Ahad, September 06, 2015

Pengetahuan Wanita Tentang Makanan Haram

Pengetahuan Wanita Tentang Makanan Haram | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Soalan untuk kaum hawa, sejauh manakah pengetahuan korang tentang makanan haram? Kalaulah soalan ni diajukan kepada Murni sendiri belum tentu lagi Murni dapat jawab dengan sebaiknya.

Pengetahuan Wanita Tentang Makanan Haram


Bagi menjawab persoalan tersebut, Murni ingin kongsikan kepada korang mengenai 8 jenis makanan yang diharamkan syariat seperti yang terkandung di dalam Al-Quran.

8 Jenis Makanan Yang Diharamkan Mengikut Syariat

makanan haram dalam Islam

#1 Rotan

Terdiri daripada binatang yang tercekik, yang dipukul, yang terjatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas dan daging yang dipotong daripada binatang yang masih hidup.

Abu Waqid r.a berkata,  Rasulullah SAW bersabda, "Apa yang dipotong atau diambil daripada binatang yang hidup, itu bangkai" (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ad-Darimi)

#2 Keldai Kampung Yang Dipelihara

Abu Idris menceritakan bahawa Abu Tsa'labah berkata, "Rasulullah SAW telah mengharamkan daging keldai yang dipelihara." (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

#3 Binatang Buas Bertaring Dan Burung Yang Bercakar

Perkara ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Tsa'labah r.a, "Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang memakan semua binatang yang bertaring." (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

#4 Bigal 

Bigal merupakan kacukan bagi kuda dengan keldai. Jabir bin Abdillah r.a berkata, "Pada hari Khaibar, kami menyembelih kuda, bigal dan himar. Lalu Rasulullah SAW melarang kami memakan bigal dan himar, namun tidak melarang kami memakan kuda." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

#5 Binatang Yang Diperintahkan Nabi SAW Untuk Dibunuh.

Perkara ini berdasarkan hadis Salim, daripada Abdullah bin Umar r.a, daripada Hafsah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, " Ada lima jenis binatang yang dibolehkan untuk dibunuh, iaitu burung gagak, helang, kalajengking, tikus dan anjing gila." (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

#6 Daging Babi

Perkara ini berdasarkan hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Allah telah mengharamkan arak dan harganya, bangkai dan harganya, dan daging babi dan harganya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

#7 Yang Memiliki Nuhbah dan Khatfah

Daripada Abu  Tsa'labah Al-Khusyni r.a, dia berkata, "Rasulullah SAW melarang memakan khatfah, mujasamah, nuhbah dan semua binatang buas yang bertaring."

#8 Jallalah (Binatang Yang Memakan Kotoran)

Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata, " Rasulullah SAW melarang memakan Jallalah dan meminum susunya." (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)


Perkongsian mengenai Pengetahuan Wanita Tentang Makanan Haram (QS al-Baqarah, 2: 173) adalah bersumberkan Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah di bawah tema hukum. Bila Murni baca dan teliti semula #7 Murni tidak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan Nuhbah dan Khatfah almaklumlah pengetahuan Murni dalam bahasa arab agak terbatas. Kalau ada di antara korang yang tahu, bolehlah kongsikan di ruangan komen. Terima kasih.

Entri yang akan datang berkaitan dengan Firaun Membiarkan Hidup Anak Perempuan dan Membunuh Anak Lelaki di bawah tema Ibrah. 

2 ulasan:

  1. syukran dear atas perkongsian =)

    BalasPadam
  2. Maklumat menarik untuk dikongsikan, sebahagiannya masih ramai lagi yang belum mengetahuinya. Entri yang bermanfaat.

    BalasPadam