Tambah Koleksi Barang Mekap

Tambah Koleksi Barang Mekap | Assalamualaikum & hi readers! 😁 Sesekali tambah koleksi barang mekap, tak salah kan? Last beli barang mekap online 4 bulan lepas. Alah Murni beli yang murah-murah ja, lagipun Murni hanya guna untuk praktis mekap. Almaklumlah Murni ni kaki mekap 😂😂😂 Eh! bukan macam tu, actually Murni minat sangat dengan tata rias wajah ni. Mohon jangan kecam dan persoalkan minat seseorang ok 😉

Tambah Koleksi Barang Mekap

Tambah Koleksi Barang Mekap

Murni lebih suka shopping barang mekap di [+] Shopee My , sebab barang-barang yang ditawarkan oleh seller murah-murah belaka, banyak pilihan dan kaedah pembayaran online banking pun ada disediakan. Punyalah happy bila petang semalam 2 parcel Murni selamat sampai, 1 parcel semua barang mekap & 1 parcel lagi tote bag & beg mekap. Murni beli daripada 2 seller yang berbeza (exo.my & healthstyle.my) 

1. Set Berus Mekap

set berus mekap murah

Kalau diikutkan plan asal, Murni just nak beli berus mekap part mata sahaja. Then terjumpa pula set berus mekap comel ni terus masukkan dalam cart 😂 Harga RM22.00. Berus dia sangatlah lembut sebab diperbuat daripada synthetic fibres yang berkualiti, kalau pakai confirm tak terasa sakit terutamanya bahagian mata. Rating: ★★★★★

Gambar bawah ni fungsi bagi setiap berus mekap, Murni masih failed lagi kalau nak ingat fungsi² berus ni. It's okay kita sama² belajar ok 😉



2. Berus Foundation/ BB Cream & Berus Kening 2 in 1

berus foundation & berus kening

Memandangkan berus foundation Murni dah rosak, so Murni pililah berus foundation chubby ni kutlah boleh blend foundation Rosetyara dengan baik. Next makeupbymurnimy Murni cuba berus ni ok, stay tuned! 😁 Harga RM3.90. Rating: ★★★★★

Berus Kening 2 in 1 Murni terpaksa beli sebabnya yang lama punya dah hilang tak tahu Murni simpan di mana 😞 pelupa sungguh tau. Kalau tiada berus ni, serabutlah kening Murni. Harga RM2.90. Murah kan? Rating: ★★★★

3. Focallure Brows Gel Cream

Focallure Brows Gel Cream

Pertama kali juga Murni pilih jenis gel krim untuk buat kening. Actually Murni dah biasa guna 3D Brow & Nose Shadow dari Silky Girl, sayang sangat dah terjatuh habis hancur berkecai haha. Murni dah cuba Focallure Gel Cream ni & Murni puas hati dengan hasilnya. Code yang Murni pilih Auburn 01. Harga RM4.50. Rating: ★★★★★

4. Matte Lipstick

Matte Lipstick

Dalam 5 pilihan warna yang ada, Murni pilih nude beige #114 . Harga RM4.50 . Murni dah cuba matte lipstick ni, rasa ringan sangat rasa macam tak pakai lipstick pun ada juga. Murni suka pakai matte lipstick ni warna dia lawa. Tapi agak leceh jugaklah bila nak hilangkan. Murni guna vaselin & tisu saja, selain tu korang boleh guna makeup remover. Rating: ★★★★

5. Pemerah Pipi / Blusher by nanda

blusher by nanda

Teringin sebenarnya nak beli blusher warna pink, tu yang Murni beli juga blusher by nanda ni. Kira oklah sebab ada 3 jenis warna blusher, kiranya ada penjimatan tak perlu beli blusher colour asing² kan? . Murni pilih kod #S02. Harga RM5.20. Rating: ★★★★

Kalau diikutkan total semua barang mekap ni RM50.10, memandangkan Murni ada shopee coins RM0.16 daripada pembelian lepas Murni tebus sajalah coin tu. So total semua RM 49.94 termasuk kos postage RM7.10 ke Sabah dengan menggunakan Standard Express -LWE. Murni order semua barang mekap 27/07/2017, ambil masa 13 hari jugaklah dia nak sampai ke tangan tuan dia.

Maka dengan ini berakhirlah sudah sesi personal review Tambah Koleksi Barang Mekap daripada seorang bernama Murni yang suka shopping sakan di Shopee My 😂😂😂

1 ulasan: