Menang Giveaway BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties

Menang Giveaway BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah ada juga rezeki Murni menang join giveway anjuran blogger. Kali ni Murni menang dalam Giveaway BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties and hadiah yang Murni dapat sudah semestinya BB Cream Nurrul's Beauty. 

Menang Giveaway BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties


BB Cream Nurrul's Beauty
BB Cream Nurrul's Beauty

Murni dapat parcel kalau tak silap sampai ke pejabat akak Murni hari selasa yang lalu, so dah beberapa hari jugaklah Murni dah try BB Cream Nurrul's Beauty ni. Dah terlajak menang tu, Murni pun nak jugaklah kongsi apa yang menarik fasal BB Cream ni dekat korang.

Kandungan Istimewa & Kelebihan BB Cream Nurrul's Beauty



#1 Glutathione


Glutathione mampu meneutralkan radikal bebas dan membunuh racun-racun yang ada di dalam tubuh sekaligus mampu utk menjadikan kulit lebih halus dan cantik.



Glutathione dapat meningkan kandungan collagen dalam tubuh kita terutama kulit sehingga dapat mengurangi kedutan-kedutan yang ada pada kulit kita.

#2 Aloevera

Aloevera dapat mencegah kulit dari kekeringan, seperti pelembab untuk kulit muka

#3 Pearl Extract

Pearl Extract memang terkenal sebagai agen anti penuaan, Antioksida, Agen pemutih kulit, Agen pelembut kulit


#4 Grape Stemcell

Stemcell merupakan bahan yang paling baik berfungsi sebagai anti-penuaan. Malah membantu utk menghaluskan dan menganjalkan kulit. Mengurangkan garisan dan kedutan halus di wajah.

#5 Vitamin C & E

Vitamin C dapat merangsang pembentukan kolagen untuk kulit, ia juga bertindak sebagai agen pemegang air yang akan membuatkan kulit akan sentiasa segar dan lembab. Vitamin C jugak adalah perisai bagi kulit terhadap sinaran matahari.

Vitamin E pula berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit, melindungi kulit dari sinar UV dan paling penting mempercepatkan process penyembuhan luka.(jika di kulit muka, vitamin E inilah yg bertindak meredakan jerawat, jeragat, kesan jerawat dll) 


Testimoni BB Cream Nurrul's Beauty

Masalah kulit wajah yang Murni selalu hadapi seperti wajah kusam, jerawat, parut jerawat, open pores, bintik-bintik hitam dan berminyak. 

Testimoni BB Cream Nurrul's Beauty
Testimoni BB Cream Nurrul's Beauty


Masalah jerawat ni akan datang bila time Murni period, dari jerawat sekecil-kecilnya hinggalah yang jerawat batu confirm akan melekat sebijik kat muka.  Kebetulan time ni juga Murni kena bendera merah,  memang jerawat tu akan bermaharajalela kat muka Murni. 

Testimoni BB Cream Nurrul's Beauty
Testimoni BB Cream Nurrul's Beauty

Kali ni tak perlu dah nak sedih-sedih bagai kalau naik jerawat kat muka sebabnya BB Cream Nurrul's Beauty ni kan ada just calit je kat muka. Alhamdulillah dengan adanya BB Cream ni at least bolehlah kurangkan masalah kulit wajah yang Murni alami.Yang bestnya bila pakai BB Cream ni tak rasa pun kulit muka berminyak. Pakai mekap pun senang tak ambil masa lama pun. Pung pang pung pang dah siap haha.

Korang yang berminat nak try BB Cream Nurrul's Beauty ni bolehlah direct beli dekat sis Norhafizah. Maklumat contact boleh rujuk kat bawah:


Ulasan

Catat Ulasan