Puding Betik | Assalamualaikum & salam sejahtera. Ada tak di antara korang yang suka makan buah betik? Kebiasaannya buah ni sedap di makan bila buah ni bertukar kekuningan tak pun keorenan. haha ada ke ayat keorenan? Alah senang citer bila buah tu dah masak ranum lah. 

Tapi buah betik yang tak masak kekuningan lagi, pun boleh juga dibuat lauk macam mak Murni selalu buat dulu, buah betik tu dijadikan lauk sayur masak santan. 

Kalau style Murni makan buah betik yang dah masak ni selalunya Murni akan letakkan susu krimer pekat membanjiri buah betik tersebut tehee. Sedap tak terkata haha

Puding Betik

Ok balik pada citer asal, actually Murni just nak share resepi puding betik. Murni tak pernah lagi dengar pasal puding betik ni, semalam berjaga sampai ke subuh ternampaklah di FB gambar puding betik yang membuatkan diri ni rasa macam nak telan je screen lappy haha kebuluq. 

Tergoda punya pasal dengan puding betik, ni yang Murni nak kongsikan resepi sekali dengan cara macam mana nak buat puding betik khas untuk pembaca blog Murni. Sebelum tu jemputlah tengok gambar puding betik di bawah ni hihi tergoda tak?

Puding Betik
Puding Betik

Bahan-Bahan Untuk Membuat Puding Betik

  1. 2 biji buah betik yang masak ranum
  2. 150 gram mentega
  3. 1/2 tin susu cair
  4. 1 bungkus serbuk agar-agar: 12 gram 750 ml air
  5. 2 sudu tepung kastard
  6. 2 biji telur
  7. 200 gram gula: ikut kesesuaian anda
  8. 200 gram isi betik: potong dadu
  9. 1 sudu teh esen vanilla
  10. Secubit garam

Cara Buat Puding Betik

  1. Buang bijinya dan korek sedikit isinya supaya lubang tengahnya sedikit besar untuk diletakkan puding. Lebihan isi yang dikorek tadi potong dadu.
  2. Cuci bersih buah betik dan simpan dalam peti ais sebentar
  3. Sementara menunggu, bolehlah buat puding. Dalam periuk satukan air, agar-agar dan gula. Kemudian masak atas dapur api sederhana hingga gula larut
  4. Dalam bekas lain, satukan telur, susu cair, esen vanilla, tepung kastard, dan secubit garam. Aduk rata dengan wik atau senduk kayu. Kemudian tapis.
  5. Bila agar-agar dah larut, masukkan butter dan kacau hingga butter larut.
  6. Tuangkan adunan yang ditapis tadi (adunan telur dan kastard) dan kacau rata.
  7. Bila dah mendidih tutup api dan masukkan isi betik yang dipotong dadu.
  8. Tuangkan adunan dalam betik yang telah di belah menjadi dua bahagian tadi.

Kalau korang ada masa dan teringin nak buat puding betik cecepat amik resepi ni. Selamat mencuba!