Nude Makeup Look

Ogos 16, 2017
Nude Makeup Look

Nude Makeup Look | Assalamualaikum & hi readers! 😄 Yeayyy akhirnya Murni berpeluang update entri makeup look makeupbymurnimy. Lama jugalah Murni tak share makeup look di blog ni, last update 3 bulan lepas 😁 , tapi kan kalau kat insta @murnimohdyusof_mmy terlebih rajinlah pula 😂 . Murni taip entri ni pun sebab nak share Nude Makeup Look guna barang mekap yang Murni beli di Shopee MY minggu lepas, korang boleh rujuk entri ni [+] Tambah Koleksi Barang Makeup.

Nude Makeup Look

makeup stuff, barang mekap

Gambar di atas antara barang makeup yang Murni gunakan untuk hasilkan Nude Makeup Look kali ni. Bila diteliti gambar, Murni terlupa pula nak masukkan gambar Focallure Brows Gel Cream  & eyeshadow. It's okay Murni just guna gambar yang Murni post kat insta ja lah, malas dah nak pi edit letak watermark lagi.

Step by Step Nude Makeup Look makeupbymurnimy

1. Bahagian Kening



Untuk part kening, ni first time Murni guna brows gel cream dan hasilnya pun sangatlah memuaskan hati Murni. Sebelum ni Murni guna 3D Brow & Nose Shadow dari Silky Girl, memandangkan bahagian utk Brow Shadow dah hancur berkecai dek kerana terjatuh tu yang Murni beli Focallure Brows Gel Cream di Shopee MY. Murni beli kod Auburn 01, next time Murni nak repeat order kod lain pula 😁 

Murni kongsi lagi sekali khas utk korang yang tak tahu lagi macam mana nak hasilkan kening yang kemas. Part kening ni kena selalu praktis kalau tak memang akan ada yang jadi kening sebelah tebal sebelah nipis tak kurang juga ada yang macam Sin Chan. Nah tips untuk korang;

Tips hasilkan kening yang kemas
  • Lukis frame atas dan bawah
  • Warnakan bahagian hujung kening, bahagian depan kening tak perlu warnakan
  • Bahagian depan kening boleh guna brush dan blend dengan lembut. Part ni penting supaya kening tak jadi macam Sin Chan tau
  • Murni jadikan foundation Rosetyara kod Snowdrop untuk menutup lebihan kening supaya nampak lebih kemas. Kening tak cukur ya.

2. Pembayang Mata/ Eyeshadow

eyeshadow pallette, eyeshadow copy ori

Dah buat kening tu, part eyeshadow pula Murni just guna eyeshadow copy ori sahaja. Murni guna 5 warna eyeshadow yang berbeza untuk bahagian kelopak mata; Moon Dust, Sandalwood, Matt Lopez, Henna & Trust Fund. Bahagian bawah mata, Murni apply kod Henna. "Alahai banyaknya warna" haha biaq pi lah. Murni blend blend blend. Maaflah tak dak video pula  ðŸ™ Tak pa next time kalau Murni rajin, Murni buat ok.

Nude Makeup Look

Tips untuk korang yang nak dapatkan gambar yang cun, bolehlah pi ambil gambar di sebalik langsir confirm lighting cantik yakmat di tambah pula kalau guna camera oppo, eh! 😂😂😂 Sapa suka ambil gambar di sebalik langsir? Baik ngaku cepat haha. Murni kalau snap gambar dalam rumah memang kelam suram hasil gambar, tu yang cari port lighting terang benderang.

3. Eyeliner



Eyeliner ni Murni beli bulan lepas di kedai kosmetik, beli pun yang murah² saja khas untuk praktis mekap. Kalau pi mana² pun memang tak pakai pun sebab leceh nak tanggalkan bila nak solat 😃 Murni buat cat eyeliner nipis sahaja. Rujuk gambar di bawah

Nude Makeup Look


4. Foundation Rosetyara, Countaring Nose, Shading & Compact Powder IN2IT


Step seterusnya, apply foundation. Feveret foundation Murni dari Rosetyara, look kali ni Murni mix dua kod foundation Rosetyara iaitu kod Rose & kod Snowdrop. Dah siap ratakan foundation, then Murni buat countaring nose, shading pipi guna 3D Brow & Nose Shadow Silky Girl. Memandangkan loose powder Rosetyara Murni dah habis, Murni gantikan dengan trial Compact Powder IN2IT. 

5. Pemerah Pipi/ Blusher

Feveret blusher Murni dari jenama IN2IT, pilihan warna pun nak yang nude gitu. Blusher ni mengandungi pelembap madu, vitamin E dan tidak mengandungi pewangi. Buhlah blusher ni sikit di pipi, hidung & dagu korang. Blusher ni banyak jual kat Watson & Guardian.

6. Mascara

Dah siap pakai blusher tu, barulah Murni apply mascara. Mascara feveret Murni dari essence Murni pilih "Rock n Doll" sebab nak bagi efek mata tu besar sikit. Makeup look kali ni pun Murni tak pakai bulu mata palsu. 100% harapkan mascara ni bagi mata nampak lagi cantik, eh! Mascara ni Murni beli kat Watson.

7. Matte Lipstick

Akhir sekali Murni apply matte lipstick yang Murni beli dari Shopee. Murni pilih warna nude beige, sesuai sangatlah kan dengan makeup look kali ni? Matte Lipstick ni sangat ringan dan cepat kering. Jatuh chenta pandang pertama bila 1st time cuba 💘😂

Nude Makeup Look

Ok siap Nude Makeup Look. Next makeup look Murni nak recreate classic makeup look by bellaz, stay tuned! Terima kasih sudi singgah blog Murni 😘

Tambah Koleksi Barang Mekap

Ogos 09, 2017
Tambah Koleksi Barang Mekap | Assalamualaikum & hi readers! 😁 Sesekali tambah koleksi barang mekap, tak salah kan? Last beli barang mekap online 4 bulan lepas. Alah Murni beli yang murah-murah ja, lagipun Murni hanya guna untuk praktis mekap. Almaklumlah Murni ni kaki mekap 😂😂😂 Eh! bukan macam tu, actually Murni minat sangat dengan tata rias wajah ni. Mohon jangan kecam dan persoalkan minat seseorang ok 😉

Tambah Koleksi Barang Mekap

Tambah Koleksi Barang Mekap

Murni lebih suka shopping barang mekap di [+] Shopee My , sebab barang-barang yang ditawarkan oleh seller murah-murah belaka, banyak pilihan dan kaedah pembayaran online banking pun ada disediakan. Punyalah happy bila petang semalam 2 parcel Murni selamat sampai, 1 parcel semua barang mekap & 1 parcel lagi tote bag & beg mekap. Murni beli daripada 2 seller yang berbeza (exo.my & healthstyle.my) 

1. Set Berus Mekap

set berus mekap murah

Kalau diikutkan plan asal, Murni just nak beli berus mekap part mata sahaja. Then terjumpa pula set berus mekap comel ni terus masukkan dalam cart 😂 Harga RM22.00. Berus dia sangatlah lembut sebab diperbuat daripada synthetic fibres yang berkualiti, kalau pakai confirm tak terasa sakit terutamanya bahagian mata. Rating: ★★★★★

Gambar bawah ni fungsi bagi setiap berus mekap, Murni masih failed lagi kalau nak ingat fungsi² berus ni. It's okay kita sama² belajar ok 😉



2. Berus Foundation/ BB Cream & Berus Kening 2 in 1

berus foundation & berus kening

Memandangkan berus foundation Murni dah rosak, so Murni pililah berus foundation chubby ni kutlah boleh blend foundation Rosetyara dengan baik. Next makeupbymurnimy Murni cuba berus ni ok, stay tuned! 😁 Harga RM3.90. Rating: ★★★★★

Berus Kening 2 in 1 Murni terpaksa beli sebabnya yang lama punya dah hilang tak tahu Murni simpan di mana 😞 pelupa sungguh tau. Kalau tiada berus ni, serabutlah kening Murni. Harga RM2.90. Murah kan? Rating: ★★★★

3. Focallure Brows Gel Cream

Focallure Brows Gel Cream

Pertama kali juga Murni pilih jenis gel krim untuk buat kening. Actually Murni dah biasa guna 3D Brow & Nose Shadow dari Silky Girl, sayang sangat dah terjatuh habis hancur berkecai haha. Murni dah cuba Focallure Gel Cream ni & Murni puas hati dengan hasilnya. Code yang Murni pilih Auburn 01. Harga RM4.50. Rating: ★★★★★

4. Matte Lipstick

Matte Lipstick

Dalam 5 pilihan warna yang ada, Murni pilih nude beige #114 . Harga RM4.50 . Murni dah cuba matte lipstick ni, rasa ringan sangat rasa macam tak pakai lipstick pun ada juga. Murni suka pakai matte lipstick ni warna dia lawa. Tapi agak leceh jugaklah bila nak hilangkan. Murni guna vaselin & tisu saja, selain tu korang boleh guna makeup remover. Rating: ★★★★

5. Pemerah Pipi / Blusher by nanda

blusher by nanda

Teringin sebenarnya nak beli blusher warna pink, tu yang Murni beli juga blusher by nanda ni. Kira oklah sebab ada 3 jenis warna blusher, kiranya ada penjimatan tak perlu beli blusher colour asing² kan? . Murni pilih kod #S02. Harga RM5.20. Rating: ★★★★

Kalau diikutkan total semua barang mekap ni RM50.10, memandangkan Murni ada shopee coins RM0.16 daripada pembelian lepas Murni tebus sajalah coin tu. So total semua RM 49.94 termasuk kos postage RM7.10 ke Sabah dengan menggunakan Standard Express -LWE. Murni order semua barang mekap 27/07/2017, ambil masa 13 hari jugaklah dia nak sampai ke tangan tuan dia.

Maka dengan ini berakhirlah sudah sesi personal review Tambah Koleksi Barang Mekap daripada seorang bernama Murni yang suka shopping sakan di Shopee My 😂😂😂

Baju Kurung Dhia Cotton

Ogos 02, 2017
Baju Kurung Dhia Cotton | Assalamualaikum & hi readers!  Murni nak kongsikan keterujaan sebab dapat beli lagi sepasang Baju Kurung Dhia Cotton. Sebelum join dropship bulan 5 hari tu, Murni memang dah beli sepasang baju kurung Dhia Cotton. Boleh rujuk post sebelum ni [+] Baju Kurung English Cotton Murah. Alhamdulillah ada rezeki lebih, Murni tambah lagi sepasang baju kurung Dhia Cotton saja nak tambah koleksi baju kurung yang diperbuat daripada material english cotton. Boleh pakai time raya haji nanti 😁

Baju Kurung Dhia Cotton

Baju Kurung Dhia Cotton
Sumber: Dhia Cotton Boutique

Murni order baju kurung ni hari Jumaat lepas direct dari HQ Dhia Cotton yang beroperasi di Kedah. Memandangkan hari Jumaat pejabat pos tutup, pihak Dhia Cotton pos out parcel hari Sabtu. Postage ambil masa 4 hari untuk sampai ke Lahad Datu. Punyalah hati gumbira bila parcel dah sampai ke tangan sendiri petang semalam. Cuba pakai, tengok cermin, bermonolog dalam hati "hitam itu menawan" 😂😂😂 Nampak lawa lah pulak pakai baju kurung warna hitam, eh!

Sebelum ni Murni beli warna biru saiz M. Kali ni Murni pilih warna hitam dan  ambil satu saiz yang besar sikit iaitu saiz L. Memandangkan Murni suka pakai baju yang loose, Murni pilihlah saiz L. Baju saiz M sebelum ni tak berapa nak loose sangat but still boleh pakai, saiz L lebih, lebih, dan lebih selesa bila Murni pakai 😁 Lepas ni kalau terbeli lagi baju kurung Dhia Cotton confirm beli saiz L murah pun murah RM72 (Semenanjung) dan RM75 (Sabah & Sarawak) termasuk postage. Kalau beli kain english cotton then nak upah tailor mahunya makan 100++, baik beli baju yang ready made. Kan?

Info & Gambar Baju Kurung Dhia Cotton

Baju Kurung Dhia Cotton

Baju kurung modern potogan sangat cantik bukan jenis baju kurung modern ketat. Bila pakai cutting elok-elok dengan badan tak kecil dan tak besar. 

Baju Kurung Dhia CottonBaju Kurung Dhia Cotton

Kain jenis selisih depan, orang panggil kain pakai. Kain kurung flexible ikut saiz pinggang kita kerana dibuat daripada getah dan sangat selesa dipakai.

Baju Kurung Dhia Cotton

Bahagian dalam baju, ada span. Sapa yang tak suka pakai span macm Murni nanti bolehlah bukak sendiri. Murni dari dulu memang tak suka pakai baju kurung yang ada span, rasa tak selesa 😁 Dah nama pun baju kurung moden, tak lengkap rasanya kalau tak ada zip di bahagian belakang baju. 

Secara keseluruhannya Murni sangat puas hati dengan Baju Kurung Dhia Cotton ni, dah lah lawa dihiasi dengan bunga kegemaran Murni, dalam hati ada taman bunga eh! Tak menyesal pilih warna hitam 😁 Sesuai sangat dipadankan dengan shawl/tudung bawal warna plain (merah atau pink lembut) Kualiti jahitan pun alhamdulillah sangat sebab tiada masalah, kemas pun kemas.

Next personal review, Murni akan kongsikan barang mekap dari Shopee My. Stay tuned! 😉