Cabaran Menabung Tahun 2017

Disember 27, 2016
Cabaran Menabung Tahun 2017 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Lama sungguh Murni tak update blog, apatah lagi nak blogwalking ampun maaf dipinta πŸ™ Semua ni disebabkan kekangan masa dan mood menulis pun pandai hilang juga πŸ˜‚ tapi kalau bab scroll newsfeed FB kemain rajin sungguh.

Dalam Murni duk rajin scroll newsfeed FB terpandanglah satu post yang boleh dipraktikkan oleh kita semua iaitu mengenai jadual Money Saving Challenge. Then Murni pun rasa terpanggillah nak kongsikan benda baik dengan korang semua. Murni rasa ada baiknya Cabaran Menabung Tahun 2017 ni dijadikan sebagai salah satu azam untuk melatih diri supaya amalkan budaya menabung.

Cabaran Menabung Tahun 2017


Di bawah ni Murni sertakan jadual Cabaran Menabung Tahun 2017. Korang pilihlah jadual mengikut idaman kalbu, eh!

#1 Simpanan Selama Setahun Mengikut Minggu (52 Minggu)

Cabaran Menabung Tahun 2017

#2 Simpanan Mengikut 26 Minggu (6-7 Bulan)

Cabaran Menabung Tahun 2017

#3 Simpanan Mengikut 12 Bulan


Cabaran Menabung Tahun 2017

#4 Simpanan Anak-anak Mengikut Minggu

Cabaran Menabung Tahun 2017


Korang pilih yang mana satu? Murni masih pertimbangkan lagi 1,2, & 3. Tapi hati ni kuat mengatakan #3 πŸ˜‚  Tak pa fikir dulu ada masa lagi ni sebelum masuk tahun baru, 2017. Tabung kena sediakan siap-siap baru semangat nak menabung macam dulu-dulu. Semoga impian nak menabung hingga ke penghujung tahun 2017 tercapai aamiin.


Sumber gambar: Facebook


Tudung Sekolah Kanak-Kanak 2017

Disember 03, 2016
Tudung Sekolah Kanak-Kanak 2017 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri pada kali ni khas Murni tujukan kepada golongan ibu bapa di  luar sana. Mesti ada dalam kalangan puan yang sedang tercari-cari tudung sekolah yang mudah, lembut dan selesa untuk si comel anda, kan? 

Almaklumlah tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. Segala kelengkapan dan keperluan anak-anak perlu diutamakan sebelum sesi persekolahan bermula. Jangan bimbang, Murni akan mudahkan urusan pencarian puan dengan memperkenalkan tudung sekolah kanak-kanak yang bakal menjadi trend pada tahun 2017. 

Tudung Sekolah Kanak-Kanak 2017 

Tudung sekolah kanak-kanak yang Murni maksudkan ialah Tudung Sekolah Awning Lembut yang dibawakan khas oleh TudungSiComel.com.

Tudung Sekolah Kanak-Kanak 2017

KENAPA TUDUNG SEKOLAH BERBEZA HARGA WALAUPUN MATERIALNYA SAMA?

Ada yang bertanya, walaupun Tudung Sekolah materiel Lycra, namun kenapa harganya berbeza?Sebenarnya, Lycra terdiri dari pelbagai jenis dan kualiti. Ada yang berat 280g, 320g, ada yang 420g. Ada jenis kain yang lembut dan ada jenis kain yang NAMPAK LEMBUT akan tetapi apabila dipakai ianya terasa PANAS dan tidak menyerap peluh. 

Kita telah mencuba beberapa jenis Lycra selama ini dan kita telah dan sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan komen dan maklumbalas rakan-rakan. Akhirnya kita mengambil keputusan untuk HANYA menghasilkan tudung dari Lycra yang lembut dan sejuk dipakai sahaja dan kita terpaksa korbankan sedikit dari segi harga. 

Dari maklumbalas yang diterima, majoriti ibu-ibu lebih mementingkan tudung yang selesa dipakai oleh Si Comel kesayangan mereka berbanding TUDUNG MURAH yang panas apabila dipakai lama. 

Dengan perbezaan hanya RM3-4 sahaja untuk tudung lycra lembut, ibu-ibu yang sayangkan anak mereka sanggup korbankan sedikit untuk mendapatkan tudung yang lebih selesa dipakai. Pada mereka, apalah sangat perbezaan RM3-4 berbanding Si Comel yang mereka sangat sayangi.

Kami di TudungSiComel juga sangat ingin melihat lebih ramai Si Comel bertudung seawal usia dan dengan itu kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan lebih banyak Tudung kanak-kanak yang lembut dan SELESA dipakai. 

Keistimewaan Tudung Sekolah Awning Lembut 

  1. Awning lembut yang MUDAH untuk dibasuh dengan menggunakan mesin dan tidak akan rosak.
  2. Menggunakan Lycra Korea LEMBUT dan selesa untuk dipakai.
  3. Potongan khas yang telah diuji lebih dari 2 tahun khas untuk membuatkan Si Comel anda berasa selesa untuk memakainya.
  4. Putih Nila yang sentiasa nampak bersih amat sesuai untuk Si Comel yang lasak.
  5. Mempunyai hampir 2k Testimoni Positif.
  6. Mudah dipakai dan In Shaa Allah Si Comel anda tidak akan berasa rimas apabila memakainya.

Testimoni Positif

Antara testimoni daripada ibu-ibu yang membelikan tudung untuk Si Comel mereka. Jom lihat apa kata mereka.

Tudung Sekolah Kanak-Kanak 2016Tudung Sekolah Kanak-Kanak 2016


Jaminan Wang Dikembalikan

Setiap produk asli yang diperolehi daru TudungSiComel.com adalah di bawah Jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.

Katakanlah ada di antara anda yang tidak berpuas hati setelah mendapat tudung yang telah ditempah dari TudungSiComel.com, anda boleh pulangkan atau menukar tudung tersebut dengan serta merta dan wang anda akan dikembalikan.

Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan di TudungSiComel.com

Untuk maklumat lanjut berkaitan Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa ni, jemput puan KLIK pada LINK mesra smartphone (Loading sangat Laju) di bawah ni: 

Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit

November 24, 2016
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit | Assalamualaikum & salam sejahtera. Pernah tak anda dengar mengenai produk Ruam Bayi Powder? Bagi anda yang belum mengenali produk ini sudah tentu tertanya-tanya apa fungsi dan kelebihan produk ini. Jangan risau mana yang baik mestilah dikongsi bersama. 

Sebelum Murni jelaskan dengan lebih lanjut produk Ruam Bayi Powder, Murni nak tanya ada tak di antara anda yang mengalami masalah penyakit kulit seperti psoriais, eczema, dan lain-lain penyakit kulit dan ingin mencuba rawatan alternatif untuk merawat penyakit tersebut mengikut cara Rasulullah S.A.W.? Jika ada, mohon angkat tangan eh! teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujungnya semoga bermanfaat πŸ˜‚

Tentang Ruam Bayi Powder 

Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit

Ruam Bayi Powder bukanlah sekadar bedak sejuk biasa, ia dikatakan dapat membantu untuk memulihkan hampir semua jenis penyakit kulit. Ia dihasilkan dari 100% tanah liat putih yang mengandungi mineral semulajadi bersama air galian yang telah ditapis secara khusus. Tahukah anda bahawa salah satu cara Nabi S.A.W mengubati penyakit kulit adalah dengan menggunakan tanah liat.
Dalam Sahih bukhari, Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah ra berkata, "Jika seseorang mengadu mengenai kudis (penyakit kulit) atau luka, Rasulullah S.A.W meletakkan jejarinya sambil membaca: (maksudnya): "Bismillah, tanah bumi kami dengan campuran air liur di kalangan kami, disembuhkan orang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami." Kata Ibn Qayyim: "Manusia diciptakan dari Nabi Adam a.s dan Adam pula dijadikan oleh Allah S.W.T dari tanah, maka sebaik-baik penawar untuk segala penyakit kulit juga Insya Allah daripada tanah."
Produk Ruam Bayi Powder dihasilkan secara homemade warisan semulajadi turun-temurun yang diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL yang mana selamat untuk digunakan oleh bayi sehinggalah orang dewasa. Ianya dijamin HALAL, BERSIH & SUCI.

100% tanah liat putih yang mengandungi mineral semulajadi bersama air galian yang telah ditapis secara khusus.

Kelebihan Ruam Bayi Powder
πŸ’• Menyerap segala kekotoran dan toksik yang terdapat pada kulit
πŸ’• Cepat meresap dalam kulit dan akan terasa sejuk dan lembut
πŸ’• Bebas paraben dan bahan-bahan kimia yang berbahaya
πŸ’• Dapat mengurangkan ruam pada bayi
πŸ’• Amat sesuai untuk semua jenis penyakit kulit
πŸ’• Satu bekas boleh bertahan selama beberapa bulan.

Cara Penggunaan Ruam Bayi Powder
πŸ’• Sapu pada kulit sensitif setiap hari terutama pada sebelah malam sebelum tidur
πŸ’• Jika air di dalam bekas sudah kering, campur dengan air yang boleh diminum atau air yang bertapis sebaik-baiknya adalah air zam-zam. Jangan guna air paip kerana ia mengandungi klorin yang tidak baik untuk kulit.
πŸ’• Jika keracunan makanan, gout dan gastrik, ambil secubit Ruam Bayi Powder bancuh dalam setengah gelas dengan air kosong biasa lepas tu minum
πŸ’• Penjagaan pemakanan juga penting dan perbanyakkan minum air koong untuk mengelakkan kekeringan.

Testimoni Ruam Bayi Powder
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit
Testimoni Ruam Bayi Powder
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit
Testimoni Ruam Bayi Powder
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit
Seluruh muka dan badan kena ekzema
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit
Testimoni Ruam Bayi Powder

Review Ringkas Penggunaan Produk Ruam  Bayi Powder
Memandangkan Murni ada alergik dengan makanan laut, tapi degil nak makan juga even dalam kuantiti yang amat sedikit (selalu tergoda kalau mak masak hihi) alternatif terbaik yang Murni boleh cuba untuk merawat masalah gatal-gatal bila dah makan seafood adalah dengan menggunakan Ruam Bayi Powder ni. Alhamdulillah dalam masa beberapa hari penggunaannya dapatlah kurangkan rasa gatal-gatal tu. 

***Khas untuk makluman anda:

Ruam Bayi Powder (RBP) tidak pernah menukar packaging baru. Tindakan seetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menipu pelanggan untuk menjual produk tiruan yang kononnya mengaku lebih baik dari RBP. RBP sudah pun mempunyai ratusan testimoni dan masih menggunakan bahan-bahan tradisional yang diwarisi turun-temurun. RBP tidak diproses oleh kilang kerana pihak kami ingin menjaga kualiti dan sifat kesucian tanah yang ditapis khusus.

Bagi anda yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ruam Bayi Powder ini, anda boleh klik mana-mana pautan link di bawah ini


https://ruambayi.wordpress.com/
http://www.bedakruambayiori.com/
Facebook: Bedak Ruam Bayi

Atau hubungi

Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner)  
En. Hafis : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran).

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

November 06, 2016

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hujung minggu macam ni baru Murni ada masa update blog mereput dalam bilik mengadap laptop hihi. Dah lama janji dekat IG @murnimohdyusof_mmy nak update blog pasai dinner bulan lepas. Tunggu punya tunggu gambar dari photog tak dak jugak, kecewa. Solusinya Murni gunakan jelah gambar ihsan dari kawan Murni biar berseri banyakkk entri kali ni haha.

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Murni berpeluang untuk sertai Majlis Makan Malam KWSP Sabah pada 08/10/2016 bertempat di Le MΓ©ridien Kota Kinabalu Sabah. Majlis makan malam ni bertemakan bollywood fefiling macam Karisma Kapoor jap haha. Semua kos perbelanjaan beli baju, transport, dan tempat tinggal adalah Sendirian Berhad. Cuba teka berapa jumlah kos yang terlibat hihi Even poket rabak sekalipun, memori daun pisang yang tercipta tu yang tak boleh dilupakan. Rasa macam tak boleh move on lagi haha melampau sungguh.

Kami bertolak dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu menaiki bas pada waktu malam, 07/10/2016. Naik bas boleh jimat banyak tambang bas pun RM45 ja. Kalau diikutkan 8 jam masa perjalanan, tapi kan driver bas tu drive kemain laju serupa macam koboi boleh dia ambil masa 6 jam ja. Serius weyhh Murni pun tak boleh tidoq dengan tenang. Tobat tak mau dah naik bas tu. Matahari dah naik, kami pun gerak dari Terminal Bas Inanam ke Hotel Le MΓ©ridien Kota Kinabalu Sabah. 

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Sampai hotel ja kami tak boleh check in lagi, so kami decide pi cari aksesori dulu. Then kami ada rehearsal tarian before check in. Semua cawangan kena buat persembahan tau time dinner ni dan Murni pun tak terkecuali kena juga menari. Baru tahu ada bakat terpendam, boleh menari rupanya haha. 

Ok tak mau cerita panjang lebar, siap awal mekap pun main hentam saja asal nampak comel sudah hihi. Ok jemput tengok gambaq kami na. 
Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Heading to Grand Ballroom Le Meridien Hotel

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Tarian Say Shava Shava. Maaf video tak boleh upload sebab kita malu

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Cabutan bertuah, semua dapat hadiah

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Majlis makan malam ni tamat dalam jam 12 tengah malam. Balik bilik kemas barang, tidoq. Hari minggu ingatkan ada bas gerak jam 9 or 10 pagi, kena ambil bas jam 2 ptg. Terpaksa jugaklah naik bas double decker. Even driver bas ni drive bas agak slow, rasa lebih selamat lagi dan part  yang paling best dapat menikmati view Gunung Kinabalu. Subhanallah cantik sangat. Sampai rumah kalau tak silap dalam jam 11 malam then esoknya kena pi keja haha

Ok tu ja memori daun pisang yang Murni nak share dekat hang pa semua. Alahai keluaq pulak bahasa utara, maaf tau ni kes sebab Murni rindu dengan tempat belajaq.

Program Diet HCG Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Oktober 30, 2016
Program Diet HCG Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti | Assalamualaikum & salam sejahtera. Bagi anda yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan sedang mencari rawatan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut, Murni akan perkenalkan kepada anda sebuah Program Diet HCG, revolusi baru dalam rawatan obesiti. Anda akan dipantau oleh Dr Malinda Mohd Ali iaitu seorang Pakar Penuaan Sihat dan Obesiti dari Future Wellness Sdn Bhd, Health & Training Consultancy. Sebelum itu, ada baiknya Murni terangkan terlebih dahulu mengenai obesiti untuk pemahaman anda.
Program Diet HCG Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti
Program Diet HCG Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti
Apa yang anda perlu tahu mengenai Obesiti

Obesiti adalah sejenis 'penyakit' yang membawa kepada masalah dunia moden pada hari ini dan ia hampir tidak wujud pada 50 tahun dahulu. Antara penyebab berlakunya fenomena 'Obesogenic' ialah pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti-aktiviti fizikal.

Metabolisma yang tidak menentu, hormon tidak seimbang dan pengurangan kalori sahaja kadang-kadang tidak dapat membantu dalam menurunkan berat badan yang kian meningkat naik. Hal seperti ini yang acap kali menjadi dilema dalam kalangan mereka yang mengalami masalah obesiti.

Program Diet HCG Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti


Anda mempunyai risiko sekiranya mempunyai;

Body Mass Index (BMI) > 23
Ukur Lilitan Pinggang Melebihi
> 102 cm (40 inch) bagi Lelaki
> 80 cm (35 inch) bagi Wanita

Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan individu. Anda dikatan obese apabila peratusan lemak badan melebihi 32% bagi wanita dan 25% bagi lelaki. Bukan itu sahaja, obesiti berkait rapat dengan pelbagai penyakit seperti

Diabetes
(Kencing Manis)
Stroke
(Angin Ahmar)
Kanser Kolon
(Usus Besar)
Masalah kulit
Hipertensi
(Darah Tinggi)
Batu Hempedu
Masalah Pernafasan (Respiratori)
Osteoarthritis
Kolestrol Tinggi
Kanser Payudara
Masalah muskuloskeletal
Penyakit Alzheimer’s
Penyakit Jantung Koronari
Kanser Prostat
Vena Varikos
Gout
Infertility (Ketidaksuburan)
Sleep Apnea
Masalah Psikologi (Kurang keyakinan diri)
Depressi

Mungkin ada dalam kalangan anda yang mengalami situasi di mana sebelum ini pernah cuba untuk berdiet beberapa minggu tetapi berat badan susah nak turun 1-2 kg dan pada akhirnya anda berputus asa. Kenapa masalah tersebut boleh timbul? 

Ini jawapannya. Sebenarnya, tidak semua jenis lemak itu adalah sama. Hal ini kerana terdapat tiga jenis lemak dalam badan kita yang mempunyai fungsi berbeza. *rujuk jadual di bawah.

jenis lemak, structural fat, normal fat reserve, lemak abnormal

Berikut merupakan 3 jenis lemak yang anda perlu ketahui

1. Lemak Untuk Struktur
(Structural Fat)
2. Lemak Normal
(Normal Fat Reserve)
3. Lemak Abnormal
( Abnormal Stored Fat )
Lemak baik’ ini penting untuk melindungi organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga
'Lemak baik' terdapat di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi seperti 'Tangki Tenaga'
'Lemak tak berapa nak baik' di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda

Untuk pengetahuan anda, Lemak Abnormal sangat aktif mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan mengganggu sistem tubuh badan. Lemak ini tidak digunakan sebagai sumber tenaga utama kecuali dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja yang mana lemak ini akan dibakar dan mula digunakan sebagai tenaga.

Ringkasnya, bila anda berdiet 1-2 bulan pertama, Lemak Jenis 2 yang akan mula dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal dan hanya akan dibakar dalam keadaan 'kebuluran' sahaja. 

Bagaimana cara untuk menggerakkan Lemak Jenis 3 yang degil itu? HCG adalah transformasi rawatan terbaru untuk 'menggerakkan' Lemak Jenis 3 tersebut.


Program Diet HCG Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti



Apa itu HCG?

Human Chorionic Gonadothrophin, HCG adalah sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita). Ia dihasilkan dengan kadar yang tinggi ketika wanita hamil bagi memastikan perkembangan bayi sihat di mana ianya membantu hypothalamus memberi ransangan mengeluarkan lemak-lemak tersimpan untuk digunakan sebagai sumber tenaga.

Selain itu, hCG berfungsi sekiranya tubuh berada dalam keadaan 'kebuluran' di mana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 - 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. 

hCG bukanlah 'sex hormon'. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita iaitu menjadi kunci untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan.

Bagaimana hCG Berfungsi Untuk Merawat Obesiti?

Rawatan ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons iaitu seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting untuk mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil sebagai Hypothalamus.

Hypothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia boleh mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.

Obesiti berlaku apabila hypothalamus gagal berfungsi dengan baik seterusnya membawa kepada gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak berkesan dan pengumpulan lemak berlebihan di bahagian perut, peha, punggug dan lengan. Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yang mengandungi lemak trans, gula dan bahan pengawet.

hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk menggerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan di dalam badan; lemak yang terkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai 'survival strategy'. 

Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan 'subcutanoeus fats' iaitu lemak yang memberi bentuk muka dan payudara. Oleh hal yang demikian, kebanyakan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.

Apakah Prinsip Yang Digunakan Dalam Rawatan Ini?

hCG menggunakan kombinasi diet rendah kalori dengan prinsip pemakanan diet sihat supaya dapat memberikan 'trick' kepada hypothalamus dan membantu 'membuka kunci' lemak seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan Lemak Jenis 3 atau Lemak Abnormal digerakkan. Pergerakan lemak tersebut akan membekalkan 1,500 - 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

Anda tidak perlu risau mengenai kombinasi tersebut kerana semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda. Kebaikan program ini adalah seperti 'DETOX' program manakala diet yang anda perlu ambil hanyalah diet yang sihat, tanpa gula, karbohidrat yang sihat, tanpa makanan segera atau terproses, rendah lemak dan tiada minuman berkarbornat. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda berjaya dalam program ini. Ia bukan sahaja sekadar diet untuk kurus bahkan melibatkan proses 'membersihkan sel-sel badan'.

Melalui proses cleasing dengan pengurangan kalori dilakukan, anda akan rasa lebih sihat dan tidak lagi menghadapi masalah 'food craving' atau 'food addiction'. Keadaan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan cara hidup untuk jangka masa yang panjang selepas ini.

Bagaimana Rawatan Ini Dilaksanakan?

Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari yang mempunyai 3 Fasa iaitu, Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase

Program Diet HCG Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti, hcg injectionJangan RISAU kerana pakar kami akan sentiasa membantu anda!

Cara untuk mengambil hCG injection adalah seperti berikut;
  1. HCG injection 125IU diambil setiap pagi
  2. Injection - selewat-lewatnya sebelum jam 11 pagi
  3. Injection - sebelum sarapan pagi
Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya inject di bahagian lemak perut yang anda mahu buang. Teknik injection yang betul turut disediakan

Rawatan hCG adalah selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. 

Dengan mengambil program hCG ini untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda, di mana ramai klien yang mengalami masalah kesuburan dan telah berjaya hamil setelah mengikuti program ini.

Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG efektif dan selamat dalam rawatan obesiti.

Kebaikan Progam Diet hCG
  1. Dapat membantu membuang lemak-lemak lama dan dapat membantu badan menjadi pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa mengganggu tulang dan otot.
  2.  Selain dapat menurunkan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah 'Inch Loss' yang mana saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil. 
  3. Dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan. Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tona kulit yang lebih cantik dan tiada lagi 'food craving; terhadap karbohidrat dan gula. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.
  4. Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga - ini akan mengurangkan radang di dalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolism lain.
Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!

Kesan Sampingan Rawatan hCG

Rawatan ini akan dipantau oleh doktor dan ianya adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)

Namun begitu, terdapat kemungkinan kesan yang akan berlaku sepeti sembelit, lapar, letih, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walau bagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu mengatasinya.

Kajian yang dijalankan oleh Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya menbuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangka masa panjang berbanding klien yang hanya mengambil diet sahaja.

Soalan Lazim Mengenai Program Diet HCG

1. Adakah Berat Boleh Mendadak Naik Setelah Berhenti Program ini?
Bonus daripada program ini adalah ia dapat membantu menyeimbangkan metabolism badan. Jika anda disiplin dalam program ini. anda akan dapat meningkatkan metabolism badan ke satu 'setting' yang baru seterusnya dapat mengelakkan berlakunya kesan 'YoYo' (kenaikan mendadak setelah berhenti rawatan)

2. Berapakah Dos hCG Yang Digunakan Dalam Rawatan Ini?

Wanita mengandung menghasilkan 500,000 - 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 - 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi dalam program ini, hanya 125 - 200 IU  hCG yang akan digunakan. Semua hCG (dalam bentuk injection dan homeopathy) dihasilkan di makmal daripada sel sterile.

*hCG bukan diekstrak daripada wanita hamil - fakta yang sering disalah tafsir (common misconception)

3. Adakah Saya Akan Lapar Sepanjang Program Ini?
Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini,  anda akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 - 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. Anda akan lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.

4. Berapa Berat Yang Saya Boleh Turun?
Anda berpotensi untuk menurunkan berat badan 0.5 kg sehari dan ianya bergantung pada individu. Kebiasaanya potensi penurunan antara 6-8 kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam dalam masa 23 hari. Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi penurunan sehingga 15-20 kg.

5. Tak Bahayakah Berat Badan Turun Secara Mendadak?
Kajian terbaru menyatakan bahawa pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada klien. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5 kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Penurunan tersebut adalah selamat dan tidak akan mengganggu metabolism atau sistem badan.

Testimoni Pengalaman Peserta Program Diet hCG

Berikut merupakan antara testimoni pengalaman peserta program diet hCG yang telah berjaya mengatasi masalah mereka.

1. Puan Salwa

testimoni program hCG

2. Puan Ruslina

testimoni program hCG
Rezeki bukan hanya wang ringgit tetapi masa, ilmu….dan KESIHATAN adalah rezeki yg tidak ternilai.Usia..jantina..siapa kita bukan faktor penentu kejayaan..Semua orang boleh berubah kepada yang lebih baik..It’s start with your BIG WHY.. (Nak lagi jelas tanya sifu.. DR MALINDA MOHD ALI)Terima kasih sahabatku Dr Fakriyah Abdullah kerana perkenalkan saya kepada insan istimewa iaitu Dr Malinda Mohd Ali pengasas Program Latih Diri Langsing @ LDL1060 yang sangat komited membantu sesiapa sahaja menangani masalah berat badan dan mencapai kesihatan yg lebih baik.Saya bermula dengan berat 71 kg..Selepas 2 bulan ikut program LDL turun 8 kg..After 6 months capai berat 50 kg (ideal weight)….still maintain ideal weight21 kg = 2 kampit beras 10 kg lemak berjaya disingkirkan#hcgdrmalinda#ldl#jihadsihat
Testimoni lain yang telah berjaya dalam program ni, anda boleh rujuk [+] Pernah Dihina Kerana Obes

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi dan kekuatan impian untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. SET MINDA ANDA - 23 atau 46 hari ini adalah waktu membersihkan diri, pembuangan lemak dan detoksifikasi. Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz anda sekarang.

Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi untuk menjadi lebih sihat dalam jangka masa yang panjang. Kuatkan semangat untuk melawan nafsu dan keinginan - Ini adalah proses untuk 'RESET' Hypothalamus.

Bagaimana Ingin Memulakan Program Diet hCG ini?

Program Diet HCG Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, anda boleh WhatApps Dr. Malinda di talian +60 17 508 4430 atau boleh menghantar email di drmalinda@gmail.com

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program ini kerana pada bulan ini terdapat promosi diskaun istimewa dan juga free gift yang akan diberikan kepada para peserta.


SEMOGA ANDA BERJAYA!!!


Tawaran Yang Tak Disangka-sangka

September 25, 2016
Tawaran Yang Tak Disangka-sangka | Assalamualaikum & salam sejahtera. Disebabkan terlalu rindu nak menulis, mana taknya last update blog 13/09/2016 hari tu. Time cuti hujung minggu ni lah Murni dapat luangkan masa berkongsi rasa senang hati bila dapat jemputan untuk berkolaborasi dengan one of the fastest growing online retailer in Southeast Asia, ZALORA Malaysia.

Tawaran Yang Tak Disangka-sangka


Punyalah rasa gumbira bila baca email time tu, actually jemputan kali ni merupakan kali ke-4 Murni terima. Syukur alhamdulillah rezeki datang tak di sangka-sangka. Tak perlu Murni huraikan lebih lanjut mengenai tawaran tu sebab ianya adalah sulit. For those bloggers yang pernah terima offer ni sudah semestinya dah tahu, kan? 

Bagi korang yang nak baca artikel terbaru mengenai kecantikan, korang boleh klik [+] Best Beauty Hacks a Woman Should Know. Bila kerja semua dah diselesaikan dengan jayanya, sebagai ganjarannya Murni pun berpeluang untuk shopping sehelai blouse muslimah & cincin di website ZALORA Malaysia dengan berbekalkan voucher seratuih. Last Murni beli barang di ZALORA beberapa bulan lepas tu pun sebab nak penuhi keinginan mak Murni yang nakkan purse baru.

Memandangkan hari tu Murni dah janji di instagram Murni, @mawarmeedina nak berikan details mengenai dua item yang menjadi pilihan hati Murni, korang boleh rujuk caption bagi setiap gambar.

1. Red's Revenge Half Round 2 Diamond Cuff Ring (RM9.90)

cincin diamond, ring diamond,
Think extravagance when subtlety is not an option for the OOTD, the Red's Revenge ring speaks for fancy with a bold appeal. Embellished with faux diamond to deliver statement and character for your glamorous presence. - Metall alloy, open band, faux diamond embellishment, non-adjustable length

Murni tak pernah terfikir pun nak beli cincin ni, rasa sayang sangat kut kalau tak beli. Mana taknya banyak sangat baki voucher kalau Murni beli sehelai blouse. Itu pun bila checkout ada lagi baki RM10.20. It's ok Murni halal kan ja, lagipun cincin ni lawaaaa hihi

2. BYN Muslimah Blouuse (RM79.90)




blouse muslimah, baju muslimah, blouse fishtail
Sometimes it is best to keep things simple. BYN proves this statement right by presenting this wonderfully laid-back, classic design. It boasts clean lines and trimmings that place emphasis on its prim and proper personality. - Polyester, round neckline, long sleeves, zip fastening, relaxed fit, unlined.

Murni suka sangat pakai blouse yang labuh bahagian belakang like fishtail gitu, Murni pi kerja memang kebanyakan baju Murni macam ni lah fesyennya. Murni pilih warna brown sebab boleh suai padankan dengan skirt dan tudung warna navy kepunyaan Murni. Sangat menjimatkan tak perlu lagi keluarkan duit nak beli skirt tudung bagai.

If korang berminat nak beli juga, nanti bolehlah usha website ZALORA Malaysia na banyak sangat pilihan boleh rambang mata dibuatnya.

Ok itu ja yang Murni nak kongsikan, sebelum tu Murni nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak ZALORA Malaysia sebab sudi berikan peluang untuk jalinkan kerjasama. Semoga terus sukses. Minta maaf juga kalau ada yang terkurang dari Murni. Assalamualaikum.

Best Beauty Hacks A Woman Should Know

September 13, 2016
Best Beauty Hacks A Woman Should Know | Assalamualaikum & hi! Today I will share something related with a beauty hacks. Women and make up can never be separated, same goes to me. Different people will have different thought why they are using make up. I just love make up because it will enhance my beauty as well as rise my confidence level.  How about you?

Anyone of you having a problems when applying your make up such as your make up gets smudges easily or runs down when you are sweating? If yes, you should read my articles till the end because it will definitely solve your make up issues.

Best Beauty Hacks

1. Do Your Eye Makeup Before Applying Foundation

The first beauty hack you should know  is to always do your eye makeup first before applying any foundation on. It is true that foundation helps your make up stay in place, but you should know that when you wipes your eye makeup every time you make a mistake, you will end up messing your foundation layer too.

Best Beauty Hacks A Woman Should Know

Hence, eyes must come first from eyeliner, mascara and eye shadows for the complete pretty eye makeup touch.

2. Nose Contouring

Secondly, for the ladies who are not happy with the size of your nose and want to enhance it for a perfect look, you should try the makeup trick by contouring the side of it. It works like a magic. 

Best Beauty Hacks A Woman Should Know


You can use a contour colour a bit darker than your skin tone and line it along the side of your nose. Just in case if you don't have a contouring stick in hand, you may replace it with your eyeshadows since it also act as the perfect substitute.

3. Cat-eye Look

For the last best beauty hacks is how to get the cat-eye look with balance. The trick is by using a tape to make the eyeliner application easier. Maybe some of you find it's quite difficult to create perfect wing for your cat-eye look.

Best Beauty Hacks A Woman Should Know

It can be solve just by placing a piece of tape on the outer corner of your eyes, then apply the eyeliner to create a sharp edge. Let it dry and strip off the tape. You will absolutely feel satisfied with how it turns out.

Okay, that's all from me. Thank you for reading this articles, I hope it can be solve your make up problems. Till we meet again :)

Set Berus Makeup Murah

September 13, 2016
Set Berus Makeup Murah | Assalamualaikum & sejahtera. Hi korang, masih dalam mood berhari raya lagi ke? Entri kali ni tak ada kena mengena dengan raya tau, saja nak share mengenai set berus makeup murah. Almaklumlah ni first time tau Murni beli set berus mekap secara online di Lazada Malaysia. 

Set Berus Makeup Murah


Kalau diikutkan hati Murni just nak beli berus mekap untuk eyeshadow ja, hat yang Murni punya dah hilang. Memandangkan time Murni usha website Lazada ada promosi untuk set berus mekap 11Pcs Natural Bamboo Handles Super Soft Makeup Brush Set Pro Cosmetic Foundation Blending Tools *perghhhh panjang sungguh nama dia haha, harga asal RM120.00 dengan diskaun 78% dapatlah dalam RM26.50. Murah kan? So apa lagi Murni pun rembatlah set berus mekap tu.

Set Berus Makeup Murah

Deskripsi Produk

Brand: LALANG. Material; Aluminium/ bamboo/ synthetic hair. Description: 11 different brush shapes, including blush, foundation, loose powder, concealer, eyeshadow, biying, lip and other fine environmentally friendly bamboo is not easy to breed bacteria, containing a bag. Superfine wool rayon! Lightweight, comfortable and professional!

Tunggu punya tunggu sampai dua minggu, finally sampai juga ke tangan tuan empunya badan. Katanya if barang daripada oversea, delivery akan ambil masa dalam 9 ke 14 hari. It's ok yang penting barang tetap sampai. Terima kasih Lazada Malaysia.

Set berus mekap ni Murni beli ja, tak tahu bila masa nak pakai semua berus tu. Murni pun sebenarnya masih dalam proses belajar bab mekap-mekap ni. Kalau korang tanya function bagi setiap berus, sah-sah ada juga yang Murni tak tahu hihi.  

makeup simple, makeup, Set Berus Makeup Murah

Murni pi kerja pun pakai mekap main hentam ja, 'conteng' muka sendiri haha Part yang susah sikit sudah semestinya kening and nose contouring. Kening Murni memang serabut and tak balance, kadang tu ambik masa yang lama juga nak bersiap. Part nose contouring tu nanti mudahlah kerja Murni sebab dah ada berus mekap khas. Tak pa belajaq pelan-pelan na. Nanti lelama tu pandaila kalau selalu praktis. kan? 

If korang nak beli set berus makeup murah nanti bolehlah usha website Lazada Malaysia. Eh! rajin pulak Murni promote. Happy customer katakan hihi. Ok itu ja yang Murni nak share, assalamualaikum.  


Farewell Party

September 12, 2016
Farewell Party | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kemain lagi tajuk omputih isi kandungan cerita tetap melayu, kadang tu jangan heran kalau keluaq bahasa utara, jangan marah na. Ni semua penangan sebab rindu dengan tempat belajaq dan sahabat sendiri kut. 

Ok berbalik dengan farewell party tu, actually last week Murni menghadiri *cehhh ayat skema hihi jamuan perpisahan yang dibuat khas untuk Ketua Bahagian Perkhidmatan KWSP cawangan LD yang berpindah ke KK, kiranya penyelia aka bos Murni. Farewell party ni dibuat di dua lokasi berbeza iaitu bertempat di Restoran Saujana dan Khadijah Ikan Bakar.

Farewell Party 

Restoran Saujana, 05/09/2016

Farewell party  yang diadakan di Restoran Saujana ni bukan sahaja untuk meraikan bos Willon, tetapi dalam masa yang sama untuk meraikan dua orang staf baru sekaligus meraihkan hari jadi staf yang berkongsi bulan kelahiran yang sama.

Tak jadi nak tangkap muat menu yang dihidangkan sebab utama malas and perut dah lapaq kut. Murni kenyang makan kek Secret Recipe siap minta tambah lagi hihi, makanan hat yang lain tu makan ala kadar ja.

Farewell Party
Selamat Hari Lahir, didoakan semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, murah rezeki dan berbahagia di samping keluarga terchenta
Farewell Party

Farewell Party
Muka manyak senyum :D

Khadijah Ikan Bakar, 07/09/2016

Kalau diikutkan kali ni merupakan kali ketiga Murni jejak tempat makan Khadijah Ikan Bakar. Menu yang disediakan tidak pernah mengecewakan Murni, semuanya sedap belaka. Sampaikan hari tu Murni siap langgar pantang, main hentam je makan tom yam. Even Murni alah kepada seafood, tapi nak juga makan, at the end merasa jugaklah kena cucuk jarum sampai 4 kali. 

Farewell party yang diadakan di Khadijah Ikan Bakar ni Murni behave banyak tau. seafood Murni tak makan langsung, sentuh pinggan dia je sebab nak huluq ke orang lain haha. Di bawah ni ada tiga menu yang sempat di snap, banyak lagi hidangan yang disediakan. Yang pastinya puas hati sungguh and kenyang perut hihi

Farewell Party
Hanya mampu memandang ketam yang cantik tersusun huhuhu
Farewell Party
Ikan terbang, eh! Murni tahu makan ja, tak tau ikan masak apa ntah hihi
Farewell Party
Ikan bakar pergghhh feveret Murni & boleh dikatakan Murni habiskan sepinggan
Farewell Party


Lastly, tahniah tahniah tahniah bos Willon dan selamat berkhidmat di tempat baru. Tak lupa terima kasih juga atas ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan especially time nak deal dengan member. I have learned something from the qualities of your leadership too. Thanks again!