Isnin, Mei 30, 2016

Pilihan Warna Pakaian Mengikut Hari Mempengaruhi Penampilan Si Pemakainya

5/30/2016 0 Comments
Pilihan Warna Pakaian Mengikut Hari Mempengaruhi Penampilan Si Pemakainya | Assalamualaikum & salam sejahtera. Cara mudah nak serlahkan aura positif kita adalah melalui pilihan warna pakaian atau aksesori yang dipakai setiap hari. 

Bukan Murni yang cakap tau, ni adalah hasil pembacaan Murni sendiri melalui ruangan info psikologi mingguan wanita. Murni akan kongsikan kepada anda mengenai panduan pilihan warna pakaian mengikut hari yang boleh mempengaruhi si pemakainya bermula dari hari Isnin sampailah ke hari ahad.

kurung najwa, kurung moden, baju raya

Pilihan Warna Pakaian Mengikut Hari Mempengaruhi Penampilan


1. Warna Putih: Hari Isnin

Hari Isnin ni selalu dikaitkan dengan Monday Blues, tak dak mood or malas nak pergi kerja katakan. Sebab tu kena pilih warna pakaian yang sesuai untuk bangkitkan semula mood yang hilang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa haha jangan marah na.

Pilihan warna yang sesuai dipakai bila hari Isnin adalah warna putih sebab warna ni polos suci murni lagi, malah mampu memberi impak yang bersih. Warna putih juga dikatakan dapat memberi keyakinan dan ketenangan buat si pemakainya.

2. Warna Merah Jambu dan Ungu: Hari Selasa

Kalau anda inginkan penampilan yang nampak manis dan sopan, pilihan pakaian warna merah jambu atau ungu adalah yang paling tepat dan sesuai. Menurut Mingguan Wanita, warna ni mempunyai aura yang sangat positif, malah si pemakai akan lebih bersemangat serta mempunyai keyakinan dalam melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan oleh ketua.

Siapa suka warna merah jambu, kita kawan haha kalau warna ungu jarang sangat pakainya. Bagi kaum adam yang pakai baju warna merah jambu ni, anda sememangnya seorang yang berani dan kalau boleh pilihlah warna merah jambu yang lembut, baru manis dan segak dipandang, eh!

3. Warna Biru: Hari Rabu

Warna biru melambangkan ketenangan, kematangan dan rasional yang mana dapat mempengaruhi seseorang untuk membuat keputusan yang tepat sama ada berkaitan dengan kerja mahupun kehidupan peribadi. Nak buat keputusan yang bijak, bolehlah cuba pakai pakaian berwarna biru tak kesahhlah biru muda or tua pun boleh

4. Warna Oren dan Kuning: Hari Khamis

Warna ni dijadikan sebagai pilihan supaya semua urusan dapat diselesaikan dan berjalan seperti yang dijadualkan. Warna ini dikatakan mempunyai aura yang luar biasa kerana ia mampu memberikan keceriaan dan akan menampakkan si pemakai lebih bertenaga.

5. Warna Hijau: Hari Jumaat

Warna ini sangat sesuai digayakan pada hari Jumaat kerana auranya yang dapat memberi terapi yang dapat menyegarkan si pemakai selepas berpenat lelah dengan kerja atau kuliah. Pilihlah kumpulan warna yang sesuai mengikut jiwa memasing, ada yang sukakan warna hijau muda, hijau tua atau hijau pucuk pisang.

6. Warna Merah: Hari Sabtu

Usai bekerja dari Isnin sehinggalah Jumaat, hari sabtu jadi hari untuk menghilangkan segala tekanan dengan meluangkan masa bersama keluarga mahupun sahabat. Tampil berani untuk menggayakan rona merah kerana ia bukan sahaja membuatkanmu tampak menarik malah warna tersebut secara langsung akan memberikan tenaga yang luar biasa.

7. Warna Hitam: Hari Ahad

Hari ahad merupakan hari untuk anda beristirahat di rumah. Oleh itu, anda perlukan privasi bagi menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh anda sebelum memulakan hari baru. Warna gelap ini dikatakan dapat membantu anda untuk mendapatkan mood bagi tujuan tersebut.

Jom sebarkan aura positif.  Selamat mencuba! Salam, terima kasih na sebab sudi baca :)





Sabtu, Mei 28, 2016

Sedekah

5/28/2016 0 Comments
sedekah

Sedekah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Bila kita niat nak beri sedekah tak kira dalam bentuk apa sekalipun. In Sha Allah, kau akan peroleh pahala malah Allah akan bantu kau bila berada dalam kesempitan. 

Ya, dan mungkin saja akan datang rezeki yang Allah akan berikan kepadamu yang mana kau sendiri tak pernah terfikir sebelum ni. 

Bersyukurlah dengan nikmat yang kau miliki pada saat ini dan ingatlah bahawa dalam rezeki yang kita perolehi hasil titik peluh kita sendiri tersimpan hak orang lain. Bersedekahlah selagi hang mampu. 

Sungguh sedekah itu tak akan pernah membuatkanmu miskin dan mengurangkan hartamu. Salam.