5 Cara Hilangkan Parut Jerawat

5 Cara Hilangkan Parut Jerawat | Assalamualaikum & hi readers! Siapalah yang tak stress kalau jerawat selalu tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan, eh! 😂 Jerawat ni ada 3 jenis tau; bintik putih atau hitam (comedones), bonjol merah yang bernanah atau tidak bernanah, bintil (nodul) dan pembentukan cista berair yang mungkin mengakibatkan parut. Bertambah stress kalau jerawat yang dialami meninggalkan parut, kadang tu boleh buatkan diri jadi tak confident pula. Korang boleh cuba 5 cara hilangkan parut jerawat di bawah. 


5 Cara Hilangkan Parut jerawat

1. Timun
timun atasi parut jerawat
credit image: jempolkaki.com
Timun boleh digunakan untuk rawatan muka. Timun mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan magnesium yang sangat baik untuk kulit kita.

Cara-cara:
Sediakan timun, cuci sehingga bersih kemudian potong nipis. Letakkan timun yang dipotong nipis di kawasan parut jerawat. Selepas 30 minit, alihkan timun dan cuci muka dengan air.

Pesanan: Ulang proses ini setiap hari untuk dapatkan hasil yang pantas.

2. Aloe Vera/ Lidah Buaya Segar
aloe vera atasi parut jerawat
credit image: siraplimau.com
Gel aloe vera segar merupakan sumber vitamin terbaik yang dapat membantu menyembuhkan kulit dan parut jerawat. Tumbuhan ini adalah pelembap semula jadi yang akan membuatkan kulit berasa lebih lembut dan sihat. Walaupun gel aloe vera mudah didapati di mana-mana kedai ubat, farmasi atau dalam talian, lidah buaya organik adalah terbaik sebabnya ia lebih segar. 

Cara-cara:
Kalau korang nak guna gel aloe vera segar untuk hilangkan parut jerawat, hanya perlu ambil satu daun aloe vera dan gunakan sedikit sahaja. Untuk dapatkan gel aloe vera, korang boleh potong/kupas bahagian luar daun tersebut. Kemudian letakkan gel tersebut di kawasan parut jerawat dan urut secara perlahan-lahan. Untuk hasil yang terbaik, korang biarkan gel aloe vera meresap untuk tempoh 30 minit kemudian cuci muka

Pesanan: Adakalanya lidah buaya akan menyebabkan iritasi pada kulit. Korang tak perlu bimbang, sekiranya berlaku korang hanya perlu cuci muka dengan serta-merta.

3. Jus Lemon Segar
jus lemon atasi parut jerawat
credit image tempo.co
Penggunaan jus lemon segae merupakan remedi semula jadi. Jus lemon segar mengandungi L-ascrobic acid. Ia adalah astrigen biasa untuk mengeringkan keradangan jerawat dan ia bertindak sebagai antibakteria yang melawan bakteria yang menghasilkan jerawat. Elakkan penggunaan jus lemon terkena sinaran mentari kerana ia akan merosakkan kulit.

Cara-cara:
Hanya perlukan 2 atau 3 sudu teh jus lemon segar dan kapas. Gunakan kapas untuk meletakkan jus lemon segar di muka. Boleh digunakan sebelum tidur. Proses ini boleh diteruskan untuk tempoh 2 ke 3 minggu.

Pesanan: Jus lemon segar sangat bagus untuk kulit, walau bagaimanapun korang mungkin akan mengalami sedikit iritasi. Sekiranya ia berlaku, korang perlu cuci muka dengan air sejuk selepas 10 minit penggunaan jus lemon segar di muka.

4. Baking Soda/ Soda Penaik dan Air
soda bikarbonat atasi parut jerawat

Baking soda boleh digunakan untuk memudarkan dan mengurangkan parut jerawat.

Cara-cara:
Ambil 2 atau 3 sudu teh baking soda dan 2 sudu teh air, campurkan kedua-duanya sehingga menjadi pes. Letakkan pes tersebut di kawasan yang bermasalah dan buat gerakan membulat. Biarkan selama 3 minit. Kemudian cuci muka dengan air sejuk. Hasilnya kulit jadi lembut dan nampak glowing.

Pesanan: Jangan biarkan pes tersebut berada di muka lebih dari 8 minit. Cuci muka dengan air sejuk.

5. Serum Wajah
Rose Face Serum Zeeta
Rose Face Serum Zeeta
Terdapat pelbagai serum wajah yang berada di pasaran dengan pelbagai fungsi. Korang boleh cuba serum wajah yang mana fungsinya lebih kepada untuk memudarkan parut jerawat. Salah satu produk serum wajah yang korang boleh guna ialah Rose Face Serum Zeeta. Maklumat lanjut mengenai serum ni, korang boleh klik link pautan ni    [+] Rose Face Serum Zeeta.

Selamat mencuba 😉