Perempuan dengan Kasut Tak Dapat Dipisahkan

Perempuan dengan Kasut Tak Dapat Dipisahkan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Bila cakap bab mengenai kasut ni, confirm semua perempuan suka termasuklah Murni sendiri. Masing-masing ada cita rasa yang berlainan dalam memilih kasut yang sesuai dengan penampilan diri.

Perempuan dengan Kasut Tak Dapat Dipisahkan


Mesti ada di antara korang ni yang jadi pengumpul kasut yang tegar sehinggakan almari kasut korang pun dah tak muat. kan? Haaa baik ngaku cepat! 

Katalah dalam kita ni sibuk beli kasut baru, korang tahu tak setiap kasut yang kita nampak di sebuah kedai dengan bentuk dan design yang pelbagai mempunyai nama tersendiri. Bagi pereka kasut sudah semestinya mereka cukup profesional mengetahui kesemua nama bagi jenis kasut yang berbeza.

Gambar di bawah ni merupakan nama bagi setiap koleksi kasut yang mana korang perlu tahu.

nama kasut, jenis-jenis kasut, high heels, kasut wedge, stiletto, crocs, boots, pump, converse
Koleksi Kasut

Soalan Murni untuk korang jawab, kasut yang manakah menjadi pilihan hati korang? Kalau Murni suka kasut high heels like Lita, Slingbackss, wedge, chunky heel.  Kasut Ballerina flats pun Murni suka pakai. Murni suka high heels pun sebab nak cover 'kependekan' je...haha

Buat masa ini, Murni hanya ada sepasang kasut wedge dan hanya akan beli yang baru kalau kasut yang lama dah macam nyawa-nyawa ikan means kasut tu rosak ataupun kalau ada keperluan lain. Walaupun Murni ni pantang nampak kasut yang lawa-lawa, confirm terdetik jugaklah di dalam hati nak beli tapi kan kenapa perlu membazir kalau yang lama itu masih sedap mata memandang masih elok lagi. 

Apa-apa pun bergantung kepada keperluan masing-masing nak beli kasut baru tu untuk tujuan apa. Kut-kutlah nak hadir ke majlis rasmi, kenalah bergaya sikit. Almaklumlah perempuan dengan kasut kan tak dapat dipisahkan. Hihi Ok, konvo Murni dah tak lama lagi, so kena cari kasut yang sesuailah untuk Hari Jubah nanti.

2 ulasan:

  1. Hahaha..Mimi suka beli kasut pastu x pakai pun..Last2 kasut yg dh nywa2 ikan tu jgk selalu di pakai..Kiki

    BalasPadam