Rose Face Serum ZEETA

By Murni Mohd Yusof - 9/01/2017

Rose Face Serum Zeeta | Assalamualaikum & salam sejahtera. Mesti ada di antara anda yang pernah mengalami masalah jerawat dan jeragat sehingga menyebabkan diri menjadi kurang berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai. Jom tangani masalah ini sebelum terlambat! Tapi sebelum itu, apa kata kita kenali dahulu apa itu jerawat dan jeragat?

APA ITU JERAWAT & JERAGAT?

Jerawat juga dikenali sebagai akne. Menurut Dr. Sorya A. Aziz jerawat boleh terjadi apabila liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar. Selain itu, jerawat juga boleh berlaku sekiranya terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak. Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh ge seseorang. Jerawat juga boleh terjadi apabila terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma yang disebabkan oleh bakteria Propionebacterium acnes.

Jeragat atau nama saintifiknya melasma. Melasma merupakan perubahan kulit yang muncul di muka. Melasma terbahagi kepada dua jenis iaitu melasma epidermal dan melasma dermal. Pada kebiasaannya kedua-dua melasma ini akan muncul bersama-sama. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan pigmentasi seperti penyalahgunaan kosmetik, terdedah kepada sinaran UV, masalah hormon, kekurangan vitamin dan pengambilan ubat-ubatan.

BAGAIMANA HENDAK MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT & JERAGAT?

Berita baik untuk anda yang sedang tercari-cari cara untuk menghilangkan jeragat paling berkesan dan cara untuk menghilangkan bekas jerawat cepat dan selamat, Murni akan kongsikan satu produk yang mana akan membuatkan anda tersenyum bahkan akan mengembalikan keyakinan diri anda.

Pada kebiasaannya parut jerawat akan hilang sedikit demi sedikit selepas beberapa bulan. Bagi anda yang inginkan kesan sepantas 14 hari* untuk menghilangkan parut jerawat, Murni syorkan kepada anda untuk menggunakan serum pula.

Memperkenalkan Rose Face Serum Zeeta iaitu salah satu produk terbaik untuk hilangkan jeragat dan parut jerawat 2017 yang dihasilkan oleh Puan Zaiti Nordin atau lebih dikenali sebagai Pn. Zeety Pakar Aura. Puan Zeety merupakan pengasas produk yang dihasilkan sendiri berasaskan mawar, Segar, dan Suci yang berada di bawah kawalan HALAL JAKIM & SLDN Malaysia.

Mengenai Rose Face Serum ZEETA

rose face serum, rfs, serum jerawat & jeragat
Rose Face Serum ZEETA | Serum Organik No. 1 Malaysia
Rose Face Serum merupakan serum muka yang berasaskan Rose Organik No. 1 Di Malaysia yang menggunakan kaedah semburan untuk menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari*.

KELEBIHAN ROSE FACE SERUM ZEETA 
  • Mengandungi Vitamin E, Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 yang berfungsi untuk melindungi kulit dari kesan panas cahaya matahari.
  • Semburan yang halus untuk serapan maksimum menyamai teknologi nano.
  • Vitamin E 30,000 iu.
  • Serum semburan No.1 yang tidak meleleh dan tidak melekit.
  • Parut jeragat hilang seawal 7 hari.
rose face serum, rfs, serum jerawat & jeragat
Kelebihan & Manfaat Rose Face Serum ZEETA

4 NUTRISI HEBAT DALAM ROSE FACE SERUM

1) Vitamin E

Berfungsi untuk menghalang radikal bebas dari udara, disebut sebagai anti oxidant. Radikal bebas ini akan menyebabkan proses penuaan pada kulit. Apabila radikal bebas ini berjaya dihalang, kita boleh mengurangkan kedutan daripada berlaku dengan cepat seterusnya dapat menjaga sel kulit muka agar kelihatan muda. Lihat perbandingan di bawah;

Terdapat perbezaan di antara baju yang kita sidai di tempat yang berteduh dengan baju yang kita sidai di bawah sinaran matahari. Warna baju akan menjadi pudar dan nampak macam lama padahal ia adalah baju baharu.

Kulit kita sentiasa menghasilkan sel kulit baru. Kalau kita menjaga dan melindunginya secara tidak langsung kita dapat menjaga keremajaan sel kulit muda tersebut supaya kita dapat mengawal kulit kita daripada kelihatan "lusuh" dengan cepat.

2) Vitamin C

Mempunyai fungsi seperti vitamin E iaitu kaya dengan anti oxidant, tatpi vitamin C ini lebih kepada untuk mengaktifkan sel-sel kulit muka bagi menghasilkan collagen, molekul-molekul penting untuk kulit yang sihat. Vitamin C boleh diperolehi sama ada yang kita makan atau kita sapu pada kulit yang akan merangsang kulit untuk menghasilkan collagen.

Selain itu, vitamin c ini sangat penting untuk merawat masalah kulit akibat sinaran UV. Sinaran UV yang berlebihan akan merosakkan kulit muka, nama dia photodamage. Ada yang orang yang makan collagen. Cara yang lebih baik ialah kita mengambil vitamin C, dah siap sapu vitamin C pada kulit biarkan kulit secara semula jadi menghasilkan collagen itu.

3) Omega 3 (makan dan sapu

Kulit perlukan fatty acid seperti omega 3 untuk mengekalkan kelembapan, normalkan pengeluaran minyak dan untuk mengekalkan kulit yang anjal.

Sama seperti vitamin C, Omega 3 penting untuk melindungi kulit dari photodamage dan kesan sunburn. Kesan sunburn ini dipanggil sebagai inflammatory skin response . Lebih kurang macam kesan kulit yang terkena dengan minyak panas.

Omega 3 dalam minyak ikan yang kita makan akan pergi ke hati, diproses dan akan ke kulit untuk fungsi yang sama. Omega 3 yang kita sapu pada kulit pula akan menyerap ke kulit dengan lebih cepat.

4) Omega 6

Omega 6 kaya dengan linoleic acid, ringan dan nipis rasa minyaknya. Omega 6 berfungsi untuk menyuburkan kulit.

Omega 6 juga dapat mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung muka kita dan mengurangkan sel kulit dari mengelupas. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat, anda kekurangan linoleic acid dan ini menyebabkan muka anda tidak berupaya untuk "melindungi" dan akhirnya kulit mudah terdedah kepada sinaran UV dan toxic udara.

Oleh itu, Rose Face Serum Zeeta dihasilkan mengikut formula 4 bahan utama ini. Dengan menggunakan teknologi yang sama dengan nano, apabila seum ini di spray pada muka, serum tersebut tidak meleleh, cantik terletak di muka dan ianya akan meresap secara perlahan-lahan. Yang paling penting serum ini tidak melekit.

TESTIMONI ROSE FACE SERUM ZEETA

Berikut merupakan maklum balas daripada pelanggan yang telah menggunakan serum ini. Dengan adanya testimoni ini secara langsung dapat membuktikan bahawa produk ini dapat menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat yang dialami oleh mereka.

rose face serum, rfs, serum jerawat & jeragat, testimoni rfs
Testimoni Pengguna RFS
rose face serum, rfs, serum jerawat & jeragat, testimoni rfs
Testimoni Pengguna RFS

rose face serum, rfs, testimoni rfs, serum jerawat & jeragat
Testimoni Pengguna RFS 

HARGA ROSE FACE SERUM

Sebotol RM50 tidak termasuk kos penghantaran. Sebotol RFS bolehtahan selama 2 bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan serum ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rose Face Serum ZEETA, anda boleh rujuk maklumat di bawah:

Facebook Page: ZEETA PAKAR MAWAR
Instagram: @zeetaofficial
Whatsapp untuk order: 019-2209069

  • Share:

You Might Also Like

5 comments