Gambar Studio Konvokesyen UUM ke-28 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alahai kesian sungguh blog Murni ni, terabai untuk beberapa hari ni. Bukan menghilang, tapi Murni sibuk set up 1 lagi blog baru. Bab ni nanti Murni update entri baru na.

Gambar Studio Konvokesyen UUM ke-28


Actually Murni just nak sambung entri yang lepas je, kalau sebelum ni Murni dah dapat Gambar Pentas Majlis Konvokesyen UUM ke-28 dan dua hari yang lepas gambar studio pulak dah sampai ke rumah. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya.


Dalam gambar terserlah muka penat, tak boleh senyum lebi-lebih. Dahlah sebelum hari konvo tu berulang-alik dari penang ke UUM then ke Penang semula. Lepas tu duk berjam-jam dalam dewan yang sejuk. Majlis selesai kena berasak-asak keluar dewan dengan lautan manusia yang berkumpul sepanjang laluan dek kerana hujan. Bergegas pula ke tapak pesta konvo nak ambil gambar studio dengan famili. Muka pun masam mencukalah dalam gambar kuikui

Pakej gambar studio yang abang Murni ambil, Pakej B: Gambar 2 keping size 11R + 2 frame gambar + 1 CD = RM100. Kualiti gambar apa yang Murni boleh katakan not bad, cantik ja sesuailah dengan harga...haha tak boleh puji lebih-lebih.

Ok Murni dengan baik hati nak promotelah studio rasmi konvokesyen yang jadi pilihan time konvo hari tu, manalah tahu ada yang berminat nak guna servis dari ZUMAR PICTURES. 

ZUMAR PICTURES - AS0368369-V
No.3, Lot Kedai Bt 12, Jalan Naka,
06400 Pokok Sena, Kedah.
013-4044704 
zumarpictures@gmail.com