Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha

 Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha | Assalamualaikum & salam sejahtera. Dah tajuk entri tertulis menu, maka gambar makanan yang akan menjadi tatapan pengunjung blog Murni teheee. 


Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
[kredit]


Sebelum beralih kepada gambar makanan yang mungkin akan membuatkan korang rasa macam nak makan tengah-tengah malam buta ni, kalau boleh Murni pun tak nak lepaskan peluang nak beri sepatah dua kata buat keluarga, sahabat, atau sesiapa sahaja yang mengenali diri dengan ucapan Salam Aidil Adha, mohon maaf andai diri ini ada melakukan kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tak. 

Buat pengunjung blog tidak kiralah sama ada korang ni silent readers yang tak jemu datang singgah ke sini, Murni pun nak minta maaf dekat korang sebab ada blog yang mana Murni tak sempat nak BW lagi.  Busy jadi pengasuh plus menghadap tugasan, In Sha Allah bila free nanti Murni BW na.

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha

1. Buras atau Burasak

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Buras Pulut Putih
Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Buras Pulut Hitam + Ayam Masak Merah

Ini adalah hidangan wajib bagi orang bugis khususnya di Sabah. Antara kedua-dua jenis buras ni, tekak Murni paling berkenan sangat dengan yang si hitam. Sedap yakmat haha

2. Nasu Likku' atau Ayam Masak Lengkuas

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Nasu Likku' atau Ayam Masak Lengkuas

Yang ni makanan feveret mak Murni. Kalau dulu tekak Murni ni memang berkenan dengan rasanya, entahlah kenapa kali ni tak bersentuh langsung dengan ayam masak lengkuas ni

3. Ayam Masak Merah

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Ayam Masak Merah

Sedap ok! Sampaikan Murni jadikan ianya sebagai lauk makan malam semalam. Still tak basi lagi memandangkan pepagi raya kedua dah panaskan semula.

4. Sayur Campur

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Sayur Campur

Sayuq ni pun Murni tak makan sebab time ni tengah melayan nafsu makan sup tulang sekali harung 3 mangkuk...haha perut getah sungguh!

5. Ayam Goreng

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Ayam Goreng

Haaa yang nilah makanan kegemaran si upin ipin...anak buah Murni cakap chicken wing tu 'ayam tembak' haha 

6. Sup Tulang

Menu Kenduri Doa Selamat di Petang Hari Raya Aidil Adha
Sup Tulang
Sedap tak terkata haha...
A photo posted by Murni Mohd Yusof (@murnimohdyusof) on

2 ulasan: