nak jana pendapatan sampingan tak? Ok kalau nak Murni nak ajak korang sertai program Affiliate daripada Ephyra.my. Mesti ada di antara korang yang dah kenal dengan produk ephyra yang mana terbukti keberkesanannya dengan ribuan testimoni yang berjaya.

Jana Pendapatan Sampingan dengan Affiliate Ephyra.my

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Ephyra.my dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:


Keistimewaan Affiliate.my

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut!

Apa yang lebih menarik lagi?

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 3% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my.
3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.

Bagaimana untuk mempromosikan produk?



Anda hanya perlu buka mana-mana page product. Contohnya ini:


Kemudian copy & paste URL dalam ruangan kotak merah seperti dalam gambar ini dan share di social media anda seperti Facebook & Twitter.

Senang dan amat mudah!


*Commission akan dibayar kepada anda pada setiap 25hb setiap bulan.

Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!